Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012

Salam 1 Malaysia, salam tahun baru, Semoga tahun ini meninggalkan kita 1000 kenangan yg tidak dapat dilupakan, suka, duka, pahit, manis ini lah dinamakan kehidupan, seumpana roda yg berpusing.. menuju ke arah yg lebih baik. Semoga tahun yg akan datang ini lebih mengajar kita erti kehidupan dan juga keselesaan di negara tercinta.. All the best for the new year & peace. Alhamdulillah .. 

Tuesday, December 13, 2011

Yang di-Pertuan Agong ke-14


DAULAT TUANKU. Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan



Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja, beruntung lah kami dimana selangor merupakan cuti UMUM sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, dapat la menyaksikan istiadat di raja ini. Diringi dengan seekor gajah & juga hulubalang serta pengiring yg pelbagai mengenakan baju kebangsaan, nyayian DAULAT TUANKU...DAULAT TUANU... Semoga Tuanku dipanjangkan umur & sejahtera.. Menjunjung kasih Tuanku.. 

Hari Keputeraan Sultan Selangor ke 66

Ampun Tuanku Beribu ribu ampun, Sembah patik harap di ampun..kami berdoa semoga Tuanku dipanjangkan umur, diberikan kesejahteraan agar dapat terus memimpin rakyat di negeri ini AMIN, DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Sultan Selangor Darul Ehsan sempena hari keputeraan baginda yang ke 66.


Wednesday, November 23, 2011

SYABAS MALAYSIA!!!!

Salam rakan-rakan, Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah & syabas kepada pasukan harimau malaya kerana telah berjaya menewaskan pasukan Garuda 5-4 dalam sukan bolasepak baru2 ini ibu segala sukan... Sekali gus merangkul pingkat emas buat MALAYSIA....suasana perlawanan sangat mendebarkan kerana pada awal permainan pasukan Garuda telah membuka jaringan pertama mejadikan mata 1-0.. tetapi dengan penuh semangat Harimau Malaya dapat menyamakan mata pada minit seterusnya menjadi 1-1 sehingga masa tambahan...keadaan semakin panas apabila masa sepakan penalti diberikan dengan penuh semangat dan peluang yang ada tidak disia-siakan sehingga Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Garuda sekali gus menundukkan keegoan Indonesia untuk merampas pingat emas yang pernah Malaysia miliki pada sukan sea Laos tahun lepas. Ini bermaksud Harimau Malaya memenangi pingat emas 2 tahun berturut-turut...kami rasa bangga dengan semangat luar biasa pasukan Harimau Malaya walaupun pelbagai rintangan dilalui sebelum perlawanan bermula. Segala gus membuatkan kita berfikir sejenak, kita tidak perlu takut berada di negara kita sendiri [rakan-rakan yg tinggal di sg way..usah gentar sama mereka...ini negara kita yg punya]





Dan tahniah juga kepada semua atlet Malaysia yang menyumbangkan pingat emas sebanyak 58 pingat luar dari target iaitu dalam target hanya 40 pingat sahaja.... para attlet telah mebuktikan bahawa Malaysia mampu medapat lebih dari yang dijangkakan...jika rakan-rakan menonton, pasti seronok... bila tonton acara volley ball pantai, angkat berat, tahniah juga kepada penyokong malaysia (rakyat Malaysia) kerana memberi sokongan kepada attlet Malaysia dan telah berjaya menduduki tempat ke-4 tertinggi dalam keseluruhan pengumpulan pingat... moto MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA telah dibuktikan di dalam Temasya Sukan Sea JAKARTA Indonesia...."MALAYSIA BOLEH!!!!!"


Monday, November 14, 2011

Jom Loose Weight & Sihat






Assalamulaikum dan salam SiHaT untuk semua... Jeng jeng Kita sudah ada PEMENANG!!!..yeah yeah!!..okay kami nak bercerita atau nak update pada semua tentang activity JOm Loose Weight & Sihat yang telah dijalankan. Selepas perjumpaan pada 17 julai 2011 di Taman Tasik Taman Jaya Petaling Jaya, Seramai 7 orang peserta menyertai pertandingan ini. setiap peserta yang menyertai pertandingan ini telah diberi penjelasan mengenai peraturan pertandingan, bermulanya 17 julai mula la episod loose weight Challenger..


Dalam tempoh tiga bulan peserta bertahan dan berusaha untuk kurangkan berat badan..kami juga ada share tips permakanan dan untuk mengurangkan berat badan. dalam tempoh tiga bulan itu termasuk la bulan puasa dan bulan open house..so ape lagi kami kena laa bertahan..and ada gak kekadang tak dapat tahan nafsu..mana tak nyer food kitakan sedap2..,rendang ketupat,satay,longtong,nasi arab dan macam2 lagi,sangat mengoda sekali..hehe..


Setelah Tiga bulan, kami bertemu kembali dan masa untuk TIMBANG!!hehehe..mari kita tengok sape yang kena.. :D..Kami berkumpul di padang MBPJ berdekatan dengan restoran A&W pada 23/10/2011 pada pukul 10am. Kali ni adik kita lambat lagi la...terpaksa la kami wait gak.so proses timbang dilakukan untuk dapatkan keputusan siapa yang menang challenger ini. peserta yang memenangi pertandigan ini berjaya mengurangkan berat badannya banyak 2.5kg. :D.. yang seronoknya rakan-rakan yg menyertai loose weight ni memang berfikiran out of the box, sporting share berat badan dengan peserta yang lain,so kami semua tau la sape yang loose wight & sape yang gaint weight..hehhe..walaupun ada peserta yang tak berjaya tapi still sporting share result dengan yang lain-lain.

selepas mengetahui siapa pemenang dan peserta yang memenangi challenger ini diberi hadiah @imbuhanan kami sarapan bersama-sama di restoran A&W. kami share knowledge dengan pemenang macam mana dia leh kurangkan berat badan.. tips yang dia share dengan kami, walau makan sikit atau kurang dia tetap akan exercise at least 3 kali seminggu, 1 hingga 2 jam satu sesi. sebab dengan exercise bukan saja leh kurangkan berat badan tetapi boleh menjaga kesihatan..selepas sarapan kami pun bersurai..


Ok sampai sini dulu story mory about challenge ni.. hopefully selepas ini semua peserta, still menjalankan diet yang betul dan teruskan exercise.haaa... pesanan untuk semua dan awak juga..walaupun challenger ini dah tamat tapi janganlah dah tak ikot tips-tips yang diberikan..makan ala kadar je tau..make sure sihat & bukan tambah berat badan.. ( ^-^ ).. Jalanilah cara hidup sihat.. byeeeeeeeeeeeee.... ooopss sebelum terlupa...ada yg masih belum bayar $ imbuhan, jangan lupa cari kpu3 yea...sian kawan kita yg menang... perjanjian tetap perjanjian kan...

Kem Lakonan Junior Starz


kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kem Lakonan Junior Star selama 3 hari:-

Tarikh : 22-24 Nov 2011 & 29 Nov -1 Dec 2011 (pilih salah satu)
Yuran: RM250.00 (jelaskan selewat2nya seminggu sebelum kelas dilakukan)
Anjuran: EUROFINE (M) SDN. BHD.

jika berminat sila email kepada Rozaini.Othman@nikonoa.net untuk mendapatkan borang penyertaan

Wednesday, October 5, 2011

LoSe wEight cHalLenGe....

khas untuk peserta lose Weight....tarikh untuk timbang berat badan di tunda pada 23/10/2011...
so kita masih ade 18 hari lagi....macam mana???dh ader perubahan positif ker???klu dh ader perubahan positif bagus la...klu x... gunakan 18 hari ini dgn sebaik mungkin....

RENUNG2KAN...dan SELAMAT BERDIET....

Saturday, October 1, 2011

Tour Raya Part 2

Rumah Ketua Puteri Kami
Open House Dato Z & PEKEMA


Rumah Kak Lin, the boys dapat tengok bola apa lagi..tak nak makan dah..lagipun dah masuk rumah yg ke ke3.. masing dah kenyang agaknya...
Rumah Kak nana setiap tahun tak pernah mis.. tapi kali ni kami raya kat rumah baru dia.. ada juga 2 3 rumah yg kami terlupa untuk snap photo...


Rumah kak Bib (Naib Ketua Puteri caw)... biskut chipmore dia sedap tau...

Kami serang je rumah pu3 kami.. yg mana ikut dan je kami ajak ada yg terlepas juga or terlupa .. sms banyak juga keluar, tapi ini je la yg rajin join pun.. ye la kan masing-masing ada aktiviti sendiri..sian juga tuan rumah if serang ramai2 kan...apa2 pun.. terima kasih semua..Rasanya Loose weight kami dah tak menjadi je ... tinggal beberapa hari je ni due datenya...ehhh rumah aunty mara & abg pian kita tak snap photo la..

ToUR RaYa.. 2011


Salam Merdeka Raya...berakhir sudah raya untuk tahun ini, semoga kita berkesempatan untuk ramadhan tahun hadapan pula.. Setiap tahun pasti kami akan beraya beramai2 seperti biasa... tapi raya tahun ini agar hambar sedikit... mungkinkah ekonomi yg agak merosot sedikit atau kita-kita yg sudah semakin berumur :).. Tahun ni Ketua Puteri & Ketua cawangan tak buat open house, jadi kami serang je rumah mereka, tapi kami bagitahu inadvance dulu la yea...karang terkejut pula rombongan kami ni... maklum lah. Tour Raya PART 1- Rumah Ketua Cawangan.


Bersama Tuan rumah...




sempat berniaga ni... then kami wat collection sikit untuk Arwah Zack ketika berada di rumah KC, sementara ada 2 3 kerat ahli2 & kami telah serahkan sumbangan itu kepadaYong untuk di disampaikan kepada Angah..