Saturday, October 31, 2009

Surprise Lagi.......


Memang bagus betul la k.Ida & ita ni... Masa kpu3 kami dok sibuk kat Bora Asmara uruskan surprise party kak Ida, Kak Ida lak sms dia minta arange kan party utk ita pulak... Kpu3 kami senyum sorang je la... coz mana ada org tau, dia sorang je la dok simpan rahsia ni.... ahhaah... K.ida tidak tahu ita what suprise & ita pun tidak tahu K.ida what surprise... Maka terjadi la surprise party lagi satu, kali ni utk ita pula... dlm masa sehari je lak tu, kpu3 kami kena arrange kan... apa lagi, dgn satu panggilan phone, terjadi la party di Holiday Villa Lifestyle Subang... jemputan kalangan pu3 caw & kenalan rapat je..... ita suka colour orange & yellow... kek lak Banana Choc... bb tolong belikan kek, merata dia cari, pada hari tu lak semua secret resepi tidak ada kek banana choc, we go for mango leeeee......Kpu3 kami sibuk dgn kerjanya di opis pada hari itu & mlm lak ada perasmian mesyuarat agong, apa lagi dia minta la tlg pada kami apa yg patut, kpu3 kami hadir lewat leeaaa...party ni simple je, makan & berhibur... birthday girl smp dlm kul 12 tengah malam... lebih sikit.... sURPRISE ITA...harap2 tak da surprise lg :)

Friday, October 30, 2009

SuRpriSe


Surprise ... Happy Belated Birthday to Kak Ida, sebenarnya plan dah lama dah.. but kak Ida ni sibuk sgt, sampai the day birthday dia, dia berada di Paris... kalau tak silap. Surprise party ni di rancang oleh... ita... bila kak ida tak ada kat KL, apa lagi segala perancangan di atur.... dalam masa 3hari je..... bagus2.. dgn khidmat 2 3 org je maka terjadi surprise party ni... jemputan semua di atur kan oleh ita...limited invitation.....dah set yg ita tidak boleh diganggu coz kak ida akan tiba pada pagi isnin tu, so segala urusan sila rujuk.... Kpu3 kami leaaa... apa lagi, floor manager la... khidmat kami....... mesti la diperlukan... ija- ballons & abg jem (check)..., bb- kak Hamni (check)....., lin - pahang & kelantan (check), Abg Latiff & Rahman - Pa system (check), Kak Na & Aishah - food & hadiah sambil welcome jemputan (check), wafi - kek & fireworks (check).... ooops lupa lak... abg rizal - doa & player (check)...ooooo lupa lak lagi... kak Noreha & baby - banting We alwiz love you IDA... (check)... tidak lupa juga rakan2 yg lain turut membantu, dari urusan MC, kek, hiasan, pa system, food & etc... yg best nya staff2 Kak ida which is Eurofine juga terlibat... apa lagi slide show le... ada tema "BLUE" coz Kak Ida suka leee... Kek sudah tentula "Marble Cheese Kek"... kami berkumpul seawal pukul 7.45mlm... lambat tu kak ida sampai, coz ita yg plan... last2 dia lak sesat nak bawa kak ida... kami lak yg kecut perut dok menanti...Alhamdulillah... smp gak Kak Ida, apa lagi dgn pukulan gong.. SURPRISE.... percikan bunga api lg... memang Kak Ida surprise... terbeliak mata dia walaupun kecik... KAmi dihiburkan oleh Abg Jem.... terhibur betul kami semua pada malam itu... abg Jam pun best... sporting... kalau ikut bayaran... abg jem tidak bernyayi... but for birthday girl that nite, abg jem nyanyi... tq so much abg Jem... Maafkan kami kak ida sekiranya kak ida tidak gemar apa yg kami lakukan... apa2 pun kami gembira bangat... heheheheh... Thanks everyone krn sudi hadir... WE ENJOY IT..

Harapan

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar di hati murni mereka,
terpahat sebuah impian,
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita, ke manakah tumpah harapan mereka kerana
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar, melunah sumpah, menunai janji
Ayuhlah, rakan & taulan, sahabat & saingan
lupakan beza lebihkan menerima
Bertatihlah bersama ku, Kita berjalan seiringan, Kita melangkah sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 malaysia

Jemputan


Salam Semua, kami mewakili Mimizu Agrotek menjemput semua ke Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat sempena pembukaan kilang memproses baja cacing, Pada Sabtu ini 31hb Oktober 2009, Jam 12 tgh di Jalan Ikan Toman, Bukit Lancong.


Thursday, October 29, 2009

Mesti Tonton


Salam semua, Jgn lupa menonton Drama bertajuk "MENTADAK" Jumaat 30hb Oktober 2009, jumaat ini yea, di TV2 @ 8.30mlm... Penyunting Drama adalah Sdri Nita Samad......YOu all mesti la kenal punya... sapa lagi kalau bukan Ketua Penerangan pu3 caw. Jgn lepaskan peluan ini ok...

Berapa banyak kali maaf da....


Girls so sorry, PEMBETULAN!!!! Teater Natrah kita akan tonton malam gala pada 30hb November 2009. Malam gala selalunya ada persebahan syok sikit. So pls comfrim balik sapa yg betul2 boleh join, if not rugi tiket dah beli tau. Confirmkan dgn Aishah ASAP..... Terima Kasih

Wednesday, October 28, 2009

Rakan2 pu3 Caw


Salam rakan2 pu3 caw Seksyen 20 selatan, ini prg santai2 sambil tonton teater NATRAH... Hope that kita semua dapat join, kita konvoi ramai2 & car pool. Nak inform ni, istana budaya ni ada protokol pakaian, no jeans, t.shirt & sandal. Apa kata, dari tempat kerja masing2, bawa baju utk persalinan & kita meet satu tempat. Kalau balik rumah tak sempat rasa nya. Yg mana tak tau kat mana Istana budaya & tak da t/port so kita leh meet satu tempat. Yg mana dah tahu tempat blh la meet kat Istana budaya Terus... Perlukan BANTUAN rakan2 yg lain gak, coz Kpu3 lom ada bus nak bawa semua hahah.......Jgn Marah yea..... so minta if rakan2 yg ada kereta boleh tumpang2kan yea.. Jgn lmbt inform kpd aishah if nak menonton, coz nak beli tiket nanti. JOM RAMAI2 Kita serang Istana Budaya

Monday, October 26, 2009

MaaF kan kami.... maaf kan kami :)

Silap date daaa.... ok this is the date. Teater Natrah pada Jumaat 4hb Disember 2009, 8malam di Istana Budaya. Pu3 Caw Sek 20 Selatan yg berminat nak join pls inform su pu3 caw Sdri Aishah.

OooopS tukar date

Teater Natrah , 30hb Oktober 2009... pu3 caw sek 20 selatan if nak join pls inform su pu3 Aishah yea....

Nak Tengok Teater Natrah

Salam Pu3 caw Sek 20 Selatan, jom kita saksikan teater bertajuk "NATRAH" di Istana Budaya Kuala Lumpur pada Hari Jumaat 6hb November 2009. Pukul 8mlm tolong berada di Istana budaya. Pu3 caw yg nak join pls inform Su pu3 caw Sdri Aishah. Tq

Sunday, October 25, 2009

Info Trip Bandung



Trip Bandung... kenapa ada yg tidak tahu ni, trip ni kami plan dah lama... dari tahun lepas lg...smp la terbawa pada tahun ini.. trip ni dirancang setelah kami selesai prg walkaton kami pada bulan feb lepas... itu yg simpan $ setiap bulan... utk mencapai hasrat kami ke bandung....akhirnya plan kami menjadi juga, dgn adanya bendahari kami Kak na, wat collection $ trip ke bandung... masih ada lg tidak bayar ni hahahaha.... kami akan selesaikan sebelum berangkat ya ibu... So kami have lunch together bagi yg akan join trip ke bandung... coz kami dah finalize semua schedule kami, so kami di panggil oleh Kpu3 kami utk di bagi penerangan selanjutnya. Kc kami pun pergi gak trip ni, but dia tidak dpt join lunch hari ni coz dia ada di bukit merah atas urusan kerja. Setelah selesai makan... masing2 nak teruskan agenda hari minggu, kak na & family nak ke amcorp mall, kpu3 & Nkpu3 nak cuci keta, last2 semua decide utk serang amcorp mall ramai2. cuci mata. belajar cara2 rombongan... ahhahaha

Info

Timbalan Pengerusi Kami, yong kebelakangan ini dia kurang sihat, kerja terlalu banyak di pejabat, sampai dia tidak sempat nak join kami. Kami tidak kisah semua itu, if ada masa teluang sudi2 la join kami, masing2 ada t/jawab tersendiri... Yong minta maaf pada semua kerana banyak aktiviti kami tidak dpt dia hadiri. Dah 1 weeks mata dia problem, esok dia akan ke specialist di Assunta hospital, kerja banyak sgt agaknya yong, 24jam mengadap pc.. tak perlu kita menyiksa diri sampai... kerja mcm tu... coz badan & segala2 angota badan kita perlukan rehat yg cukup, bila rehat kita cukup, maka kerja kita pun berjalan lancar. Anyway yong, kami doakan semoga semuanya selamat esk. Jgn lupa inform kami perkembangan selanjutnya yea. Take care

Modal Insan Menjamin Kejayaan Bangsa


Kpu3 kami dijemput untuk memmberi sepatah dua kata utk prg ini yg berlangsung pada Sabtu 24hb Okt 2009 @ 9pg, di Dewan Masjid Al-Hidayah. Peserta bagi motivasi ini adalah seramai 25org... Motivasi bagi bakal2 ibu muda. Yg menarik nya pg itu, ada jualan jombo & kami disediakan sarapan pg bihun grg, donut, buah2 & teh tarik... kuih pun ada. Prg yg simple & penuh dgn pengetahuan, ada cabutan bertuah lg.. yg best sekali, kak mas ni dah lama menghilang diri, dia join pada pg itu.. memang bertuah krn dia dpt hadiah cabutan bertuah. Setelah prg selesai kami beredar & lunch di Macdonal. Apa yg berbeza... kpu3 kami menerima cenderamata yg berupa sebuah buku bertajuk "Dont Be sad" dengar tajuk nya sudah mengambarkan betapa hebatnya isi didalamnya. Yg selalu kita tahu... kebanyakan cenderahati selalunya berupa.. perfum, perhiasan, frame & etc... Tahniah Zeti

Apa yg boleh dinyatakan disini, kalau kita amati tajuk program ini iaitu “MODAL INSAN MENJAMIN KEJAYAAN BANGSA” ia merangkumi berbagai expect, ia boleh dipupuk dari dalam diri kita sendiri, persekitaran dan sebagainya, ia sebenarnya bermula dari rumah. Difahamkan program ini dapat memberi keinsafan & kesedaran bagi ibu bapa termasuk generusi muda yg bakal menjadi ibubapa. Bagi yg belum mendirikan rumahtangga, tidak salah utk turut serta, boleh la kita membuat persediaan awal apa yg patut.

Kita semua sedar, bahawa betapa pentingnya ilmu & pelajaran serta kemahiran berfikir untuk mempastikan kejayaan keluarga, bangsa & Negara. Yg seperti kita selalu dengar “ is better to think about the quality then quantity” Dengan ini maka mampulah kita mendidik generasi yg competitive, intelek dan berdaya maju.

Program seperti ini wajar diperluaskan memandangkan perubahan zaman yg semakin komplek lebih mencabar & secara tidak langsung dpt menarik minat golongan muda mudi agar tidak mensia2kan masa terluang.

Seumpama apabila kita seorg yg bertepuk tangan bunyinya tidaklah sehebat mana, tetapi jika kita bertepuk beramai2, betapa hebatnya bunyi itu.

Koleksi (klik dkt our album yea)

pemuda yg turut hadir

seronoknya.. menikmati makanan..

Kpu3 & ajk puteri bahagian turut hadir

dah nak penutup majlis ni, kami bersama KC kami

Last Last OPen House



Salam semua, Ahad 18hb Okt 2009, Akhirnya rasanya ini rumah penutup open house pada tahun ini... Ini lah open house Kpu3 kami, bermula dgn doa selamat seawal 11pg, kemudian diteruskan dgn jemputan yg hadir hingga ke lewat petang 7ptg... selalunya kpu3 kami ni rumah dia sampai malam... mungkin kali ni berbeza, ramai gak kawan Kpu3 kami ni, kawan2 di tempat kerja lama dia tahun 1994 & 2001 pun ada yg hadir... yg kawan2 sekolah dia jgn ckp la... maka ada la rakan2 yg lama & baru hadir ke rumahnya....ramai gak yg hadir.. but ada setengah dari kami tidak dpt hadir, coz balik kg.... tak kisah la.... janji dapat makan & raya hahahah......menu nya apa lagi kalau tidak nasi tomato bersama ayam masak merah, mihun sup utara, otak2 pun ada, siap bakar kat situ.... bila dah ptg sikit ada la, kuih karipap & yg paling best roti jala dgn kuah durian....yum yum...Apa2 pun Kpu3 kami mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG SUDI HADIR... MAAF JIKA ADA KEKURANGAN & KURANG LAYANAN YG DIBERIKAN... oh ya maaf ye ABg Rahman... coz ada setengah dari kami tidak dapat hadir ke rumah... maklum la sama time dgn Kpu3 kami, but ada gak yg turn up kan... Next year... abg jgn buat open house sama dgn kpu3 kami tau, abg kena bincang dulu yea heheheh... kalau tidak kami mesti konvoi beramai2 ...Boleh ke kami saja2 dtg rumah abg... walaupun raya dah berlalu, kami boleh habiskan kuih yg balance2 tu.....

Ada Lagi Open House


Sabtu 17hb Oktober, kami sebenarnya ada gak 2 3 open house yg di jemput, but kami ni, suka konvoi ramai2... pada sing hari kami tidak sempat nak ke open house sapa, maklum la kpu3 kami nak wat preparation utk open house dia esk, Nkpu3 kami lak... ada jemput open house di tempat lain, Maaf abg roy... coz tidak berkesempatan nak beraya di rumah you... next time jemput awal2 yea, jgn last minute heheheh.... pada malam hari... kami curi gak masa.. utk ke rumah Dato Zainuddin di bukit lancong.... kali ni mungkin tidak sesat, coz kepala rombongan mahir jalan raya hahha... tapi kami sesat sikit je.... ada yg diantara kami, 1st ke rumah Dato z ni, indah nya kediamannya..... yg kami tahu Dato Z ni terkenal sifat murah hatinya... moga2 allah sentiasa murahkan rezekinya & rezeki kita semua, insayallah... amin. Kami tidak lepaskan peluang utk wat round trip di kawasan rumah nya.... TQ so Much Dato...

Episod Open House LAgi


Seterusnya kami konvoi ramai2 nak ke rumah KC kami (Abd Latiff Roslan), yg mana tahu rumah dia dimana, terus ke sana, adalah 2 3 org konvoi la konon, kepala rombongan mlm tu rupa2 tersesat jauh kami.... hahahah... tapi tidak mengapa... bila lg nak jln2 kan....., berpusing gak la kami kat area pandang jawa... padang jawa jauh tu.... ehheheh... sampai kami pusing roundbout 2 3 kali la jgk... nasib tidak cukupkan 7x tawaf kami :) ahkirnya sampai gak ke destinasi yg hendak di tuju, perut semua dah berkeroncong... ABg Latiff next time jemput la kami berkali2 ke rumah ya, ini setahun sekali e2 yg sesat tu

Open House Hari Raya lagi

Bersama2 Aunty Asmara Ketua Wanita Caw kami

Rumah ita... if nak buat mtg biro politk kami dah cukup corum ni

Ketua Kami & Naib Ketua Kami

Rumah Kak Rosni, Kebetulan dia call Kpu3 jemput dgt ke rumah

Thursday, October 22, 2009

PErhimpunan Agung UMNO 2009


Salam 1 Malaysia, ini lah yg dilaungkan... pada setiap membuka bicara semasa di persidangan UMNO malaysia. 1 Malaysia, gagasan ini bertujuan mengekal & meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. "Berani ke nak melakukan PERUBAHAN dari peringkat akar umbi..." ia akan menjadi reality sekiranya ia hanya bukan dilaungkan, tetapi perlaksanaan itu sendiri yg perlu ditekankan.

Pindaan Perlembagan - menjadikan KPu3 Caw secara automatik sebagai perwakilan ke bahagian agar golongan muda lebih berperanan memilih jwt tertinggi akan membentuk satu angka

Kempen keahlian - Tiada guna perjuangkan keahlian automatik jika kita sendiri enggan melaksanak segala prg yg telah dirancang. Menyemarakan proses pencarian ahli baru, Pu3 Malaysia akan melancarkan Prg Keahlian dimana proses penilaian prg akan bermula pd 1hb Nov 2009 hingga 31hb Mei 2010

Pendidikan - mata pelajaran sejarag harus diajar di peringkat rendah lg. mesti dikaitkan dgn perkembangna semasa.

Pendidikan awal kanak2 - Prg Permata Pintar Negara yg di naugi oleh 1st Lady

Bahasa - Konsep 1 Malaysia, kita harus berbangga dgn realiti pelbagai bangsa, agama & bahasa yg wujud di Malaysia. tidak salah kita mempelajari & menguasi bahasa2 lain namum bahasa melayu harus dimartabatkan.

Pembantu rumah Sebagai Kerjaya - menyaran kpd kerajaan menjadikan pembantu rumah kerjaya yg menarik, agrnsi2 pembantu rumah mesti kreatif, percubaan berkhidmat mengikut jam.

PORTAL PUTERI UMNO MALAYSIA

Monday, October 19, 2009

OPen House Sana Sini


Rumah Haniza


Su.....

Salam semua... wah beraya sakan la yea.. Kami tak rancang plan nak raya rumah ke rumah ni, maklum la Kpu3 kami ni banyak sgt plan dia, Sabtu 3 Oktober, sebenarnya kpu3 Kami ke seremban office mate dia nya wedding, so e2 yg dia tak berani janji nak rumah ke rumah, katanya bila dia dah smp kl baru leh plan, maka jadi la raya 2 3 rumah gak.. itu pun dah lewat petang... kami tidak sempat nak panggil semua ajak konvoi... jgn marah yea yg lain2..... so mana sempat je, maklum la, kami hampir mengenali semua... so kami tau...yg mana single sudah tentu tidak ada komitment sgt, yg mana ada anak2 & rasa senang nak join, maka kami pun plan la... rumah pertama kami serang di Kota Damansara siapa lg kalau bukan Pengerusi tetap kami iaitu Haniza ... kebetulan pu3 bongsunya Andra nya birthday... sorry yea... inform last minute jadi tak sempat nak beli present for andra... selepas itu kami ke rumah Kak Suhaili... kawan sekolah chip kami ni... dah alang2 naik satu kereta.. jadi join je leee.. lepas tu lak... rumah Kak Nana... ahli pu3 kami gak.. lepas tu apa lagi.... sudah mlm buta.. tak reti2 nak balik rumah ke...


Kebetulan semua pakai baju hijau la plk

esk ahad 4 Oktober... kami plan beraya lg... maka mula la episod hari ahad pulak.. seawal pukul 12tgh kami serang rumah NKpu3 kami Kak bib.... eeee silap kak bibah... jgn marah ye... gurau2 hari raya... dari rumah kak bib, kami ke rumah ija... kawan lama kami, dia ni Kpu3 Caw Tmn Universiti... tujuan kami ke rumah ija, coz parent Kpu3 kami nak visit kawan mereka semasa ke Haji dulu, tak sangka pula, rupa2nya anak mereka kawan la pulak, what a small world... abah ija excident masa bulan puasa hari2.. so sambil beraya & visit la konon nye, terkejut family ija... ramai kami ni... But kedua2 parents happy dpt bertemu kawan lama mereka. Makan dan makan lagi.... seterusnya dpt lak jemput Kak Rosnie... apa lg.. konvoi ke kota kemuning la plk... belum habis lg raya ni kawan2.... seterusnya ke rumah Ketua Penerangna kami la plk.. sapa lg kalau bukan ITA... kelam kabut juga dia, coz tak prepare apa2... kami ni bukan nak makan sgt.. yg penting dpt visit kawan2.. bukan senang nak dtg rumah kwn2 if bukan hari raya kan... maka peluang ini kami tidak sia2kan.. last kali kami ke rumah K.Wanita kami Aunty Asmara... sudah lewat malam kawan2... so lepas makan2... tak reti nak balik keeee.....yg paling best dgn cara begini.. kami dapat mengeratkan lg hubungan sesama kami.. memang banyak mkn betul kami, 1 hari ahad yg panjang dgn berbagai2 juadah, ada bihun grg, lontong & rendang, mee goreng, ayam goreng, nasi goreng , satay, keow teow grg.....ada nugget... hehehe... Kita sambung lagi episod raya lg yea....


Friday, October 16, 2009

Jemputan Majlis Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua, Maaf la yea, dah lama tidak keudara... maklum la sibuk berhari raya merata-rata... Kami mewakili Ketua Caw kami (Abd Latiff Roslan), Dato Zainuddin, Kpu3 Caw kami (Sdri Rozaini Othman) & Abd Rahman menjemput semua ke Majlis Hari raya Pada

  1. Jumaat 16 Oktober 2009 dari 7.30mlm - 11.30mlm di Kediaman Abd Latiff Roslan, No 36 Jln Tarif 23/8, seksyen 23, Shah alam.
  2. Sabtu 17 Oktober 2009 dari 7.30mlm di Kediaman DAto Zainuddin, Lot 3656, Jln Ikan Puyu, Kg Bukit Lanchong, Subang Jaya.
  3. Ahad 18 Oktober 2009 dari 12tgh - 6.00ptg di Kediaman Sdri Rozaini, No 6 Jln Pjs 4/17, Tmn Indah Jaya, PJ
  4. Ahad 18 Oktober 2009 dari 2.00ptg - 8.00mlm di Kediaman ABd Rahman, No 11, Jln Komoditi Saatu, 23/9A, Seksyen 23, Shah Alam

Jemput hadir yea, tak salah if rakan2 minta tolong jemputkan... lagi pun apa guna ada blog.. kan senang... :)

Monday, October 5, 2009

Kini SYAWAL



Majlis Hari Raya EUROFINE, mungkin ramai yg tertanya siapakah empunya Eurofine ini. Eurofine ketika ini sudah genap 18 tahun berkecimpung di dalam dunia perfileman, drama2, telemovie & sebagainya. Drama yg sedang ditayangkan di TV2 setiap Khamis 9.30mlm Noktah Pilu. Cik Ida Rahayu binti Datuk Md Noor merupakan Managing Director Eurofine. Kami lebih mesra dgn panggilan " Kak Ida". Dulu Kak ida merupakan Pengerusi Tetap Puteri Caw kami, skrg Pengerusi Tetap Caw.

Berbalik kepada SYAWAL.. Majlis ini sungguh meriah dgn suasana hari raya & alunan muzik yg sungguh merdu yg didendangkan secara life oleh kumpulan GHAZAL REMAJA DAYA TEBRAU. Artis jemputan... siapa lagi kalau bukan NING Baizura & Nubhan. Ooooo..... tidak lupa juga ada cabutan bertuah pada hari itu, tetapi kami tidak ada rezeki la... pada majlis itu, tetapi APA YG KAMI DAPAT is hubungan sesama kami & puteri-puteri yg lain. Ini merupakan majlis Koparat bukan politik, maka tetamu yg hadir adalah dari berbagai2 golongan. Kami bagi pihak Kak Ida ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua hadirin yg sudi hadir, Dato Zainol, Dato Zainuddin, Ketua cawangan kami Abg Latiff, Abg Rahman, Aunty Asmara Ketua wanita cawangan kami, Exco Puteri Malaysia, Exco Wanita PJU, Exco Pemuda PJU, puteri bahagian Gopeng, Bagan Datoh, parit buntar, Ajk puteri bhg, tidak lupa juga puteri, wanita & pemuda cawangan kami leaaa.......serta rakan2 puteri yg lain dari kelantan, terengganu, pahang dan lain2 lg... maaf yea if layanan kurang sikit pada majlis tersebut.. maaf juga jika kami tertinggal utk mention hadirin yg hadir. Kak ida jgn lupa jemput kami lagi yea tahun hadapan :)

Berbuka Puasa di Ipoh


Hubungan silaturrahim sesama rakan2 puteri yg lain masih berpanjangan, maklum lah dah lama tak berjumpa, Kak Ida Rahayu mengambil peluang ini utk berbuka puasa bersama rakan2 puteri yg lain. Semoga hubungan ini sentiasa dipahat di dalam hati sampai bila2. Jasa baik Kak ida tidak akan kami lupakan.

Sunday, October 4, 2009

Majlis Berbuka Puasa & Penyerahan Sumbangan







Bersua kembali, maklumlah dah cuti raya lama sgt. Kini ada masa terluang utk update apa yg terkini & sudah berlalu. Majlis ini di adakan pada hari JUMAAT 11 September 2009 bertempat di Restoran Bangsar seafood. Majlis ini anjuran Dato Zainuddin & Dato Zainol serta rakan2. Seramai 170 ibu tunggal & anak-anak yatim yg dikenal pasti utk menerima sumbangan sempena Hari raya. Kehadiran pada malam itu more or less is about 270 guest. Majlis di mulakan dengan berbuka posa kemudian solat magrib, setelah itu jamuan diteruskan. Solat Isyak & Terawih menyusul selepas itu. Ketua Cawangan kami merupakan MC pada malam itu, tidak lupa juga Ketua pu3 caw juga turut menyumbangkan apa yg patut pada majlis ini :), adalah 2 3 org dari kami juga turut membantu apa yg perlu. Setelah selesai solat terawih, majlis penyerahan sumbangan diteruskan, sumbangan2 dihulurkan oleh Dato Zainol, Dato Zainuddin, En Sheikh Akmal & Cik Ida Rahayu kepada ibu tunggal & anak-anak yatim ini. Nestle juga turut menyumbangkan goddies bag. Rakan2 yg lain juga turut membantu. Semoga Kalian semua di
murahkan rezeki hendaknya. Amin