Tuesday, May 22, 2012

FuTsaL


Hai semua...baru-baru ni Pu3 cawangan bersama-sama menyertai futsal anjuran Pemuda cawangan kami...very fun walaupun pada awalnya dijangka ramai yang ingin menyertai..sepatutnya Friendly game ini bersama dengan PEMUDA Bahagian..tapi tak nampak muncul pun setelah 1jam pemuda caw kami menanti.. macam mana yea... tidak dapat sokongan dari pihak atasan...APA SUDAH JADI....kami main la sesama kami...,puteri sesama puteri & pemuda sesama pemuda...we still have fun...program bermula seawal jam 9:00 malam sehingga 11:00 malam...semua yang menyertai sangat-sangat puas hati dengan gelanggang yang cukup selesa...tahniah kepada Pemuda cawangan Seksyen 20 Selatan kerana selesai menganjurkan program ini...dan terima kasih kepada semua yang turut menyertai dalam program kali ini dan memberi sumbangan...



yea abe... aksi dah ada tu, apa lagi kasi GOL !!!!

Sunday, May 13, 2012

Laini & Zul

 Tahniah...kami ucapkan..kami tidak dapat ke kluang.. jadi ke sekinchan la kami. bertandang ke rumah pengantin lelaki.... 3 buah kereta rombongan kami ke sana... makin lama makin jauh pula rasanya..tapi memang jauh tau... perut masing-masing dah berbunyi maklum la time makan sudah tiba... Nasi kenduri yg simple tapi menarik...kami dapat makan umbun kepala masak lemak...sedap tau...dan lagi jajan (kudap-kudap) terhidang di atas meja...memandangkan camera kali ni ramai yg bawa, (tak nak jadi macam mesy hari tu), jadi yg ini cuma ada dekat saya... kami kalau dah rombongan biasa la, bukan senang nak sampai kan... 1st stop...buah-buahan, jagung manis, 2nd membeli kerepek la pula, yang akhir sekali perhentian kami singgah is CENDOL DURIAN BORHAN...tapi manis sangat-sangat... bole cuba sahaja... Tahniah sekali lagi dari kami untuk laini & zul, kami doa kan semoga sentiasa dirahmati, saling sayang menyayangi, menghormati, sabar menempuh alam berumah tangga.. Amin. Terima kasih kerana sudi menjemput kami ..

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan

(sambil menanti rakan-rakan puteri yg hadir..ada pula yg menyelit )

Alhamdulillah selesai sudah persidangan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan pada   pada 29 April 2012...di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Damansara....  dengan jaya. Syukur alhamdulillah walaupun ramai ahli Pu3 cawangan tidak dapat hadir tetapi kami masih boleh bersidang...Kami tidak mengambil banyak masa dan terus memulakan persidangan…dengan agenda suai kenal dengan ahli lama yang jarang muncul…Kak Haniza telah mempengerusikan persidangan sebagai pengerusi tetap....Kuota Perwakilan masih sama seperti tahun lepas iaitu Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri serta Pen. Setiausaha Puteri Cawangan merupakan perwakilan automatik. Nurul Ikmal dan Haniza telah dipilih ke Mesyuarat Perwakilan Pegerakan Puteri UMNO Bahagian, tak lama pun mesyuarat kami, …dengan kata-kata akhir dari Ketua Puteri Cawangan yang menyentuh mengenai Kajian Sikap pengundi muda untuk PRU 13 di mana kaji sikap ini dikendalikan oleh Pu3 dan tugasan PRU 13 bagi Pu3 adalah bahagian IT..dan berharap ramai lagi ahli Pu3 dapat turut serta dalam membuat Kajian sikap dan saling bantu membantu untuk PRU yg akan di adakan pada bila-bila masa sahaja...Wakil Puteri Bahagian Kami ialah Cikgu Azida (Ketua Puteri Cawangan Seri Setia & AJK puteri bahagian), cikgu juga mengucapkan terima kasih & tahniah kerana berjaya mengadakan Persidangan. Kami juga menerima cenderahati menarik sangat :)..



Selepas semua pegerakkan sayap selamat bersidang bermula la persidangan cawangan... Cik Ida Rahayu sebagai Pengerusi tetap telah mempengrusikan majlis...diakhir ucapan penangguhan Ketua Cawangan En. ABD LATIFF telah memberi ucapan penangguhan dimana beliau melihat pegerakkan sayap cawangan kurang membuat program dan menyentuh mengenai peristiwa yang mengejutkan Negara iaitu "BERSIH"...dan ini tidak patut berlaku pun.
Turut ditambah kenyataan tersebut saudari IDA RAHAYU selaku Pengerusi Tetap, Bersih 3 dianjurkan oleh Ambiga untuk menuntut Kerajaan laksanakan 8 Pindaan berkaitan penambah baikan Pilihanraya yang telah mereka cadangkan dlm Bersih 2 dulu. Pindaan tu dah dibuat oleh Jawatankuasa Pindaan Akta Pilihanraya yg dianggotai juga oleh Ahli Parlimen pembangkang. Jawatankuasa tu telah bersetuju menerima 7 daripada 8 cadangan pindaan tu. Pindaan tu dah dibentangkan oleh Kerajaan dalam Persidangan Parlimen minggu lepas dan dah pun diluluskan. Jadi patutnya tak perlu pun Bersih 3 dibuat lagi tetapi Ambiga yg disuruh oleh pembangkang nak buat jugak cuma diorang kata kali ni nak demo untuk tuntut supaya Pindaan yg dah diluluskan tu , dilaksanakan dlm PRU13 ni. Secara logiknya, pindaan tu baru je seminggu lulus, mestilah kerajaan sedang menguruskan pelaksanaannya kan? Jadi kenapa nak buat jugak Bersih 3? Mereka dah menghasut rakyat utk demo juga dengan alasan, kononnya BN belum tentu lagi nak laksanakan Pindaan tu . Jadi kononnya mereka hendak meanjadi hero menuntut dilaksanakan dlm PRU 13 . Yg peliknya, Ambiga dan pembangkang tiadak mahu pula buat Demo menuntut Kerajaan Negeri Selangor untuk laksanakan semua Janji Pilihanraya PRU 12 yg mereka belum laksana walaupun dah 4 tahun memerintah! Maknanya, Ambiga dan pembangkang segaja hendak tunjuk kepada orang ramai , Kerajaan BN tidak bagus dan negara tidak aman dan menghasut rakyat supaya tidak menyokong BN. . 



Ketua Wanita Cawangan Puan Asmara yang menyangkal kata-kata KC berkenaan kurangnya program dalam pegerakkan sayap...Puan Asmara memberitahu bahawa wanita cawangan selalu melibatkan program bersama-sama wanita bahagian itu sebab tiada program di wanita cawangan.

Kak nie selaku Ketua Puteri Cawangan (Naib Ketua Puteri Bahagian) menjelaskan kepada semua ahli dan mewakili suara pu3 dimana pu3 telah membuat beberapa program seperti Baby IQ, cara memakai tudung dan terbaru Kajian Sikap untuk PRU 13, terima kasih juga kepada Ketua Cawangan, Cik Ida, Aunty mara & pemuda yang sentiasa memberi sokongan dan juga sumbangan-sumbangan bagi kami menjayakan program. 

Nuril Rizal (selaku Ketua Penerangan Pemuda Caw & Setiausaha cawangan) ...bagi pihak pemuda cawangan mereka bukan tidak membuat program tetapi mereka bersiap sedia sekiranya PRU 13 kira sedia gempur bila di arahkan...KAmi juga telah mengadakan program Friendly Futsal baru- baru ini.


(posing serahkan kepada pu3 hehehhe... ayu gitu) 

Mesyuarat di tangguhkan... acara yg di nantikan , acara cabutan bertuah…best sangat kerana hadiah menarik yang ditaja oleh Ketua Caw, Kak Ida, puteri, pemuda dan wanita UMNO cawangan.  boleh dikatakan semua ahli cawangan dapat hadiah, rupanya ada juga lagi extra hadiah, kami apa lagi cabut la nombor lagi mana tahu ada untung untuk dapat hadiah lagi ...persidangan bersurai pada jam 6:00 petang…kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir dan memeriahkan majlis persidangan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan terutama kepada Ahli Jawatkuasa Bahagian PJU yang sanggup menunggu sehingga majlis berakhir…Terima kasih juga kepada semua yg terlibat secara langsung tidak langsung bagi segala persiapan. Ampun maaf sekiranya ada kekurangan salah silap kami sebelum  selepas persidangan. Sampai berjumpa lagi...kerana terlalu sibuk sampai kami tak bergroup photo lg tahun nie..dan kali ini kami tidak dapat upload gambar-gamabr yg menarik memandangkan ada problem camera yg digunakan.. sayang seribu klai sayang.. kerana pada tahun ini, yang lelaki berbaju Melayu & gadis-gadis pula berbaju kurung ayu..:) hanya ini sahaja yg dapat kami paparkan...oh ya lupa pula nak kasi tahu...kami juga ada jualan-jualan... boleh la beli untuk persiapan raya tahun ni :)

 (Kak Jas tengah memilih tu )


(fareez (pemuda) mencabut nombor bertuah...yeah aunty nora bertuah)

BERSIH KER??

Negara dikejutkan dengan berlaku nyer rusuhan BERSIH 3.0...


inikah budaya Malaysia???sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk bebas bersuara...bukan dengan cara seperti diatas...harus lah mengikut garis panduan yang telah di tetapkan....matlamat bersih adalah DUDUK DAN BANTAH tetapi kenapa menjadi seperti medan pentempuran seolah-olah hilang arah...siapa yang harus dipersalah kan??adakah pihak penganjur??atau peserta yang hadir???susah untuk ditafsirkan...tetapi apa yang telah berlaku telah membawa kesan besar terhadap Malaysia di mata dunia dan juga mengakibatkan kerugian yang sangat besar...apakah persepsi negara luar bila melihat Malaysia yang semakin maju dan 100% keselamatan terjamin setelah melihat apa yang terjadi???adakah malaysia selamat???bagi kita rakyat Malaysia sendiri pun tidak akan rasa selamat sekiranya perkara ini berlaku kembali kerana rusuhan tersebut telah banyak mencederakan orang awam..para peniaga sekitar Dataran Merdeka turut mengalami kerugian yang besar kerana oranag awam tidak berani keluar rumah...pelancong juga takut untuk datang ke Malaysia kerana rasa tidak selamat...ini bermakna dari hanya 1 rusuhan boleh memberi impak besar dari segi keselamat, ekonomi dan pelancongan....malah nama baik Malaysia turut tercemar..Malaysia 50 tahun telah MERDEKA sepatut nyer sebagai rakyat fikiran kita harus juga MERDEKA jangan terlalu taksub sehingga memperlihatkan diri kita masih dalam jajahan...tidak semua yang kita ingin kan kita akan dapat begitu juga apa yang BERSIH ingin kan iaitu 8 usul yang mereka bentangkan...tetapi harus diingat dari 8 diusulkan 7 telah diluluskan.... apakah tidak cukup lagi??apakah kerajaan masih tidak berlaku adil???pasti ada sebab mengapa 1 usul kerajaan tidak luluskan...mesti akan mendatangkan kesan yang kita tidak dapat lihat sekarang tetapi kesan pada masa akan datang...Politik hanya 1 platform dimana memperlihatkan Malaysia mempunya kerajaan bukan medan siapa yang harus berkuasa dan merebut kuasa...kerana Malaysia hak rakyat..sebagai rakyat malaysia kita sepatut nyer membantu kerajaan memajukan negara bukan merugikan negara...demi masa depan generasi akan datang.. apa akan jadi jika negara kucar-kacir??adakah kita ingin lihat waris kita hidup seperti sebelum kemerdekaan??seharus nya kita menyambung perjuangan nenek moyang kita mempertahan kan negara dari keganasan dan rusuhan bukan mengikut orang yang ingin melihat Malaysia jatuh...kesimpulan nya bukan tidak boleh berhimpun tetapi perlu berhimpun dengan aman sekali gus sama2 membantu menjaga keselamatan orang awam dan diri sendiri...pokok pangkal sebelum memalukan sesuatu harus fikir buruk dan baik nye dahulu...jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk kita...tidak semua pengikut bersih bersalah tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.....apa yg di perjuangkan, mungkin kah ini hanya platform untuk kepentingan diri sendiri.. cuba renung-renungkan..