Sunday, August 23, 2009

Jom Buat Roti yummy 2 Ogos 2009



Boleh ke buat roti, mesti bolehkan kalau tahu cara nya dan mengikuti kelas bagaimana cara-cara membuat roti. Kelas cara-cara membuat roti ini diadakan pada 2hb Ogos 2009 bertempat di kantin MBPJ, kerjasama dengan Kolej Komuniti, tenaga pengajar adalah dari Kolej Komuniti. Pelajar-pelajar sudah tentulah kami. Perlukan 20 orang pelajar je... sikit nya... bukan sikit, kerana dapat lah cikgu memberi lebih perhatian dekat anak2 murid. Pagi itu, kami dapat kumpul seramai 17 pelajar kesemuanya, termasuk lah mak & makcik juga turut serta. Pada mula nya... macam mana lah agaknya nya cikgu nak ajar kami ni, dah la macam-macam kerenah yg ada, tetapi... cikgu sgt puas hati dengan kami semua, maklumlah anak-anak murid dia kali ni orang-orang muda & remaja.. jadi tidak kering gusi jadi nya.. pada mula nya kami di ajar bagaimana nak wat doh untuk roti... setelah itu kami kena uli doh tu menjadi satu bola kecik, mmm sebesar bola snooker hehee... setelah itu mcm2 bentuk la jadi roti kami, ada yg bulat,segitiga, dan mcm2 lagi la.. bayangkan hanya dengan satu doh.. kita boleh buat macam2 jenis.. roti sardin, mini pizza, cinamon roll, chicken floss,roti pisang dgn choc chip...dll... yum yum.. sementara nak tunggu doh mengembang, masa tu sudah pukul 10.45pg, alahai perut dah berlagu2 nak makan.. maklum la belum breakfast.. "cikgu kami lapar la.. boleh tak kami makan.." ok apa lagi.. nasi lemak & teh o panas.. masing2 kekenyangan.. senyap la semuanya & timbul rasa ngantuk la pulak... sampai cikgu terpaksa... "nak belajar ke tak nak ni"... heheee... sebelum roti-roti dibakar, macam2 jenis bentuk you all boleh tgk.. but bila dah bakar, betul ke apa yang dilihat...roti2 yg di buat oleh kami... sungguh cantik dan berselera... lepas ni boleh la antara kami2 ni.. meneruskan bisness... membuat roti dan boleh dipasarkan.. Suatu program yg menarik & dpt menimba ilmu, bagi yg ingin menambah $ poket.. apalagi dah ada peluang ni. Kami semua berterima kasih kepada cikgu yg tidak serik & jemu mengajar kami. Kepada semua puteri caw Seksyen 20 Selatan.. terima kasih tidak terhingga kerana dapat melaksanakan program. Yg penting kita dapat mengeratkan hubungan kita sesama. Ucapan terima kasih juga kepada Ketua Cawangan yg sudi hadir untuk memberi sokongan kepada kami dan tidak lupa juga kepada Penyumbang untuk program kami & ahli kami yg secara lansung & tidak lansung. Sampai berjumpa lagi di episod akan datang. Oh ya... sijil juga disediakan oleh pihak Kolej Komuniti.

3 comments:

  1. saya juga pesertaa ye cekguu!! peserta tmbahan dari pu3 caw tmn u... tak dpt sijil pongg?? mane eja punyee?? sobsobsob..

    ReplyDelete
  2. Sabar yea, sijil dah ada, cuma nak serahkan je, Ingat nak serahkan masa Berbuka Puasa & ramah mesra kami

    ReplyDelete
  3. mmg best sy pn trut skali...sweet memory n perut pn dpt habuan...sedap....yummy...yummy...

    ReplyDelete