Thursday, August 11, 2011

Tahniah

Mungkin agak lapok dah berita ini, tapi masih tidak terlambat untuk kami ucapkan Selamat Pegantin Baru untuk Lina & pasanganya... Ala takan la rakan-rakan tak kenal kak Lina, kan prgrom make up kita dulu kat PERFECT BEAUTY... ini la dia. Anyway Kak Lina, congratulation to both of you. May happy always with lots of LOVE.

Monday, August 8, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan Part 2

Antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah:185; yang bermaksud

"(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya(Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan itu(lalu dia berbuka),maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain." Surah Al-Baqarah ayat 185.

Berpuasa pada bulan Ramadhan hukumnya wajib tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan dan sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. tidak boleh ditukar ganti sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini dijelaskan dalam sabda Nabi (s.a.w):

" Sesiapa berbuka satu hari pada Bulan Ramadhan tanpa rukhshah(keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup".


Thursday, August 4, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan part 1




  1. Kelebihan Bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya "MALAM LAILATUL QADAR yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapat MALAM LAILATUL QADAR dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat, istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.


  2. Pada Malam Lailatul Qadar Allah menugaskan Malaikat Jibrail turun ke bumi, Maka turunlah Jibrail ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya, setengahnya tidak dibuka keduanya melainkan MALAM LAILATUL QADAR barulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat (Musyriq ke Maghrib).


  3. Untuk menyelamatkan umat Muhammad, lalu memberi salam kepada setiap orang yang berjaga pada MALAM LAILATUL QADAR beribadah kerana mencari keredhaan Allah, orang-orang yang duduk beribadah,orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mukmin dan mengucapkan amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.


  4. Bertanya para Malaikat kepada Jibrail, apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Nabi Muhammad(s.a.w) pada Bulan Ramadhan ini? Jibrail berkata bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padaNya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka melainkan 4 orang yang tiada diampunkan dosanya: orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan silaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.

Tuesday, August 2, 2011

j0M l0OsE wEigHt & siHaT PLan 1.....

Assalamulaikum dan salam SiHaT untuk semua.. ok kali ni kami nak bercerita atau nak update pada semua about new activities kami.. J0M LOOsE WeIgHt & siHaT Challenge.. Pada 17 Julai 2011, kami bersantai di Taman Tasik Taman Jaya Petaling Jaya untuk bersua bersama peserta-peserta yang ingin menyertai challenge.. bagi menerangkan syarat-syarat this challenge and get information about participant .. Seperti biasa seawal pagi kami plan berkumpul,, bagi yg hendak aerobik, jogging & sebagainya semua ada di taman ini.. 9 pagi okk.. tapi tidak la pagi sangat kan...maklum la hari Ahad kan.. ada la yg terlajak tido & sebagainya..hehehe.. ( ^-^).. tapi di sebabkan semangat yang kuat untuk join Challenge dan untuk dapatkan berat badan yang idea, peserta tetap datang jugak.. TRANSFORM WHO YOU ARE NOT JUST THE WAY YOU LOOK!!
Penerangan serba sedikit mengenai Challenge ini :-
1) Mendapatkan berat badan Peserta


2) Setiap peserta perlu membayar RM50 (wang tebusan) p/s sekiranya peserta menarik diri,wang tidak akan dipulangkan.
3) Tempoh masa 3 bulan untuk loose weight ( bermula 17 July 2011 dan berakhir 17 September 2011..
4) Peserta yang paling tinggi/kg penurunan dikira pemenang dan seorang pemenang sahaja dalam challenge ini. (tiada no 2 or 3)

5) Pemenang akan menerima wang tebusan dari setiap peserta yang tidak berjaya.
6) Selepas 3 bulan para peserta akan ditimbang semula untuk memilih pemenang
7) Sebarang ubatan ataupun ubat kurus tidak dibenarkan dalam challenge ini.

Seterusnya aktiviti menimbang berat badan pun bermula, yang seronoknya rakan-rakan yg menyertai loose weight ni memang berfikiran out of the box, sporting share berat badan dengan peserta yang lain..ye la kan, setengah orang memang sensitive bab2 berat ni..lepas tu, kami share knowledge, macam mana nak kurangkan berat badan. Best juga sebab boleh tukar-tukar pendapat. Jumlah peserta yang join challenge ini seramai 7 orang [tak ramai pun, tapi takpa mana tahu selepas ni ada yg berminat untuk join aktiviti sihat ini] dah tentulah semua pu3 .. ,dah timbang apa lagi kami sarapan bersama -sama lea..dekat taman tasik tu ada jual perbagai makanan... kira itu makanan yg terakhir untuk kami, selepas ini makanan yg sihat la pula yea..
Ok sampai sini dulu story mory about challenge ni.. hopefully semua peserta boleh la bertahan sampai challenge ni berakhir, yang penting kita sihat.. haaa... pesanan untuk semua..bulan puasa nanti jangan la, makan ikot nafsu ye..makan ala kadar je tau..make sure sihat & bukan tambah berat badan.. ( ^-^ ).. Jalanilah cara hidup sihat.. byeeeeeeeeeeeee....



* nak share sikit, ada la juga yg bertanya tidak macam berjudi ke aktiviti ini... sebelum kami ada kan aktiviti ini kami mesti la bertanya kepada yg lebih arif mengenai ini... jadi boleh la share bersama kawan2 dengar yea -


JuDi definasinya guna $ atau harta utk mendapat $ atau harta lebih banyak melalui tekaan sesuatu yg tak pasti, kalau kalah, $ atau hartanya habis begitu sahaja. Loose weight ni, pertandingan berat badan bukan pertandingan tekaan berat badan. Kalau kalah, maknanya kita masih dapat kurangkan berat badan. Kalau teka berat badan, siapa kalah tak dapat apa2 faedah pun, hilang $nya je.. itu baru la judi. Judi ni, tidak ada kedudukan tempat ke 2 atau ke 3 atau saguhati. Tapi pertandingan, ada hadiah juara, naib juara dsbnya.. cuma kalau semua peserta setuju hanya bg juara je hadiah, pun tidak termasuk definasi judi

Monday, August 1, 2011

Salam Sahur & Ramadhan..1432H




Assalamualaikum, syukur alhamdulillah kita masih berpeluang menunaikan Rukun Islam yg ke3 iaitu Puasa di bulan Ramadan. Kami mengambil peluang ini untuk memohon kemaafan di atas segala kesilapan kami kepada rakan-rakan serta kenalan & juga yg membaca blog ini.. siapa juga di luarsana . Dambakan cinta dalam SUJUD & suci, rimbukan kanlah keimanan di dalam hati Kita tidak pasti masih ada peluang kah untuk esok hari, sesaat, seminit, sejam rebutlah peluang yg ada ini, bulan yg penuh kemulian. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..