Monday, October 25, 2010

Sikit lagi mengenai Tun Mahathir

Salam rakan2...boleh la baca serba sedikit yg ditulis oleh Salamah

Teater Tun Dr. Mahathir mengisahkan perjalanan kehidupan Tun Dr. Mahathir yg dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Bapa beliau adalah seorang guru Bahasa Inggeris.

Tun merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Dari kecil beliau dipupuk minat membaca. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Pada zaman remaja semangat beliau sayang akan Negara semakin ketara dengan penubuhan Parti Pemuda Kedah menentang Malayan Union. Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.
Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Tun Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Tun Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid..

Penglibatan Tun Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Tun Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.

Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Tun Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.

Berikutan daripada pilihanraya itu, Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.

Daripada jawatan Menteri Pendidikan, beliau berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.

Kemenangan Tun Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Tun Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.
Tun Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.
Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).

Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.

Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.

Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja

Monday, October 18, 2010

SeLaMat BeRsidang

Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2010 pada Rabu 20hb Oktober. Perasmian Serentak Pergerakan Puteri, Wanita & Pemuda pada 19hb Oktober di PWTC.
SELAMAT BERSIDANG

Sunday, October 17, 2010

Al-FaTihaH


Salam Takziah dari kami semua, buat Wafi Sekeluarga, jenazah ibu Wafi sudah selamat di kebumikan pagi ini.. di kampung Bagan Datoh. Kami doakan semoga arwah di tempatkan bersama2 yg beriman. AL - FATIHAH. Wafi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yg menghantar sms & sebagainya bagi ucapan Takziah

Friday, October 15, 2010

TeaTer Tun Mahathir

Akhirnya dapat juga kami.. menceritakan serba sedikit mengenai Teater Muzikal Tun Mahathir yg dipentaskan ini menceritakan bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yg menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpin yg ulung. Sifat kepimpinan beliau terseralah sejak zaman kanak-kanak lagi Beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tenteta Jepun. Perjalanan hidup sebagai Doktor Melayu yg ingin membantu bangsanya sebelum muncul sebagai ahli Politik yg ada pasang surutnya "Dilema dan kejayaan yg digapainya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun juga digambarkan melalui bentuk dialog, lirik lagu dan gerak tari. Kita nanti kan yea, salamah yg akan tulis serba sedikit perjalanan teater yg kami tonton.

Tahniah pada semua pelakon...kagum dgn persembahan muzikal..seronok ada ketawa, tangis, serius dan sebagainya dan yg paling berharga dapat mendalami riwayat hidup bapa pemodenan Malaysia, Esma Danial dapat mendalami dan bawak watak Tun memang menjadi tau ..cara jalan, lengok bercakap seakan2 sama dgn Tun..muka pun macam ada sikit la..Erra, zizan & adik pun mantap babak akhir sudah tentu la sedihkan memang tak tahan airmata jatuh berderai akhirnya . We Love u Tun M....may ALLAH bless u :)

Wednesday, October 13, 2010

Majlis Mesra Eurofine

AiZaT

Bersama Kak Nora, Abg latif, Aunty mara, Abg Rahman, Kak Nie & Fiza

Dayang bersama anak-anak yatim

Majlis Raya Eurofine kali ni di Cititel... tapi tahun ni memang ramai sangat, ketika kami tiba pun meja semua dah full... penyanyi jemputan kali ini ialah Dayang Nurfaizah & Aizat...jadi antara kami... ada yg datang time lunch hour & sebagainya... Kehadiran semua kami ucapan ribuan terima kasih & maaf sekiranya ada kekurangan. Kalau yg stay lama sampai habis pasti dapat mendengar Kak Ida mendendangkan sebuah lagu... Artis zulhuzaimy lagi best... serba boleh rupanya dia ni... boleh main rebana & juga menyanyi... nama pun pelakon kan so kena la serba boleh kan

Siti, Kak Min, Kak Nie & Fiza

Masih Open House LaGi....

Ini di rumah Kak Haniza, kami la tetamu yg terakhir sekali.... siap bungkus la nampaknya


Di rumah Dato Zainuddin.. bersama Abg LAtif

Di Rumah Ab... ini memang last minute kami call utk datang beraya... tapi keow teow dia best tau

Tahun ni, kami tak la pula snap photo... rumah Aunty mara, abg latiff, Kak Su, Kak Yati, Kak Rosni, Shery & etc la...jangan marah ye if gambar tak di blog kan... rumah kak bib pun kami tak raya tahun ni, Kak Bib pun tak dapat join kami tahun ni... Al Fatihah utk makcik Kak Bib.. kami doa kan semoga arwah di tempatkan bersama2 orang2 yg beriman. Amin. Terima Kasih kepada semua yg sudi menjemput kami & juga sudi menghadiri rumah Open House Raya buat kali Ini... Sampai kita ketemu lagi Syawal Pada tahun hadapan.

Ketika SambuTan SyaWal kali InI

Di rumah Ab..
Bersama Cikgu Azida

Rumah Kak Nana... memang tak pernah mis punya

rumah Cik Ha kita.... yg ini rumah dia memang jauh sikit..

ini rumah KEtua Puteri Kami leee.... Kak Nie

Kami mendapat jemputan Open House raya dari kawan2.... Jemputan memang kami dah sms pada semua, hadir & tidak je la... bergantung kepada individu itu sendiri...maklumla.. 1 hari ada 2 3 jenis rumah.. yg mana kami sempat... kami lawati la juga.. tapi kali ni group kecil je... itu semua tidak penting janji niat kami utk menziarah kawan2 & memenuhi jemputan yg diterima, jika tidak dapat hadir, kami terus terang je yg kami tidak hadir, jadi tidak la tuan rumah mengharapkan kehadiran kami..


Wednesday, October 6, 2010

JeMpuTan

Assalamualikum Rakan-rakan, Kami mewakili Ketua Cawangan (Abg Latif) menjemput semua ke Majlis Kesyukuran (Allhamdulillah syukur rezeki beliau & Isteri ke Tanah Suci MEkah bagi menunaikan Rukun Islam yg ke5) & Jamuan HAri Raya di Kediamannya [Add dah dapat melalui sms kan] Pada HAri Jumaat 8hb Oktober. Bacaan Yasin selepas Solat Maghrib sejurus itu Jamuan bermula dari jam 8-12 malam.
  • Majlis Hari Raya UMNO Bahagian PJU bersama cawangan2 siri ke4 pada Jumaat 8/10 dari Jam 8malam di Dewan Seri Setia (sg Way). Semua di jemput hadir

Tuesday, October 5, 2010

Ada LaGi....

Bersama artis & rakan-rakan lain Jelajah Ziarah Ramadan

Aktiviti akhir memasak & mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai

Dihiburkan dengan Persembahan oleh Artis di Sekolah Queen Elezibert, persembahan dari rombongan Konvoi pun ada, tapi mendeklamasi sajak je.. tapi idea cipta sajak datang dari kami le...


Kami dihiburkan oleh Adik2 di Sekolah Queen Elizebert

Kami bersama-sama adik-adik di Sekolah Queen Elizebert.

Monday, October 4, 2010

sETERUSnYA

Sudah masuk 3 kali rasanya, aktiviti tarawih ke surau-surau di Kawasan PJU... Kali ini kami sempat la juga join 2 3 buah surau.

Pertama Kali rasanya suasana MERDEKA kami di sambut berbeza pada tahun ini, kami mengikuti Program Jelajah Ramadan bersama Belia 4B, Pemuda Tebrau & EUROFINE. Kami bermalam di Johor dan seterusnya dari Pagi hingga berbuka kami kerumah-rumah Anak yatim, rumah orang-orang tua, Sekolah Queen Elizebert dan berbagai2 lagi.... Hati mana yg tak tersentuh, pasti sesiapa sahaja akan tersentuh apabila kami ke Rumah orang2 tua, ada yg di tinggalkan begitu sahaja didepan Pintu gate bersama IC, ada yg tidak mempunyai anak, dan berbagai-bagai lagi. Terlintas di fikiran kami, sanggupkah kita lakukan sebegitu kepada kedua ibubapa kita. Seorang ibu mampu untuk menjaga sepuluh anak, tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibubapa. Bagi kita yg masih mempunyai ibubapa, hargailah mereka, tanpa mereka siapa la kita. Jangan kita sia sia kan mereka. Suatu hari pasti kita akan merasa tua juga...


Ketika di Rumah Bakti, ketika beramah mesra bersama salah seorg dari mereka baru 2 weeks di rumah bakti ini, ayahnya meniggal dunia akibat kemalangan... terharu juga la dibuatnya...

Di SKPK Pricess Elizebeth... kat sini lagi terharu.. mana tidaknya, adik2 ini tidak dapat melihat... adik ini sedap betul suara nya menghafal dengan tau...celik hati mereka ini...rasa.. kita yg sempurna ini belum tentu dapat menghafalami ni semua sempurna...