Saturday, December 5, 2009

Search di awan Biru

1hb Ogos 2009, Lama dah ni... maaf rakan2 baru jumpa gambar ni, itu yg update... jgn marah yea... Kami ada la dlm 7org meyaksikan konsert Seach ni... last minute ada yg tak dpt hadir, so apa lagi Kak Nie pun ajak la any of us to join.... sian moi tak dapat join, lain kali if tukar no hp inform ok..... seawal 6.30ptg kami dah konvoi, susah nak cari parking, so lebih baik konvoi... jauh betul kami park, tapi kerana amy search kami gagahkan juga... Kak Ija boleh lak nak pakai kasut tinggi... ingat ni konsert dlm ballroom ke hehehe... nasib dlm Keta Kak Nie ada sandal... so tukar la yea... Konsert tidak memuaskan coz sound system tak sedap di dengar, but layan je... Wa & ecah rupa2 nya rockers gak... Kni, dedek & hafiz tak sangup redah kat grand stand kalau ikut tiket kami le... drg duduk jauh je, kami semua apa lg kalau boleh berdepan dgn amy search lagi best,

Kak Nie & ija balik dulu, coz tak rock rupanya drg ni, So yg lain wait sampai abis le....Kami Pulang dengan Kak zizah...Pesan Kak Nie jgn balik lambat coz esk pg program Roti heheeh

Thursday, December 3, 2009

The End....


Sikit lagi.....

Dalam IB

Kami sempat gak take photo dalam IB tu.. masa time break. Kesian Kak Zeti... agaknya perut dia masuk angin.. so dia rest kat surau je, bila dah abis teater kami text dia. Kami terus gerak balik PJ, ye la masing2 nak kerja keesokkan harinya. Tapi perut mesti di isi gak... Ada yg dah balik & tak join minum2 malam tu. Ada antara kami... 1st time meyaksikan teater.. pengalaman tuu.. apa2 we have a great time... oh ya lupa lak... Kak Ita you look so sweet with baju kurung hehehe...

Makan Time.. Wa & Kak Linda (ahli baru)

Wednesday, December 2, 2009

Teater Natrah


Gambar rombongan ahli2 pu3 sek 20 selatan bersama rakan2 pu3 dari cawangan yang lain. Turut bersama adalah kak Ida Rahayu Dato Md Noor. TQ kak ida...



30 hb nov 2009 - Pu3 seksyen 20 selatan bersama2 beberapa rakan pu3 dari cawangan lain ( 20 org ) telah berkonvoi beramai2 untuk menyaksikan malam gala teater 'NATRAH' yang diarahkan oleh ERMA FATIMA di ISTANA BUDAYA. Dek kerana terpaksa meredah jem di sepanjang perjalanan kami terlewat sikit tiba di IB. Maklumlah ada antara kami kerja jauh sikit jd nak mengumpulkan semua org bukannya mudah lebih2 lg bila ramai yg tak begitu arif dgn jln di kuala lumpur ni.

Mujur juga Kak Lin & zulaiha bermurah hati menumpangkan kereta utk adik2 pu3 yg tak ada kenderaan ke sana.
Seperti biasa ketua rombangan tak lain tak bukan tentulah Kak Nie yg merupakan Ketua Pu3 caw sek 20 selatan merangkap Naib Kpu3 Bhg PJU. Kecohlah mulutnya untuk memastikan anak2 buah semua selamat sampai ke IB.... sampai kat area Istana Budaya dah pukul 8 mlm. tak dapat la nak dinner dulu... tapi Kak Nie selalu ada je bekal dalam handbag dia... biskut yg di share... teringat lak masa p bandung, kak Nie bawa maggi, biskut, air epal & orange.. kami perli juga... tapi rupa2 nya berguna juga heheeh... kami yg tukang menghabiskan stock brg runcit Kak Nie, berbalik teater Natrah... rasanya bagi yg lom tonton, cuba la luangkan masa utk menonton... agak menarik kisah Natrah ni..

Natrah ,merupakan peristiwa sebenar yg berlaku semasa perang Dunia ke2. Natrah mengisahkan Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah dipelihara dan hidup dalam suasana pendidikan Islam sejak dipelihara oleh Che Aminah. Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat, dia pulang ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada di Chukai, Terengganu, ketika itu Natrah berusia 13 tahun. Konflik timbul apabila berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Singapura. Konflik agama dan isu penjagaan Natrah telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada ketika itu.


Meskipun garapan teater NATRAH ini terlalu perlahan, tetapi isu dan mesej yang cuba dikupas oleh ERMA berjaya disampaikan dengan baik. Masih ramai yang menganggap isu murtad ini merupakan isu yang kecil berbanding isu politik, peperangan dsb. tetapi jika isu ini tidak ditangani dengan bijak masyarakat kita akan berdepan dgn penyakit akhlak yang sukar untuk diubati. Marilah kita sama2 berdoa agar hati dan iman kita sentiasa berpegang teguh dan kuat biarpun bertempur dgn pelbagai rintangan dan cubaan seperti apa yang dialami oleh Natrah kerana " Sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"... Aminnn!!

Pementasan Teater NATRAH yang berlangsung selama tiga jam itu, dibintangi oleh Maya Karim, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane, Samantha Schubert dan ramai lagi.

Bila dah satu kepala.... maka jadi la.......


banyak kepala heeee.........

baru lepas breakfast


mirror mirror .. who's shoe & leg most beautiful... me me ...

Suka suki

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Aidiladha


Salam semua, bagi yg balik ke kampung, pandu selamat yea. Maklum la cuti sekolah sekali kan. Musim2 hujan ni... berhati2 yea... banjir di sana sini, pastikan setiap air yg diminum, di masak hingga didih ok... kurangkan minum ais.. coz kita tak tau sama ada ais batu mengunakan air masak atau tidak.... bagi yg tak balik kampung, nak makan ketupat rendang jemput la raya.. kat Rumah .... sapa lagi... kalau bukan rumah Kak Nie..selalunya dia tak balik kampung Hari Raya Haji ni... oh ya rumah Abg latiff pun boleh raya gak... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA... ooooo sebelum terlupa jgn lupa bagi yg dah bagi nama nak menonton Teater Natrah Isnin 30 November, 8 malam di Istana Budaya... See you soon.....

Monday, November 23, 2009

Selamat Menyambut HAri Raya Aidiladha

Assalamualaikum, Kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan
Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.
10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit
Hari Raya Aidil Fitri.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.
Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. - wikipedia

Monday, November 16, 2009

3rd Day Trip Bandung & Final


Pagi ni kami plan sightseeing "Gunung Tangkuban Perahu" ia merupakan bekas tempat gunung berapi yg tidak lagi aktif... sungguh menarik tempat ni... sejuk macam di Cameron Highland... Jika ke bandung jgn lepaskan peluang utk melawat tempat ini ok...... Seawal 7 pagi... kami breakfast dulu... huhuuuu nasi putih + ayam goreng + keropok... roti bakar... Perjalanan ke Gunung Tangkuban lebih kurang 1 1/2 jam.... kami dah ready bawa baju sejuk masing2... setibanya kami di sini...... alangkah indah ciptaan Allah.... disini kami mengabiskan sisa2 $$ kami.. sebelum pulang ke Malaysia petang ini. Disini boleh beli cenderahati dari bandung... t.shirt, magnet, baju2 & etc.... boleh tawar menawar....tengah syok2 kami pilih baju dress kait....yg nak kami beli.... moi terlupa pulak camera dia letak dimana... alamat.... jgn mimpi la nak jumpa balik.... huhuhuuuu...... ada gembira & ada duka.... gembira kerana kami enjoy the trip... berduka mmmmmm....moi kehilangan camera & kami akan pulang ke Malaysia...

Setelah lebih 1 jam... kami terpaksa meninggalkan Gunung berapi ni utk destinasi seterusnya..... kami berhenti seketika di kaki jalan utk menikmati ubi & jagung bakar.... sedap tu..... ada jagung bakar cheeese lagi.... tetapi kawan kami moi.... sedih sgt, wa & aishah.... tumpang sedih.... last2 mana tahan tgk semua org dok makan jagung... Abg latiff pun pujuk la kami utk keluar dari Van & makan jagung bakar...selesai semua........ menuju ke Warung Sate Shinta.... Lunch kami ada sate kali ni... sate kambing & ayam... ada yg tak makan sate kambing... jadi kita order yg lain.....

Lepas makan kami bergegas utk pulang ke Guest house... nak pack brg2 apa yg patut... coz flight kami pukul 5.00 petang... Masing2 bertambah beg rupanya... masa datang 1 beg, bila balik beranak lak beg jadi 2 atau 3.... Yg mana beli baju baru... time ni la nak bergaya.... patut la Kak Nie sedih sgt if baju yg dia tertinggal tu tidak claim... rupa2nya cantik sungguh baju tuuuuuu..... Perjalanan kami ke airport ketika itu.. hujan turun.... merintih pemergian kami... kami pun rasa sedih gak... coz bila la ada peluang lagi nak bersama2 begini.... Apa-apa pun kami sungguh gembira & we really enjoy our trip.. together...Kapan ketemu lagi ya.... Kami ucapkan terima kasih kepada Amir & Redza kerana melayan kerenah kami... both of you did a great job... Tungguuuuuuuuuuu trip next year pulak..

2nd Day Trip Bandung

Rakan2 since that cerita pasal bandung so ikut time sana la yea, seawal 7pagi kami sudah bangun utk breakfast.. kami di hidangkan nasi putih bersama sup, telur goreng & coco crunch & roti bakar... memang trend disana makan nasi seawal pagi... adoi pak engak bisa dong... Abg Redza... tourist guide yg membawa kami ke destinasi yg hendak dituju.... kami hari ni ke Pasar baru, bersemangat masing2 hendak menghabiskan $$$$$$$$$.... kat pasar baru ni macam2 ada, yg menarik di pasar baru is baju kebaya, kain ela, kain telekung, memang murah sgt & menarik...oh ya swiming suit muslimah pun murah disini... sambil kami shopping, kebetulan teringin sgt nak makan kuih2 yg dijual... kami cuba cream puff & popiah sooun... sedap tu... selepas cukup 4jam, kami lunch di Restoran Padang.... selera sungguh kami..
Bagi kak Lin kuantan & the geng 4jam tak cukup tu shopping......jika berkunjung di bandung jgn lupa try air avocado & nasi padang yaa... selesai makan... Kak nie nak claim baju yg dibeli semalam... bagus juga system drg ni, jika kita beli baju, ada Nota pembelian (resit le), rupa2 nya if beli baju yg menarik sikit, nota pembelian kena bayar dikaunter & kemudian ambil brg di butik balik... patut la baju Kak Nie tidak ada smlm, coz ingat kan bila bayar, baju dah di letak di kaunter bayaran hemmmmm. Aktiviti selepas ini.. ada yg ke SPA & ada yg shopping.. yg ke SPA is Kak nie, kak na, kak lin ari, abg latiff & rizal... serta Kak Lin kuantan & the gang... Kak Nie & Kak lin Pahang siap buat padicure & manicure.. rambut tak lupa gak....dekat 3jam juga la drg ni memanjakan diri, yg lain masih shopping & jgn terkejut, ita sampai di bandung pada petang ini.. so dia terus join group shopping.. Dinner kami malam ini d Karamba Sunda Food...

Malam ni ABg latiff plan nak party ala2 kecil-kecilan..di rumah penginapan kami....so kami mencari la durian local... rezeki kami tidak ada... durian local sudah abis... apa lagi durian thailand la... ingat nak beli KFC jugak.. but masing2 sudah kenyang... masa kami tgh mencari durian... kak lin pahang masih sempat shopping di kaki lima.....Abg latiff ni sambil menyelam minum air... masih sempat lagi jumpa rakan niaga di Bandung... Setelah abg latiff selesai ketemu Bapak Acep... kami mulakan la party durian & pijamas kami hahaha....... sedap tu durian.... sambil berborak2 kosong, maklum la esok hari terakhir kami utk bersama2 menikmati suasana begini lagi..Kami sungguh kagum... dimana setiap restoran & kedai2 shopping yg kami kunjung semuanya di sediakan tempat utk solat. Alhamdullilah