Wednesday, September 29, 2010

Bulan Ramadan Kali ini....

Setelah selesai membeli belah...Kakak-kakak angkat puteri bersama Anak-anak yatim

Salam Aidilfitri...Rasanya tugas mengupdate sudah lama ditinggalkan.. maklumlah jadual sentiasa penuh je.. suasana bulan Ramadan sentiasa berbeza pada setiap tahun, tetapi pada tahun ini kami membantu apa yg termampu...

memberi sedikit penerangan kepada adik-adik sebelum membeli belah

KENA PASTIKAN ADIK-ADIK NI SEMUA ADA BERSAMA-SAMA KAMI

Puteri Bahagian PJU menganjurkan Program Membeli belah & berbuka puasa bersama Anak-anak yatim di kawasan PJU, Kami membantu anak-anak yatim yg DAIF, yang betul-betul memerlukan pertolongan & yg layak diberi Pertolongan. Tetapi bukan kami yg menilai mereka ini, kalaulah Ikhlas pertolongan ini maka berjayala juga program ini, seramai 47 anak-anak yatim yg diraikan. Jawatankuasa Perlaksanaan telah menjalankan tugas mereka masing2.. Kak Nie merupakan Pengarah Program, Sherry Setiausaha Program, Fid - Bendahari, BB - JK Sponsor, Kak Lin- JK mengurus Anak2 Yatim dan di bantu oleh Kak Lina, Kak Mas - Jk Tempat Berbuka Puasa, Zeti - JK tempat membeli belah, Kak Fiz - Jk menguruskan transpot Anak2 Yatim, Kak Lili - JK Cenderahati tapi dia dah sarat... jadi Kak Siti yg menguruskan Cenderahati dibantu oleh Jumalia...
Allhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada la yg sikit2 masalah sini sana... Normal la tu kan. Di bulan baik ini pasti ramai yg sudi utk menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit & juga tenaga... Terima Kasih kepada Semua Jawatankuasa Bahagian, Pemuda, Wanita & Puteri PJU dan tidak lupa juga kepada persendirian yg sudi menghulurkan sumbangan. Moga jasa kalian semua dimurahkan rezeki & dibalas dengan kebaikkan.AMIN

Hilang penat kami bila melihat adik-adik gembira dengan baju baru mereka, ada yg menangis sebab happy sangat dapat Brouch. Dan ada antara kami membeli lebih dari had yg telah ditetapkan. Jangan risau... memang pun Kakak2 ini nak membeli utk adik2 ini dari $ kakak2 sendiri, tak salah kan. Masa membeli belah sudah selesai.. agak awal juga, jadi kami terus ke Masjid di USJ 1 utk solat Asar, selesai solat, kami terus ke KFC USJ Taipan utk berbuka puasa. Fastfood kesukaan kanak2 tapi yg dewasa pun apa kurangnya. Macam biasa kita jangan la pikirkan perut kita je, apa yg penting raikan anak2 yatim ini dulu. If tekak kita tak boleh masuk KFC, kita makanla bersama2 anak2 yatim ni, apa yg dorang makan, kita makan, jadi tak lak rasa pelik sangat kan kenapa kita makan tak sama dengan anak2 yatimkan. Selepas selesai program nak makan kat mana boleh saja kan....

KEGEMBIRAAN TERPANCAR DI WAJAH MEREKA. ADIK-ADIK INI MENERIMA SUMBAGAN $ RAYA & JUGA BARANGAN DARI ADABI, KFC & ETC


Selesai sudah Program Bersama anak-anak yatim di kawasan PJU & Rawang. Semoga kita bertemu program yg lain pula bersama anak-anak yatim. Terima Kasih kepada Pihak Mydin yg sudi memberi bantuan kepada kami dari segi Staff2 yg turut serta bersama-sama kami utk membantu memilih pakaian, menyediakan ruang letak kereta yg Istimewa, kaunter KHas dimana diberikan juga potongan harga. Pihak KFC yg sudi memberi goodies bag kepada adik-adik & juga menyediakan Birthday Kek Kepada adik-adik yg menyambut Birthday. Juga kepada kakak-kakak yg sudi menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit & tenaga. Jasa kalian amat dihargai & semoga kita semua dicucuri rahmat. Amin

Kami nak bergambar kenangan bersama pu3 cawangan kami, Kak Siti sempat menyelit juga. :)Ini lah diantara kami yg turut membantu, Kak Lin, fiza, kakak, Ha, Kak Mas,Kak Bib, Aishah, Kak Nie & Kak Linda.

No comments:

Post a Comment