Sunday, April 25, 2010

P094 - Hulu Selangor


Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, BN merampas kembali dengan 24,997 . Menang dengan majoriti = 1,725, undi rosak=731, peratus mengundi =76%. . BN berjaya menawan semula kawasan pembangkang, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai peralihan besar sokongan rakyat kepada BN. Rakyat telah mula membuka mata setelah pembangkang pernah singgah sebentar utk memerintah. Kemenangan yg diperolehi adalah satu tanggungjawab yg perlu digalas, kerana rakyat telah memberi kepercayaan. Apa yg pasti kini, janji pasti akan dikotakan. Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan.

Tahniah kepada semua jentera dan ucapan Terimakasih kepada pengundi yang memilih BN sebagai wakil Parlimen Hulu Selangor. Kak Azizah merupakan jentera tetap bagi pilihanraya ini. Tidak kira dimana bertugas, yg pasti masih berkerja utk kemenangan BN, kita masih satu parti. Kami mengetahui PJU bertugas dimana & tinggal dimana dari KC kami, jadi kami mengambil la kesempatan utk turut serta, tapi ketika kami sampai memang sudah lewat, jadi kami teruskan agenda kami, camera ditangan wafi, boleh pulak dia lupa snap gambar. Keesokannya pg kami singgah ke Program bersama TPM...Kami tidak dapat mengikuti program bersama org-org asli & masakan bersama chef ismail dia Ampang Pecah.. kerana ada diantara kami ada agenda Netball.




Pelancaran program Konvoi Kempen ini di rasmikan oleh Yb. Datuk Rosnah Hj. Abd Rashid Shirlin pada 22 april 2010


Seronok adik ni bila wafi snap photo

No comments:

Post a Comment