Wednesday, September 29, 2010

Bulan Ramadan Kali ini....

Setelah selesai membeli belah...Kakak-kakak angkat puteri bersama Anak-anak yatim

Salam Aidilfitri...Rasanya tugas mengupdate sudah lama ditinggalkan.. maklumlah jadual sentiasa penuh je.. suasana bulan Ramadan sentiasa berbeza pada setiap tahun, tetapi pada tahun ini kami membantu apa yg termampu...

memberi sedikit penerangan kepada adik-adik sebelum membeli belah

KENA PASTIKAN ADIK-ADIK NI SEMUA ADA BERSAMA-SAMA KAMI

Puteri Bahagian PJU menganjurkan Program Membeli belah & berbuka puasa bersama Anak-anak yatim di kawasan PJU, Kami membantu anak-anak yatim yg DAIF, yang betul-betul memerlukan pertolongan & yg layak diberi Pertolongan. Tetapi bukan kami yg menilai mereka ini, kalaulah Ikhlas pertolongan ini maka berjayala juga program ini, seramai 47 anak-anak yatim yg diraikan. Jawatankuasa Perlaksanaan telah menjalankan tugas mereka masing2.. Kak Nie merupakan Pengarah Program, Sherry Setiausaha Program, Fid - Bendahari, BB - JK Sponsor, Kak Lin- JK mengurus Anak2 Yatim dan di bantu oleh Kak Lina, Kak Mas - Jk Tempat Berbuka Puasa, Zeti - JK tempat membeli belah, Kak Fiz - Jk menguruskan transpot Anak2 Yatim, Kak Lili - JK Cenderahati tapi dia dah sarat... jadi Kak Siti yg menguruskan Cenderahati dibantu oleh Jumalia...
Allhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada la yg sikit2 masalah sini sana... Normal la tu kan. Di bulan baik ini pasti ramai yg sudi utk menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit & juga tenaga... Terima Kasih kepada Semua Jawatankuasa Bahagian, Pemuda, Wanita & Puteri PJU dan tidak lupa juga kepada persendirian yg sudi menghulurkan sumbangan. Moga jasa kalian semua dimurahkan rezeki & dibalas dengan kebaikkan.AMIN

Hilang penat kami bila melihat adik-adik gembira dengan baju baru mereka, ada yg menangis sebab happy sangat dapat Brouch. Dan ada antara kami membeli lebih dari had yg telah ditetapkan. Jangan risau... memang pun Kakak2 ini nak membeli utk adik2 ini dari $ kakak2 sendiri, tak salah kan. Masa membeli belah sudah selesai.. agak awal juga, jadi kami terus ke Masjid di USJ 1 utk solat Asar, selesai solat, kami terus ke KFC USJ Taipan utk berbuka puasa. Fastfood kesukaan kanak2 tapi yg dewasa pun apa kurangnya. Macam biasa kita jangan la pikirkan perut kita je, apa yg penting raikan anak2 yatim ini dulu. If tekak kita tak boleh masuk KFC, kita makanla bersama2 anak2 yatim ni, apa yg dorang makan, kita makan, jadi tak lak rasa pelik sangat kan kenapa kita makan tak sama dengan anak2 yatimkan. Selepas selesai program nak makan kat mana boleh saja kan....

KEGEMBIRAAN TERPANCAR DI WAJAH MEREKA. ADIK-ADIK INI MENERIMA SUMBAGAN $ RAYA & JUGA BARANGAN DARI ADABI, KFC & ETC


Selesai sudah Program Bersama anak-anak yatim di kawasan PJU & Rawang. Semoga kita bertemu program yg lain pula bersama anak-anak yatim. Terima Kasih kepada Pihak Mydin yg sudi memberi bantuan kepada kami dari segi Staff2 yg turut serta bersama-sama kami utk membantu memilih pakaian, menyediakan ruang letak kereta yg Istimewa, kaunter KHas dimana diberikan juga potongan harga. Pihak KFC yg sudi memberi goodies bag kepada adik-adik & juga menyediakan Birthday Kek Kepada adik-adik yg menyambut Birthday. Juga kepada kakak-kakak yg sudi menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit & tenaga. Jasa kalian amat dihargai & semoga kita semua dicucuri rahmat. Amin

Kami nak bergambar kenangan bersama pu3 cawangan kami, Kak Siti sempat menyelit juga. :)Ini lah diantara kami yg turut membantu, Kak Lin, fiza, kakak, Ha, Kak Mas,Kak Bib, Aishah, Kak Nie & Kak Linda.

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri..


Assalamualaikum, Kami mengambil kesempatan ini utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, menyusun sepuluh jari, ampun & maaf dipinta jika ada kesilapan... Bagi yg pulang ke kampung halaman.. pandu cermat ya... banyak2 bersabar bila memandu, maklumla semua wargakota pulang ke Desa.. jangan lupa ye kuih raya... simpan sikit utk kami, pasti kami akan bertandang ke rumah2 rakan sekiranya berkesempatan. Jangan lupa juga pastikan rumah2 yg ditinggalkan kunci semua pintu, gas memasak ditutup, switch off barang elektrik yg tidak digunakan & sebagainya..MAklumkan la pada Jiran2 yg tidak pulang ke kampung agar boleh la mereka tengok-tengokkan apa yg patut sekiranya ada curiga. Sekali lagi rakan2 SALAM AIDILFITRI to all Muslim in this world, Hope this year Aidilfitri is meaning full to you.

Sunday, September 5, 2010

Ramah Mesra & Berbuka Puasa

Mesti snap dulu photo before balik, but ada yg dah balik

Salam rakan-rakan, sudah lama menyepi diri...kami ni..maklum la bulan Ramadan ni banyak ke hulu ke hilir kami... Setiap tahun kami akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama2... takanlah semua free kan... tidak salah jika bayar separuh pun, lagi separuh Abg Latiff & Kak IDa tampung... lagi pun sudah maklumkan kepada semua lebih awal agar dapat la kami mengumpul $ apa yg patut. Bila dikenakan bayaran rasa tanggunjawab utk hadir itu tinggi, tapi bila free.. pasti akan fikir "tak datang pun tak pa aku bukan rugi apa2 pun" Kalau dah bayar dulu pun akan pasti hadir, tapi bila bayar masa hari kejadian la pasti akan ada yg menarik diri berbagai... tetapi rakan2 kena la fikirkan juga... sebab $ pendahuluan sudah dikeluarkan dulu, jadi sekiranya tidak hadir bagaimana!!!!... Kali ni kami berbuka di Depalma Confrence Menara PKNS, Kami berkumpul seawal 6ptg, bagi memastikan kehadiran.. seramai 38 orang yg hadir termaksuk anak-anak.
TImbalan Ketua, Ketua Puteri, Ketua Caw & Ketua Wanita
Hidangan makanan menraik juga..ada nasi kerabu, nasi dagang, yg paling best ada IKAN pATIN masak tempoyak....dan macam2 lagi la... Pihak pengurusan juga mengadakan Solat Maghrib, Ishak & tarawih berjemaah. Selepas solat mahgrib kami didendangkan dengan nyayian kumpulan Nashid 12 o'clock... acapela tu...Setiap yg hadir dapat buah tangan utk di bawa pulang.. Lelaki (kain ela baju melayu) & Perempuan (kain ela baju kurung)... senyum la semua yg hadir.. Terima Kasih Kepada Abg Latiff & Kak Ida kerana sudi menyumbang. Kami doakan semoga kalian dimurahkan Rezeki... Amin..
Ini sessi memilih kain nampaknya


Ini pulak sessi sign borang ahli baru...

Doa Seterusnya

Doa Hari - 26
Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari - 27
Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Te rhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari - 28
Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari - 29
Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari - 30 Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di,Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam dan disudahi dengan Aminnnnn.......

Wednesday, September 1, 2010

Doa....

Doa Hari - 22
Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untukku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab-Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas,Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari - 23
Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.


Doa Hari - 24
Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari - 25
Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.