Wednesday, April 28, 2010

Latihan Keselamatan Bersama Anggota BoMba


Assalamualaikum, Kami menjemput semua rakan2 ke Program Latihan Keselamatan Bersama Anggota Bomba & Penyelamat. Program ini dapat memberi kita serba sedikit asas keselamatan yg kita mungkin akan berlaku disekeliling kita. Keselamatan Dapur,Kawat Pengunsian Rumah,Sebelum Keluar Rumah, cara mengunakan Alat Pemadam Api, Keselamatan Bangunan,Keselamatan Asrama & sebagainya. Bawa bersama anak2, suami, isteri, kawan2 & siapa sahaja untuk bersama2 kami untuk program ini yg akan di adakan pada :

Latihan Keselamatan Bersama Anggota Bomba & Penyelamat, Pada Ahad 2hb Mei 2010, Jam 10:00 pagi bertempat di Balai Bomba Damansara Utama, Jalan SS2/2, Petaling Jaya. Dinasihatkan berpakaian sukan agar mudah untuk melakukan latihan ini.


Jom rakan-rakan CEGAH SEBELUM TERLAMBAT, SEGERA MEYELAMAT 999

Mesyuarat KHas Program Bersama Bomba


Salam Rakan2.. Rasanya dah lama aktiviti2 yg dirangkakan tergendala disebabkan perkara2 yg tidak dapat dielakkan. Mesyuarat tergempar ini akhirnya membuahkan Jawatankuasa Pengelola untuk Program Kami yg akan diadakan . Kami berkumpul di Restoran Anika Selera utk perjumpaan kali ini, alhamdulillah ramai juga AJK yg hadir.. Sambil2 makan & mesyuarat la kami. Kami sudah bahagi2 kan tugas2..Jawatkuasa Pengelola Kami ialah :


Tempat & Jemputan - Aishah (Penolong Setiausaha Puteri Caw)
Makanan & Minuman - Kak Zee & Moi (AJK Puteri Caw)
Peralatan/Keperluan Program - Kak Nie & Kak Bib
Peralatan Keselamatan - Zulaiha (panggil je Ha ahli baru Kami)
Flyer - Yat & Wafi (AJK Puteri Caw)
Cenderahati - Mas

Perbincangan kami selesai kira-kira pada pukul 10.30mlm... Terima kasih juga kepada pu3 yg hadir & juga Ketua Caw Kami Abg Latiff juga turut hadir. Selepas ini kami tidak ada perbincangan lagi ,memandangkan semuanya telah diberikan tugas.. cuma kami perlu laksanakan sahaja.. dan sekiranya ada perkara yg berbangkit kami akan berhubung melalui phone, sms atau email. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS...

Monday, April 26, 2010

Mesyuarat Khas

Assalamualaikum, Mesyuarat Khas untuk melaksanakan Program bersama Bomba pada Selasa 27hb April 2010, 8.15 malam bertempat di Restoran yg terletak di belakang Pejabat Ketua Cawangan Abd Latiff Roslan atau di belakang Public Bank Kelana Jaya. Di minta rakan2 dapat hadir utk menjayakan program ini. Kehadiran rakan2 amat dihargai. Jumpa di sana..

Sunday, April 25, 2010

P094 - Hulu Selangor


Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, BN merampas kembali dengan 24,997 . Menang dengan majoriti = 1,725, undi rosak=731, peratus mengundi =76%. . BN berjaya menawan semula kawasan pembangkang, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai peralihan besar sokongan rakyat kepada BN. Rakyat telah mula membuka mata setelah pembangkang pernah singgah sebentar utk memerintah. Kemenangan yg diperolehi adalah satu tanggungjawab yg perlu digalas, kerana rakyat telah memberi kepercayaan. Apa yg pasti kini, janji pasti akan dikotakan. Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan.

Tahniah kepada semua jentera dan ucapan Terimakasih kepada pengundi yang memilih BN sebagai wakil Parlimen Hulu Selangor. Kak Azizah merupakan jentera tetap bagi pilihanraya ini. Tidak kira dimana bertugas, yg pasti masih berkerja utk kemenangan BN, kita masih satu parti. Kami mengetahui PJU bertugas dimana & tinggal dimana dari KC kami, jadi kami mengambil la kesempatan utk turut serta, tapi ketika kami sampai memang sudah lewat, jadi kami teruskan agenda kami, camera ditangan wafi, boleh pulak dia lupa snap gambar. Keesokannya pg kami singgah ke Program bersama TPM...Kami tidak dapat mengikuti program bersama org-org asli & masakan bersama chef ismail dia Ampang Pecah.. kerana ada diantara kami ada agenda Netball.




Pelancaran program Konvoi Kempen ini di rasmikan oleh Yb. Datuk Rosnah Hj. Abd Rashid Shirlin pada 22 april 2010


Seronok adik ni bila wafi snap photo

Friday, April 16, 2010

1 Malaysia Fundraising Charity Bazaar


Organised by WANITA PERKIM KL UTARA, Please come & visit Kak Lin at booth 44 & also others 80 booths of food & beverages, fashion & accessories this Sunday 18 April 2010 at Pusat Komuniti Bukit Damansara DBKL, No 3, Pinggiran Setiabudi, Bukit Damansara, 50490 KL, from 10.00 am - 6.00 pm. All proceeds would go to Perkim shelter for the underprivileged, Rumah Nursalam & Nurzarah & All other Perkim Charity-related activities

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…
Satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah.

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.“Oh ramai encik…”“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?”“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.“Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati atau kesihatan diri menurun . Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?”“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Thursday, April 15, 2010

Jemputan MAjlis Tahlil


Pn Lili Suraini Baharom, Ketua PUteri Caw SS1 Kg Tunku Utara dengan berbesar hati menjemput semua ke Majlis tahlil utk arwah Haji Baharom bapa beliau pada Sabtu 17hb April 2010 di Kediamannya No 159 Jalan AU 2A Taman Sri Keramat. Majlis tahlil akan bermula selepas solat magrib, jika hendak turut serta sila beritahu kepada Kak Rozaini. Terima Kasih.. Bagi yg tidak mengenali Kak Lili (gambar yg berbaju pink) .kehadiran rakan2 amat dihargai.

P094 Penamaan Calon


Salam P904, Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Sabtu 17hb April 2010, Bas disediakan di Pejabat Bahagian PJU & bertolak selewat-lewatnya jam 5.45pagi. Sesiapa yg ingin turut serta sila inform Aishah atau Kak Rozaini secepat yg mungkin. Terima Kasih

Monday, April 12, 2010

Penutup


Sebagai ahli.. kita mesti la hidup bermasyarakat, janganlah hipokrit, pepecahan dalam sayap, pasti ada pendapat yg berbeza, pergerakan ini bukan kita yg punya tetapi utk semua, siapa lah kita jika tiada yg dibawah ini, perlulah kita fikirkan bagaimana hendak merapatkan yg jauh, kegagalan hendak melawan blue colar atau pun double standard, ini semuanya berlaku bila kita telah menjawat jawatan tertinggi..kita terlupa dulu siapa kita. Dengan adanya rakyat didahulukan pencapaian diutamankan, dapatlah kita bersama2 buatkan satu perubahan.

Program ini amat berilmu bagi kami yg kurang ilmu mengenai apa itu UMNO, program seumpama ini patut diteruskan agar kita dapat menarik minat golongan muda & buangkan persepsi mereka terhadap kita.



Ucapan aluan Pengerusi Biro Keahlian & Daftar Pemilih, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia iaitu Cik Rina Mohd Harun sungguh padat dgn isi & maklumat, terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yg terlebit secara langsung mahupun tidak kerana berjaya melaksanakan program ini dengan kehadiran seramai 260 ahli puteri dari seluruh Malaysia & juga terima Kasih kepada YB Datuk Seri Shafie Afdal kerana memberi sumbangan mengunakan INFA, tidak lupa juga terima kasih tidak terhingga kepada Eurofine Sdn Bhd Cik Ida Rahayu Datuk Md Noor kerana telah meyumbangkan Portabal Photostat & juga kit keahlian kepada Pengerusi Biro Keahlian & Daftar Pemilih Puteri UMNO Negeri2.


Ucapan dari YB Datuk rosnah Abddul Rashid Shirlin Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Timb Menteri Kesihatan, tahniah kerana telah berjaya melaksanakan program yg dinantikan selama ini.








Majlsi perasmian Penutup Seminar Keahlian & Pelancaran Skuad CSI & kembara daftar pemilih ini dilaksanakan oleh YB Datuk Seri Shafie Afdal iaitu Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar & wilayah & penyampaian Kit Keahlian kepada Pengerusi biro Negeri2. Kak Nie mewakili Negeri Selangor utk menerima kit Keahlian tersebut.



Al- Fatihah



Pasti terkejut siapa pula kali ini.. Info ni baru dapat tahu semalam, kebetulan Birthday Kak Lili, so wish la dia, tup tup tak sangka lak dapat berita yg menyedihkan ini..Kami doakan Semoga Arwah Baharom ayah kepada Kak Lili Suraini ditempatkan bersama2 insan yg beriman. Meninggal dunia pada Selasa 6hb April 2010, jenazah selamat dikebumikan di Butterworth. Takziah kami utk Kak Lili sekeluarga.. Allah lebih menyayanginya, Kak Lili kena tabah & redha dgn pemergian ini.

Friday, April 9, 2010

Support Filem Melayu di FINAS




Salam rakan2, Jemput ke Finas, Tonton filem "Niyang Rapik" di MALAM BERSAMA BINTANG pada hari ini Jumaat 9hb April 2010, 8malam di Dataran karyawan FINAS, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional MalaysiaKompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang,68000 Ampang, Selangor. Temui artis filem Kapoww. Percuma... Ada Estranged, lan & typewriter. Pls sms me if you all nak join before pukul 2ptg ni yea. Terima kasih
Ramai juga la antara kami yg sertai jemputan ini, tapi malangnya tidak tahu ada diantara kami yg snap photo atau tidak... Ada la juga tugas diberikan utk memceritakan apa yg terjadi di sana...tapi tak da feedback rupanya, akhirnya dapat la juga serba sedikit Sipnosis Niyang Rapik yg ditulis oleh Kak MAS.

Barisan Pelakon : Nasir Bilal Khan, Liyana Jasmay, Shaheizey Sam, Awal Ashaari, Zed Zaidi, Kamal AdliFizz Fairuz

Cerita bermula dengan kematian zack yang disebabkan busung pada perutnya benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi, Saiful, Zizan dan Amir. Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat dikejutkan lagi dengan cerita dimanna Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun lalu selepas balik dari kampung Niyang Rapik. Setelah diselidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah kerambit lama dari kampung Niyang Rapik sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana. Atas nasihat bomoh di kampung Zack, mereka berempat diarah untuk memulangkan semula kerambit tersebut kerana dikhuatiri ianya adalah penyebab kematian Zack. Untuk ke kampung Niyang Rapik mereka perlu melalui jalan air selama sehari suntuk memandangkan tiada jalan darat yang boleh sampai ke Niyang Rapik. Dalam perjalanan itu, bermula dengan Zizan yang tiba-tibamerasa kepanasan yang teramat semasa tidur seperti ada orang yang cuba untuk menyantau Zizan. Gangguan puaka rimba juga berlaku terhadap mereka berempat. Keadaan menjadi semankin menyeramkan untuk mereka berempat seperti ada sesuatu yang mengekori dan melihat mereka dari jauh. Setibanya di Niyang Rapik mereka disambut oleh Laila, anak gadis Ketua Kampung Tok Neram lakonan Nasir Bilal Khan. Kehadiran Laila seakan misteri. Laila tidak banyak bercakap dan dia Cuma hadir apabila senja menjelang dan tidak akan kelihatan sewaktu siang. Kerambit telah dipulangkan kepada Tok Neram, tetapigangguan ke atas mereka berempat semankin menjadi-jadi. Mata Helmi seperti terkena santau bias buluh. Akibatnya Helmi dapat melihat benda yang ghaib termasuk hantu. Keadaan semankin huru-hara, anggapan mengenai kerambit sebagai punca ternyata meleset. Rupanya ada sebab lain yang menyebabkan mereka diseksa sedemikian. Ada kesalahan besar yang telah dilakukan oleh salah seorang dari mereka berlima sewaktu berada di Niyang Rapik setahun yang lalu.

Segala persoalan dan kekusutan terjawap apabila Amir membuat pengakuan dia telah merogol Laila dan tanpa pengetahuan Amir Laila telah mengandung. Kerana malu terhadap orang kampung ia telah menimbulkan pertelingkahan antara Tok Neram dan Laila. Sehingga menyebabkan kematian Laila. Tok Neram tidak dapat menerima hakikat atas kehilangan anak tunggalnya itu dan berjanji akan membalas dendam terhadap mereka belima ini. Akhirnya Amir telah menemui ajal bila dia mengejar bayangan Laila untuk meminta kemaafan

Thursday, April 8, 2010

TekNik & Faktor "WOW"


Sesi Ilmu 3 - Biro Keahlian UMNO Malaysia


Yang perlu ada utk menambah keahlian. Faktor individu kekal menyokong parti. Tidak terjadi dgn 1 perkataan, perlu dicipta oleh setiap ahli & melalui tindakan.


Mencari "Wow factor"

- Minat

- Ikhlas

- Suka warna pink

- Terpaksa

- Isi masa lapang

- tidak sengaja

- Kerana pemimpin


Teknik membentuk wow factor

Guna Keungulan peribadi, teori kongruen, bertindak sbg penyelesai masalah, mempengaruhu melalui jati diri yg ada, jika 1 org pendidikan, guna ilmu yg ada utk berdamping dgn masyarakat. Apabila mereka kagum dgn sahsiah kita berkeyakinan, mereka tertarik utk menyokong idealisme kita.


Teori Konguruen

Berusaha memahami & letak diri kita dalam kepayahan mereka dlm memahami. Menarik pemikiran mereka utkl bersama2 kita, bertanya mereka apa yg boleh cadangkan, apa yg mereka ingin sembang. Jangan sisih pendapat, kritikan atau pendapat mereka, jadi mereka org yg penting acara bersama2 mencari ahli. Kreatif & proaktif dlm menunjuk jln penyelesaian, jgn timbul masalah dalaman, sentiasa ada "Exist & tampak (Visible) terhadap masyarakat. Selaras Konsep 1 Malaysia.


Untuk menjadi pemimpin :-

You must see the thing in the big picture, you must be able to paint the picture of the future, you must be able to transform ideas into action. You must have, vivid mission (jelas/terang), best people around you, performance orientated, sense of humor, comunication yg hebat & customer focus.


WOW Factor - Mencipta wow factor bkn tugas UMNO tetapi tugas setiap ahli UMNO, apabila wow factor dibentuk ia perlu dipelihara secara berterusan. Wow factor boleh dimusnahkan oleh "BOO" factor.

Wednesday, April 7, 2010

DULU, KINI & SELAMANYA... adakah slogan ini masih relevan?


Sesi Ilmu 2 - BTN


Bila di soalan adalah masih releven, jawapan kami "Tidak"... tetapi bagi penceramah ia masih relevan kerana kita akan pastikan kini, Dulu UMNO relevan, Kini Reality :-


- PRU 12, kehilangan 2/3 kerusi parlimen, bagi mereka ABU (Asal bukan UMNO).

- Negara kita berjuang utk Kemerdekaan dgn berbincang iaitu dengan Gerakan org melayu tanpa membelakangkan latar belakang (Malyan Union), Indonesia merdeka dgn berperang. Negara kita masih bermaruah, kebijaksaan inilah yg dipegang dari dulu yg tidak ada di sebelah sana


Sumbangan UMNO kepada Negara

- Memerdekan Malaysia, berpakat dgn bangsa lain menerima mereka menjadi warganegara Malaysia dgn syarat, ISLAM agama Rasmi & Melayu mendapat keistimewaan

Kekuatan org melayu menghadapi cabaran2 & ancaman dari negara lain.


Nilai org melayu sudah banyak berubah, UMNO yg akan memperjuangkan, UMNO tidak pernah mengajar ahli2 menjadi ganas, tetapi diajar menghormati PERLEMBAGAAN. Tidak ada parti mengajar kita tidak menghormati Sultan, halang kereta Sultan.


Krisis2 ini lah, akan dinilai oleh anak2 yg akan dilahirkan utk menuju 2020. Pernah kah kita "Ayah give me 5 ayah". Zaman kita, tidak mungkin kita akan berani buat macam itu dgn ayah kita. "Ayah tahu buat ini mcm mana" Jawab ayah "oh ayah tak tahu" Jawab anak "oh saya pun tak tahu" (dengan penuh gaya).. ikutan menonton filem2...Pepatah melayu "Biar mati anak jangan mati adat" masih relevan. Isu Kalimah Allah swt, dipersenda2kan, bangsa2 lain juga boleh guna kalimah ini, "Aku nak pergi sembayang, kau sembah apa, Oh aku pun sembayang juga sembah Allah, mari kita sembayang sama2, bukankah ini akan mengelirukan anak2 kita kelak, dimana sembayang nya bukan di masjid tetapi di Gereja atau tokong.


Hala tuju UMNO

Dulu UMNO relevan kerana org melayu tolak pembangkang. Untuk terus menjaga kepentingan org melayu, UMNO mestilah mengambil langkah2 penting & drastik utk menang PRU13 dgn Majoroti 2/3.


PEYATUAN MELAYU, MUSAHABAH DIRI & MEMAHAMI KEKUATAN DIRI.

Tuesday, April 6, 2010

KeNapa masih ramai yg Tidak Mahu Sertai UMNO


Salam... tajuk ini dibincangkan semasa menghadiri Bengkel Keahlian & Pelancaran Skuad CSI & Kembara Daftar Pemilih.


Sessi Ilmu 1 - JASA (Disampaikan oleh Tuan Hj Megat Zulkarnain Dato' Hj Omardin

Pu3 Umno tidak pernah mengaku kalah (ketika itu zaman kepimpinan Dato Azalina), berbagai2 tomahan tetapi pu3 masih tetap berdiri disitu. Tidak pernah undur walaupun setapak.KEtika itu pilihanraya di Pendang. Demikian lah Kata2 Ezam yg dulu merupakan Ketua Angatan Muda parti Keadilan Rakyat (PKR). Kehadiran pu3 berjaya menguasai Generasi Muda. Parti Pembangkang getar dgn pu3. Momontum Dato Azalina membuatkan pu3 berkeyakinan.


Faktor2 kenapa masih yg tidak mahu sertai Umno

- Berkerja tidak tentu masa

- Yg tidak berkerja suka lepak buang masa dgn perkara yg tidak berfaedah

- APa yg kita dapat

- Masih belajar

- Sifat org umno sendiri

- Jiwa yg suka memberontak (difensi)

- tiada semangat dr org2 tua

- tiada sifat sayang kat UMNO


Kesimpulannya

PERSEPSI menjadi iguan kepada UMNO, kononnya tidak perjuangkan Islam, org2 tertentu sahaja. Org2 muda tidak tahu asal usul UMNO atau Malayan Union ditubuhkkan. Contohnya 1998 Anwar dipecat mengenai RASUAH, Tun Mahatir membuat keputusan yg bijak, ketika itu kita masih kecil lagi mungkin 11 tahun, 10 tahun & ketika itu kita masih bersekolah lagi, adakah di zaman itu, kita tahu apa itu politik, kita tidak hirau langsung apa permainan politik kerana ketika itu dunia kita dgn buku & zaman kanak2 lagi. Ramai dikalangan org muda tidak kenal siapa Anuar, org muda lihat Anuar bangun utk berjuang. Kononnya Umno hanya sibuk dgn diri sendiri. PAS, Al-quran tidak boleh dipegang dgn tangan kiri, mengangkat sumpah didalam masjid macam Kristian, Konon nya dibayar utk membuat demikian. Mengapa kita tidak pernah hujah... mana mungkin seorg Islam sanggup membuat sumpah dgn memegang Al-quran & melafazkan nya di dalam Masjid & berani bersumpah akan dilaknat sekiranya ia tidak benar sampai 7 keturunan. Kenapa ini kita tidah hujahkan?


IFC - Suruhjaya mewujudkan 14 tuntutan salah satunya, Anak yg dikandungan oleh seorg Ibu yg beragama islam, anak yg bakal dilahirkan hanya setelah umurnya 18tahun baru agamanya boleh ditentukan. Tudung tidak wajib. (Akan mencari info mengenai IFC ini & akan berkongsi). UMNO tidak hanya berdiam diri mengenai isu ini.


Perlembagaan Negara - Agama Islam adalah agama Rasmi, ketika itu Malayan union telah mengistiharkan.


Inilah serba sedikit yg boleh dikongsi bersama. banyak lagi yg hendak diperkatakan, tetapi indah bahasanya bila kita menerangkan secara face to face dari menulis. Jika rakan2 ke kedai buku jangan lupa beli buku bertajuk "Melayu dilema (Mahathir)" kalau tak silap. Bersambung sessi ilmu 2.


Perpatah yg hendak dikongsi bersama :-


India kalau seorg dia ok, jika berdua dia minum & jika bertiga dia bergaduh.

Cina kalau seorg dia bertani, bila berdua dia berniaga & bila bertiga dia cuba hendak kuasa semua.

Melayu bila seorg dia tidor, bila berdua dia mengumpat & bila bertiga dia mula menyucuk.


Tidak ada Kerajaan sebaik BN, jika kita bertanya soalan kepada 10 org pengundi, kenapa pilih BN. Jawabnya "BN menjaminkan Rakyat". Jika kita tanya kenapa pembangkang "Kerana marah pada BN & UMNO".


Pembangkang tidak kuat, yg lemah kita sendiri, kerana kita memberi ruang kepada mereka untuk porak perandakan, jangan hold back, tangan yg menghayun buaian bisa mengoncang dunia. Matlamat kena sama.


Pepatah melayu " KEBENARAN TIDAK PERNAH KALAH" rasanya pepatah ini tidak boleh pakai lagi, kita tukar kepada " KEBENARAN TETAP KEBENARAN"

Thursday, April 1, 2010

Vacancy

Salam rakan2, Futuromic Photo Av Sdn Bhd (Nikon Centre Berjaya Time Square), Tel : 03-61562078, position Customer Service, 5days working & 2 days leave. If interested please do call this number for further infomation & interview.