Friday, October 30, 2009

Harapan

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar di hati murni mereka,
terpahat sebuah impian,
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita, ke manakah tumpah harapan mereka kerana
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar, melunah sumpah, menunai janji
Ayuhlah, rakan & taulan, sahabat & saingan
lupakan beza lebihkan menerima
Bertatihlah bersama ku, Kita berjalan seiringan, Kita melangkah sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 malaysia

No comments:

Post a Comment