Salam rakan-rakan, sudah lama menyepi diri...kami ni..maklum la bulan Ramadan ni banyak ke hulu ke hilir kami... Setiap tahun kami akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama2... takanlah semua free kan... tidak salah jika bayar separuh pun, lagi separuh Abg Latiff & Kak IDa tampung... lagi pun sudah maklumkan kepada semua lebih awal agar dapat la kami mengumpul $ apa yg patut. Bila dikenakan bayaran rasa tanggunjawab utk hadir itu tinggi, tapi bila free.. pasti akan fikir "tak datang pun tak pa aku bukan rugi apa2 pun" Kalau dah bayar dulu pun akan pasti hadir, tapi bila bayar masa hari kejadian la pasti akan ada yg menarik diri berbagai... tetapi rakan2 kena la fikirkan juga... sebab $ pendahuluan sudah dikeluarkan dulu, jadi sekiranya tidak hadir bagaimana!!!!... Kali ni kami berbuka di Depalma Confrence Menara PKNS, Kami berkumpul seawal 6ptg, bagi memastikan kehadiran.. seramai 38 orang yg hadir termaksuk anak-anak.
TImbalan Ketua, Ketua Puteri, Ketua Caw & Ketua Wanita
Hidangan makanan menraik juga..ada nasi kerabu, nasi dagang, yg paling best ada IKAN pATIN masak tempoyak....dan macam2 lagi la... Pihak pengurusan juga mengadakan Solat Maghrib, Ishak & tarawih berjemaah. Selepas solat mahgrib kami didendangkan dengan nyayian kumpulan Nashid 12 o'clock... acapela tu...Setiap yg hadir dapat buah tangan utk
di bawa pulang.. Lelaki (kain ela baju melayu) & Perempuan (kain ela baju kurung)... senyum la semua yg hadir.. Terima Kasih Kepada Abg Latiff & Kak Ida kerana sudi menyumbang. Kami doakan semoga kalian dimurahkan Rezeki... Amin..
Ini sessi memilih kain nampaknya
Ini pulak sessi sign borang ahli baru...
No comments:
Post a Comment