Tuesday, January 26, 2010

My 1 Malaysia Expo

En Hamzah & Abd Latiff memberi penerangan kepada pengunjung


Pasti ramai yg tidak tahu Expo yg telah berlangsung di pwtc baru-baru ini. Tidak dinafikan, kerana expo ini begitu hambar, peranan media cetak & media masa tidak begitu meluas begitu juga dgn promotion & publisiti... itupun terdengar di Radio Sinar FM... tapi sekali lalu je.. Berharap the organizer akan lebih tumpukan macam mana nak promosikan segala Expo yg dianjurkan dimasa akan datang.


Hari Pertama 22 Januari 2010
Expo ini di rasmikan oleh Dato' Johari Baharom Timbalan Menteri Kementerian Pertanian & Asas Tani. Expo bermula dari pukul 10pg - 8mlm. Hari pertama sambutan kurang memuaskan, lagipun hari jumaat agaknya, bagi yg lelaki menunaikan solat Jumaat & merupakan hari berkerja. Aishah terpaksa jaga booth seorg diri hari ini, Kak Azizah ada kerja yg tidak dapat dielakkan... nasib la ada Abg latiff, Rahman, En Hamzah & juga Uncle Zamri yg banyak membantu. Booth Mimizu juga di kunjungi oleh Dato' Mukriz & juga pengacara rancangan tv9 Sdr Aziz Desa, lupa pulak rancangan apa..dan

Hari Kedua 23 Januari 2010


Seawal pagi Kak Nie, Aishah & Abg latiff tiba di booth B15 Mimizu selepas sarapan pagi, pagi itu kami minum pagi bersama En Khairul, salah seorg yg bertanggujawab dalam exhibition ini. Rakan2 yg lain juga tiba, hari ini 1st time Kak Nie datang membantu di booth, memang suasana sunyi betul expo ini, banyak juga yg dipelajari oleh kami tentang mimizu. Hari ini kami pasang slide show, baru la menarik... Kak Nie terpaksa beredar sekejap, kerana ada mesyuarat di Pjb Bhg... Dato' Zainul Azman juga turut mengunjungi booth. Kak Nie muncul kembali bersama wafi, rasanya dah abis meeting la 2. Kami tutup booth lebih kurang dalam pukul 7mlm. Kami bersama2 Abg Latiff utk makan malam. Esok masih ada lagi.



Hari Ketiga 24 Januari 2010

Hari ini merupakan hari terakhir Expo... kali ini, wafi turut serta juga membantu, macam biasa expo masih kurang pegunjung... apa yg kami dapat rasakan publisiti tidak begitu meluas. Hari ini berbeza sedikit, kerana booth mimizu banyak dikunjungi oleh visitor yg telah berkecimpung dalam dunia perniagaan.. berbagai2 bangsa... nasib la ada......., kalau tidak siapa nak berbahasa inggeris... Jadi kawan2, kita perlu la belajar juga serba sedikit utk berbahasa Inggeris.. bukan apa.. utk kita juga... tapi yg tak syoknya, bangsa kita sendiri yg mengkondem jika kita cuba berinteraksi dlm bahasa inggeris kononnya berlagak la, kalau mcm tu sampai bila nak pandaikan.... tidak mengapa kita lupakan saja manusia2 itu... yg pasti kita belajar utk jadi yg terbaik... ok.... Kak Nie lepas ni kami nak berinteraksi mengunakan bahasa Inggeris, Kak Nie ada cakap "jika nak belajar, baca newspaper berbahasa Inggeris & sentiasa bawa kamus kemana2 sahaja" dan bagi yg tahu berbahasa Inggeris... betulkan lah grammar & turut membantu apa yg perlu. Kami sempat melawat ke booth2 yg lain, ada yg mengeluh, kerana kurang mendapat sambutan pada Expo ini, ramai yg tidak tahu ada expo yg sedang dijalankan... statement begini " Inilah pertama kali, saya menyertai expo yg tidak ramai pengunjung & begitu sunyi sepi, kata nak tolong rakyat, ini bukan namanya menolong rakyat" macam mana tu rakan2...mmmm, adakah kerana masing2 mengejarkan KPI... asalkan ada aktiviti yg dijalankan... seperti pepatah melayu, "MELEPASKAN BATUK DI ATAS TANGGA" betul ke... takut salah pulak pepatah ini. Jika silap maaf ye rakan2. Tidak sangka pulak kami terjumpa Kak Rosni bersama suami & anak2... dia pun tidak tahu ada Expo ini, itupun sebab suami dia dengar dlm Radio Sinar FM pada hari terakhir.. itu yg dia datang visit, katanya dia suka datang expo2 pertanian ini, kerana dapat la dia beli ikan pekasam, lagipun expo mcm ni je ada barang2 buatan malaysia dari berbagai negeri. Sebelum penutup Expo, adalah pertandingan Booth2 yg tercantik... jika tidak silap 1st is Bank Negara Malaysia & 2nd is Technology park. Kami mula berkemas apa yg patut.




Kesimpulan

Lebihkan publisiti & promotion, libatkan media cetak & media masa.

Terima Kasih juga kepada Abg Latiff & rakan2 yg memberi kepercayaan kepada kami utk mengendalikan booth ini. Banyak juga pengalaman & ilmu yg kami perolehi mengenai Baja Organik.

Matlamat utk memperkenalkan Mimizu Agrotek tercapai, dari segi mengalukan2 Vendor2, menyediakan Kursus2, membiak induk2 cacing, memproses menjadi Baja Organik & juga air rembesan cacing diproses menjadi Vermitea & memasarkan.

Wednesday, January 20, 2010

JuAra RakYaT

Akhirnya dapat juga article ini siap, punya la tunggu dan tunggu.... Mula2 risau juga bila Kak Nie minta tulis mengenai program Juara Rakyat, minta tolong kak nie yg wat... kata nya "U la yg tulis, coz Kak nie tak tahu apa yg berlaku disana, tulis apa yg u lihat & suasana apa yg berlaku" Jadi ini la cerita tak seberapa ini, tapi satu lagi masalah, sebab gambar guna hp je... punya la nak transfer dekat Kak Nie, tapi tak boleh download gak...... Kak Nie tak reti2 ke kerja kat Nikon, tolong la sediakan Camera hehehehe

SEAWAL PUKUL 7PG KAMI TELAH SAMPAI DI PEJABAT BAHAGIAN,…SEMENTARA MENUNGGU KEHADIRAN YG LAIN KAMI MENGISI PERUT KAMI YG KOSONG ,…SELEPAS BREAKFAST KAMI PUN BERTOLAK KE LOKASI YG DI TUJU DGN BERKONVOI BERAMAI-RAMAI KE BUKIT SENTOSA,HULU SELANGOR…KAMI MENAIKI BAS DGN PEMUDA,AUNTY ASMARA DAN RAHIMAH JUGA TURUT SERTAI KAMI,..

SETIBANYA DI SANA KAMI DIMINTA TURUN DAN BERJALAN SEDIKIT KEHADAPAN,..KAMI LIHAT RAMAI PENDUDUK KAWASAN DAN LUAR KAWASAN HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PROGAM JUARA RAKYAT INI,…

KAMI BERJALAN DARI SATU GERAI KE SATU GERAI YG LAIN,.TERDAPAT DARI SERATA NEGERI YG DATANG MEMPAMIRKAN BARANG2, MEREKA....
KEMUDIAN KAMI TERSEREMPAK DGN DATUK IKHWAN,OLEH KERANA KAMI SUDAH TIDAK TAHU ARAH MANA NAK DITUJU KAMI PUN FOLLOW DATUK IKHWAN KEMANA SAJA(MCM PENGIRING DATUK PULAK…HEHEHE)

LEBIH KURANG PUKUL 11PG, KETIBAAN PERDANA MENTERI KITA DISAMBUT DGN SENYUMAN, WALAUPUN KEADAAN CUACA MASE ITU AGAK PANAS TERIK DAN SESAK DGN ORG RAMAI YG HADIR,..
SETELAH ITU LAGU KEBANGGAAN KITE IAITU,LAGU NEGARAKU,LAGU JUARA RAKYAT,LAGU 1MALAYSIA DAN LAGU UMNO TURUT DI NYANYIKAN..SAMBIL KAMI MENDENGAR UCAPAN DARI PM KITA,KAMI MENCARI TEMPAT UNTUK BERTEDUH…

KAMI SINGGAH DI KHEMAH PU3 CAWANGAN KUALA SELANGOR YG MASE ITU SEDANG MENGADAKAN KEMPEN DERMA DARAH,..SALAH SEORG DARI PU3 KITA IAITU,KAK LILY INGIN MENDERMA DARAH,TAPI TIDAK KESAMPAIAN KERANA DOKTOR KATA: TAKUT MEMUDARATKAN DIRI KAK LILY, MAKNA NYA TAK BOLEH LAH KAK LILY MENDERMA,..KESIAN KAK LILY HAJAT YG MURNI TAK TERCAPAI(CUBA LAIN KALI ERK KAK LILY?)

KAMI JUGA ADA TERSERAMPAK DGN KETUA PU3 BAHAGIAN KITA KAK JASLINA,KAK IR ZAIDAH DAN FIZ,KAK RINA EXCO MALAYSIA PUN KAMI JUMPA..APA LAGI KAMI ASYIK POSING GAMBAR JELA,..DATUK IKHWAN PUN TURUT SERTA BERGAMBAR DGN KAMI,..SESUDAH BERGAMBAR KAMI BERJALAN LAGI KE GERAI YG LAIN DAN KAMI SINGGAH DI GERAI YG MENJUAL MAKANAN TERNAKAN HAIWAN…(GERAI NEGERI SELANGOR)

KAMI MENDAPAT TAHU PM KITA AKAN LALU DI SATU GERAI KE GERAI YG LAIN UNTUK BERRAMAH MESRA DGN RAKYAT,…
TEPAT PUKUL 1 KAMI MENUMPANG DATUK IKHWAN BALIK,KERANA SANGKA KAMI BAS LAMBAT LAGI BALIKNYA,…LAGI PUN KAK LILY ADE HAL LAIN YG NK DI TUJU,…
DRIVER DATUK MENGHANTAR DATUK IKHWAN PULANG DAHULU SETERUSNYA BARULAH HANTAR KAMI KE PEJABAT BAHAGIAN SEMULA,…SAMPAI JE DISANA KAMI MAKAN DI GERAI DEPAN PEJABAT BAHAGIAN DULU SEBELUM PULANG KERUMAH MASING-MASING….HEHEHE

SEKIAN,…

MAAF YER KAK NIE LAMBAT BAGI REPORT…. gambar tak dpt nak d/load lagi, nanti kami wat yea.

Sunday, January 17, 2010

MiMiZU Agrotek

Baja Organik yg telah diproses

Sabtu 16hb Januari, bertempat di Kilang Mimizu.. 2 org dari kami telah dipilih utk meyertai Mimizu Exhibition... "My 1 Malaysia Expo" di PWTC pada 22-24hb Januari 2010. Aishah & Azizah adalah orgnya yg dipilih oleh bossssssss mimizu. Mimizu merupakan Syarikat yg membiak, pemproses & mengedar baja organik "VERMIKOMPOS", 1st time mimizu menyertai expo . Jadi kena la bagi penerangan serba sedikit pada mereka berdua ni. Seawal pagi kami berkumpul, tapi kena breakfast dulu, but kedai yg kami nak mkn tu, cuma ada roti canai.... adoi kurang minat la pulak semuanya, tapi seawal pagi lauk pauk utk lunch sudah disediakan, mmmmmm terus lunch la gamaknya. Selesai bf + lunch, menuju ke destinasi seterusnya, kami melawat la kilang mimizu utk mendapat sekurang2 gambaran apa yg Mimizu jalankan. Penerangan di sampaikan oleh En Zamri selama lebih kurang 2 3 jam la juga. Maka serba sedikit kami dpt la gambarkan apa yg Mimizu keluarkan. Kami kena fikirkan, bagaimana hendak memperkenalkan Mimizu, product yg dikeluarkan & kegunaanya. Rasanya banyak lagi yg perlu kami tahu, jadi penerangan seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat ini... ye lah kan Expo tinggal beberapa hari saja... Kita jumpa lagi...Oh ya jgn lupa kunjungi Booth N13 Mimizu di PWTC yea...


Salah satu tanaman yg mengunakan baja organik, pokok jagung

Thursday, January 14, 2010

Kempen Derma Darah


Salam semua, Lama juga yea tak update blog ni, dah kekurangan bahan sebenarnya. Is ok... kita pelan-pelan kayuh ok... Nak inform ni, Pu3 Caw Desa Murni menganjurkan Program Kempen Derma Darah. Mengikut sumber2 yg diberitahu oleh Fid, bekalan darah di Malaysia sudah mencapai tahap Kritikal.... jadi mereka menganjurkan kempen ini. Sekiranya rakan2 ingin menderma, niat murni rakan2 amat dialu-alukan. Minta rakan2 beri nama kepada Aishah. Program dah bertukar tempat di Dewan Kafa Damansara Baru pada Sabtu 16 Januari 2010 bermula dari 11pg hingga 2ptg.

Monday, January 11, 2010

Anugerah Juara Lagu Ke 24


Pasti semua baru lepas tengok AJL kan. So boleh lah share serba sikit apa yg didengar & ditonton... Berpuas hati dengan keputusan yg telah di umumkan... Secara Ikhlas memang jarang sekali hendak menonton muzik2... itu pun secara kebetulan malam ini ada sedikit kelapangan masa.

Vokal Tebaik Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai) tidak dinafikan kerana memiliki suara yg agak tinggi dan bersahaja dari segi peyampaian.

Persembahan terbaik Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat - menarik sehingga mendapat tepukan standing occasion. Tidak sangka sampai di tengah penonton persembahannya sesuatu yg diluar jangkaan dgn membabitkan kanak2 sekolah yg sungguh ceria menari2.

Tempat Ke 3
Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir

Naib Juara

Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

Juara

Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo


Nak share sikit.... dah lama ni, sewaktu berjalan di Mid Valley... sambil menunggu seseorg, masuklah kedai Power Station, mata tertarik dengan DVD bertajuk " Talentime' , belek punya belek... arahan Arwah Yasmin Ahmad, jadi mesti beli ni... ini lah filem arahan beliau yg terakhir hayatnya....Satu perkara yang benar ingin selam dan pelajari ialah, ‘art of touching peoples’s heart’. Filem-filem Yasmin termasuk iklan2 karya beliau, berupaya menyentuh hati penonton. Sekali lagi beliau mengangkat tema cinta antara kaum, keluarga melayu moden dan hubungan masyarakat antara kaum. Nama pun 1 Malaysia kan.......Talentime ialah sebuah ‘lovestory’ yang menyentuh. Bagi sesiapa yang masih single menonton filem ini...lihat kiri & kanan di akhir filem ini dan menangis (dalam hati) kerana masih sendiri :) .. Bertemakan laju yg Aizat "PERGI" amat menyentuh hati.... dari sini lah tercari2 siapakah penyanyinya ketika itu... Tak sangka pula dinobatkan Juara pada AJL ke 24... dgn lirik & muzik yg indah... You deserve it

Saturday, January 9, 2010

Pelancaran Umno Juara Rakyat

Selamat Pagi Semua.. Kami mendapat jemputan ke majlis ini. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dijadual melancarkan secara rasmi Program Umno Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada hari ini 9 Jan 2070. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara adalah untuk menunjuk dan mengingatkan bahawa Umno dan BN adalah parti yang selama ini menjuarai hasrat rakyat.
Yat & Wafi mewakili pu3 caw Seksyen 20 Selatan. Seawal pagi mereka dah ada di Pejabat Bahagian, kerana bas disediakan. Sebelum berangkat ke destinasi yg hendak di tuju, apa2 pun perut mesti di isi, so mereka menikmati breakfast bersama2 Kak Lili... To be continue... Kita tunggu report dari mereka yea...

Friday, January 8, 2010

Kehilangan idea la pulak



Salam semua, semenjak masuk tahun baru ni, macam tak tahu pulak nak menulis apa, sudah kekurangan idea ke... atau sudah kekurangan aktiviti, actualy aktiviti tu dah dirangkakan... tapi engine masih sejuk lagi ehehhe... tgh wait nak panaskan balik ni & idea tu banyak nak tulis tapi..... takut tak relevant pulak... jadi kena perah otak lebih sikit, setiap kali tahun baru menjelma, macam2 rasanya azam nak buat.

Kalau sentuh bab kepimpinan.... kita sering mengingatkan yg lain, kalau kita ingin mengubah sikap org yg berkerja di samping kita, sebagai pemimpin kita patut berubah dahulu baru la impak yg positif kepada yg lain......

Bila sentuh bab2 program... takan nak wat prg sukan je... tak best la kan, takan prg suka2 je... tak boleh juga... so kita kena pelbagaikan prg2 agar kita dapat menarik minat generasi muda ni... contohnya.... blog kami ni, if tidak diwar- warkan... sudah tentu tiada sapa yg tahu & dapat juga berkongsi sesama... so hari ni jumlah pengunjung meningkat. Bila aktiviti sentiasa diadakan, jadi kawan2 yg lain berasa seronok juga utk meyertai... prg2 yg dijalankan. Jadi kami akan mengupdate blog ini sebaik yg mungkin & aktiviti yg dirangkakan akan di jalankan... Sentuh mengenai program... takan la kita nak menghadiri prog je & dapat jemputan je utk menghadiri prg, sekurang2nya kita dapat berkhidmat utk menjalankan setiap prg yg dirangka kan. Nak share sikit cara kami berkhidmat.....utk menlaksanakan prg. Apabila Biro politik berbincang utk prg seterusnya, setelah dipersetujui, barulah ajk di panggil dah tugas2 utk dibahagikan... apa guna ada AJK betul tak.... tak kira la berpegalaman ke tidak... yg penting kita bagi peluang semua utk menjalankannya... kadang2 ada yg malu, tak ada self confident & etc, so kami saling membantu apa yg perlu... masing2 tahu tugas masing2... Ketua kerja nya cari $$$$$ utk melaksanakan prg... mana ada prg semuanya free betul tak???? sofar alhamdulillah... bila ada antara kami yg ke bandung, sebenarnya mengeratkan lagi antara hubungan sesama kami. Kami lebih mengenali antara satu sama lain. Oh ya... semua ini kerja sukarela... jadi tak guna utk paksa2.... sekiranya tidak dapat hadir.... takan la kita nak melenting pulak kenapa tak hadir...jika buat mcm tu, alamak lari la semua... betul tak... bukan senang nak tarik minat generasi muda baya2 kita ni.....ooopssss muda lagi ke... selagi kita masih boleh berbakti utk parti, bangsa, agama & negara... tenaga kita masih diperlukan. Tetapi nak ke org2 atas ni dengan keluhan org muda ni.... mungkin bagi mereka kita ni muda sgt, belum cukup makan garam... sebab mereka cukup makan garam la... kebanyakkannya kena darah tinggi... uppppp lezer la pulak. Kita ni dah duduk zaman yg moden & utk mencapai wawasan 2020... jadi kena la buka minda sikit ke arah situ... bukan zaman nak cari salah sesiapa lagi... sekarang zaman utk melaksanakan apa yg dikota & telah di janjikan.

Memang benar, apabila kita dapat lakukan atau mencapai matlamat yg kita idamkan dalam hidup kepuasan yg datang itu sukar digambarkan... Sampai ketemu lagi

Sunday, January 3, 2010

Pandangan Baru :)

Salam semua, mcm yea nak mulakan.... bukan pandangan baru sebenarnya... tetapi sudah lama & sudah masanya utk kita berkongsi. Ramai memperkatakan tentang perubahan... tetapi apa yg perlu diubahkan... banyak perkara yg perlu kita ubah & maju ke depan utk mencapai sesuatu mengikut peredaran zaman. PM melaungkan " Berani ke berubah". Apa yg pasti, perubahan itu akan terlaksana sekiranya kita melaksanakanya. Apabila kita tanamkan satu sifat... tidak meletakkan harta,pangkat & jawatan what people said, eveyone is equal, dah tentu sesiapa sahaja dgn rasa selesa boleh duduk satu meja menikmati kopi bersama2.


Boleh ke BN tawan semula negeri2 yg sudah diambil alih pada PRU 13 akan datang... jawapannya semua ada pada kita. Berharap sgt... buka la mata & lihat sekeliling kita. Generasi muda sekarang cuba membantu apa yg perlu, tetapi sayang... pandangan kita tidak di ambil kira... when you are good, just prepare to be out from the list. Kita sebenarnya takut pada bayang2 sendiri... Bila kita hentam.... kita akan dikatakan dengki, jahat dll... tetapi pernahkah kita fikir, jika tidak dapat menerima atau mendengar tohmahan bagaimana kita nak berubah... kita tidak boleh menilai diri kita sendiri, melainkan org yg menilai kita. Jika teguran membina kita ambil kira, jika teguran tidak membina lupakan sahaja. Kita semua tidak sempurna melainkan Allah swt. Generasi muda sekarang sudah bijak berfikir.... bukan lagi seperti lembu di cucuk hidungnya... mengiakan sahaja.. kerana apa ya...... takut disisihkan.. emmmm... tak perlu semua tu, just be your self. Selesa sgt bila kita jadi diri kita & kita tidak perlu hipokrit. Kita berhak bersuara... dan tidak perlu fikirkan ..." BUKAN SIAPA YG BERKATA TETAPI APA YG DI KATAKAN". Tetapi rakan2 jgn la pula, malu pada diri sendiri. Kita patut rasa bangga siapa diri kita & tidak kisah kerja apa sekali pun... janji rezeki itu halal. All of you are free to give your opinion... positive or negative.

Oh ya...lagi satu ... nak cerita sikit ini, pandangan ini dari Kak Ida - (tentang minat, bila kita minat pada sesuatu..kita akan buat & dapatkan walau sesusah mana sekalipun.....jika kita minat berniaga, kena cari minat pada apa yang kita nak niagakan tu lah penting supaya kita tak mudah putus asa & sentiasa cuba cari jalan nak menjayakan apa yang kita minat ) betul juga kan.... Jadi.......fikirkan la yea... apa ye yg kita minat :)