Perdana Menteri Malaysia Pertama - Bapa KemerdekaanALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH ( 1957 - 1970)

Selamat Menyambut Hari Merdeka yg ke 53 tahun. Merdeka bukan sekadar mengibarkan bendera Malaysia tetapi cinta, semangat dan sanggup berjuang serta berkorban apa sahaja untuk Negara. Alhamdulillah, syukur kita masih dapat tinggal di Negara yg aman & Damai. 













Slot pertama dimulakan oleh ASP SAHEELA dari IPD Ampang Jaya, slot beliau mengenai ganguan seksual. ASP SAHEELA menerangkan apa itu ganguan seksual, apakan jenis-jenis ganguan seksual baik di rumah atau diluar rumah, kami juga diterangkan mengenai cara mengatasi ganguan seksual dikalangan kanak-kanak kerana golongan kanak-kanak lebih besar risiko untuk menerima ganguan seksual dari pihak luar. Beliau juga menceritakan beberapa kes yang pernah beliau kendalikan kebanyakkan kes yang berlaku adalah kanak-kanak. ASP SAHEELA juga memberitahu bahagaimana ingin membuat laporan dibalai polis kerana kebanyakkan rakyat malaysia tidak tahu bagaimana membuat laporan. Beliau juga menerangkan beberapa akta bagi setiap kesalahan antaranya ialah SEK 376 KK-ROGOL, SEK 376(b)KK- ROGOL &SUMBANG MAHRAM, SEK 354 KK-MENCABUL KEHORMATAN dan banyak lagi akta yang disabitkan kesalahan.
Slot kedua pula dikendalikan oleh En Kamarul Effendy Pengalisis Jenayah Malaysia, slot beliau adalah slot 2R iaitu Jenayah Rogol & Ragut. pada slot jam pertama kami tidak dapat mengikuti kerana kami telewat masuk ke bengkel dan mengakibatkan En Kamarul mengunci pintu selama 1jam, tetapi ketika diluar kami diperkenalkan salah seorang sukarelawan MAKNA mengenai kanser. banyak info yang kami perolehi daripada beliau mengenai kanser. Masuk jam kedua baru En Kamarul membuka pintu dan membenarkan masuk , kemudian kami meneruskan bengkel beliau. En Kamarul memberi kami tip bagaimana cara mempertahankan diri dari dirogol, beliau juga memberi pengetahuan bagaimana cara untuk membawa beg tangan supaya sukar untuk diragut. tetapi pesanan beliau sekiranya ingin kemana-mana lebih baik jangan bawa beg tangan bawa barang yang boleh simpan dipoket. En. Kamarul juga memaparkan beberapa keping gambar mangsa-mangsa rogol dan bunuh yang kejam. kebanyakkan mangsa adalah pelajar sekolah. Oleh itu ibu bapa berwaspada dan mgetahui kemana anak anda ingin pergi.
slot ketiga adalah slot terakhir mengenai penjara yang disampaikan oleh En.Amir Shariffudin Pengarah Parol Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. beliau menerangkan mengenai penjara. bgaimana hukuman dijalankan antara hukuman dipaparkan ialah hukuman sebat kpd pesalah, baru kini kami tahu sekiranya hukuman sebat sebanyak 24 kali maksudnya pesalah akan menerima hukaman sebanyak 24kali pada hari yang sama tiada peringkat-peringkat. parut hukuman sebat adalah parut kekal tiadak akan hilang. beliau juga memberitahu sekiranya ada pesalah yang dibebaskan dan ahli keluarga tidak menerima pesalah tersebut malaysia telah menyediakan house way untuk bekas-bekas pesalah tinggal secara percuma, makan percuma dan diberikan pekerjaan, bengkel berakhir jam 3 petang




