Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 52



“1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Satu Malaysia.
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan.

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia.

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia.

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia.

Satu Malaysia untuk semua

(Lagu 1 Malaysia, Created by Nik Nizam, Lyric by Lokman Ghani)

Sunday, August 30, 2009

BUKIT GANTANG



Berkhidmat utk pilihanraya Bukit gantang, 3,4 & 5 Mac kami berada di bukit gantang, kami bertandang ke rumah2 pengundi2 yg utk menyalurkan bantuan dari segi kewangan & barangan. Kami juga melawat bilik gerakan yg berada disekitar kawasan bukit gantang ini. Macam2 prg yg dijalankan sukanika, tatarias, klinik kesihatan dan berbagai2 lg. Rombangan kami juga turut disertai oleh rakan2 puteri yg lain, pemuda & Ketua Cawangan kami. Kami ini biasa la, berbagai2 makanan yg kami cuba... yg best nya kami p pekena mee udang.... banyak tu... udang lama satu bowl.. puasa hati.. so x da la yg berebut nak curi udang pinggan kawan sebelah :)




Friday, August 28, 2009

Raya 2006

Kami bersama-sama Ketua cawangan (Baju Melayu Hijau)

Thursday, August 27, 2009

Badminton ??? cita lama ni..



Sepatutnya kami nak main badminton... tetapi dewan yg kami dah booked... ada wedding la pulak.. kami tidak di inform... abis nak buat aktiviti apa yea... sebab ada yg dah luangkan masa utk malam itu.. rumah masing2 bukan nya dekat, ada yg dari nilai. kota damansara, puchong & dll.. jadi apa lagi.. aktiviti makan la kami malam itu.. kebetulan mlm tu ada diantara kami yg menyambut hari kelahiran... so kami pun celebrate la yg mana birthday pada bulan November... HAPPY BIRTHDAY TO Bib, mk & along danish..

Majlis Makan-makan



Kami masih baru lagi dalam blog ini, jadi kami ambil peluang yg ada utk update apa yg dah berlaku & akan berlaku :).... harap2 ok la yea... Kali ni tentang berhari raya dulu2... kadang2 bila kita imbas dulu2... mana la tau buatkan kita berfikir sejenak.. apa yg telah berlaku dulu.. tapi apa la guna kenangkan yg dulu.. tetapi tidak salah kan... kerana jika tidak ada yg dulu.. mana mungkin masih ada yg sekarang.. Kami ni kalau ada jemputan open house & makan2... jarang sekali lepas peluang... yg seronoknya.. kami akan bertandang secara konvoi...bila sampai saja mcm rombongan pegantin hehehe... tetapi semua itu dulu...tapi tidak mengapa..mungkin dgn memori ini buatkan kami masih lagi bergiat & bersama2... kami sudah rangkakan aktiviti2 yg seterusnya.. tungguuuuuuuu... ;)

Tuesday, August 25, 2009

dan lagi.....



roti dah siap... boleh la di pasarkan....








Untuk tatapan semua

kena tumpukan perhatian
Jenis-jenis roti yg telah dibakar

roti... roti...roti..

bersama cikgu.....

Dulu....



Puteri caw kami ni aktif juga, ada je aktiviti yg dijalankan... dari dulu lagi kami bergiat aktif... kadang2 air pasang... bila tiba surut... surut juga, tapi masing2 saling ingat mengingati satu sama lain... maka kami masih bersatu lagi dari dulu hingga kini.. dulu kami suka main netball.. so setiap hari sabtu petang kami akan menghabiskan masa bersama2 di padang Astaka, yg mana ada anak kecik... time ni juga la ibu2 bawa anak2 mereka utk bersiar2 di padang astaka, sambil anak2 bermain bersama kawan2... mak2 pun nak bersukan jugak dgn kawan2 heheheh... Kami telah mengadakan friendly game bersama angota polis Sg way, IJN & juga puteri2 caw. Yg paling gembira bila friendly game dgn angota polis, tidak cukup stamina kami dibuatnya... malahan mereka semua baya2 mak kami... tapi kami semua seronok... kerana dpt gak.. main lasak2 dgn mereka... yg best nye kami2 ni kecil molek, so bawah ketiak mereka je la... hehhehe... tidak ketinggalan.. minuman & makanan mesti ada... itu la kami... apa saja aktiviti yg dilakukan... perut kami sentiasa di isi.. alhamdulillah... hadiah mesti la ada mcm biasa, tukar2 hadiah utk tanda ingatan sesama kami... thnks aunty2 semua... nanti kita plan friendly match lg yea... kena tunggu... pemain kami ada yg masih dlm pantang... dpt 1st baby... TAHNIAH yat...TAHNIAH juga pada angle... heheh apa lagi sudah naik pelamin la...



Sunday, August 23, 2009

Futsal 15 Ogos 2009



Program lagi.. dan lagi... :) Untuk merapatkan lagi hubungan sesama kami & juga rakan2 yg lain, kami nak wat program apa yea... mmm apa lagi kalau bukan sukan.. sekurang2 nya... dah makan roti banyak... sukan pulak la kali ni.. buat permulaan kami buat friendly match dgn cawangan Taman Universiti.. ada juga 2 3 cawangan lain, tapi bertindih dgn berbagai2 program lain..jadi kami teruskan juga friendly match ni, selalunya kami buat perancangan awal.. agar prg berjalan dgn lancar.. maklumlah masing2 ada komitment lain juga.. Futsal friendly match ini diadakan pada hari Sabtu 15hb Ogos di Sport Centre PJ. Training... mana ada training, kami main suka2 je.. team kami yg pakai t.shirt kuning... kenapa kuning ??? "warna diraja"...kalah menang adat permainan, apa yg pasti... KERJASAMA.. seronok gak.... mana tidak.. dah lama tak bersama2 berkumpul.. jadi kami tidak lepaskan peluang ini bersukan sambil bergembira... Tukar2 hadiah lagi.. makanan mesti ada.. Caw Taman Universiti menyediakan makanan para pemain dan juga rakan2 yg lain.. Nasi lemak, air mineral & air kotak... apa lagi.. dah kurang lemak..tambah balik la lemak...Well done everyone.. keep it up with a good team.. yg pasti semua berpuas hati & all of us really have fun together.. pulang membawa cenderahati bersama senyuman & kenangan...nantikan program seterusnya.. bagi sesiapa yg ingin turut serta kami & juga ingin menganjurkan prg seterusnya kami megalu-alukan... tidak kira sesiapa.. 1 MALAYSIA... Maju lah Sukan Untuk Negara....

Jom Buat Roti yummy 2 Ogos 2009



Boleh ke buat roti, mesti bolehkan kalau tahu cara nya dan mengikuti kelas bagaimana cara-cara membuat roti. Kelas cara-cara membuat roti ini diadakan pada 2hb Ogos 2009 bertempat di kantin MBPJ, kerjasama dengan Kolej Komuniti, tenaga pengajar adalah dari Kolej Komuniti. Pelajar-pelajar sudah tentulah kami. Perlukan 20 orang pelajar je... sikit nya... bukan sikit, kerana dapat lah cikgu memberi lebih perhatian dekat anak2 murid. Pagi itu, kami dapat kumpul seramai 17 pelajar kesemuanya, termasuk lah mak & makcik juga turut serta. Pada mula nya... macam mana lah agaknya nya cikgu nak ajar kami ni, dah la macam-macam kerenah yg ada, tetapi... cikgu sgt puas hati dengan kami semua, maklumlah anak-anak murid dia kali ni orang-orang muda & remaja.. jadi tidak kering gusi jadi nya.. pada mula nya kami di ajar bagaimana nak wat doh untuk roti... setelah itu kami kena uli doh tu menjadi satu bola kecik, mmm sebesar bola snooker hehee... setelah itu mcm2 bentuk la jadi roti kami, ada yg bulat,segitiga, dan mcm2 lagi la.. bayangkan hanya dengan satu doh.. kita boleh buat macam2 jenis.. roti sardin, mini pizza, cinamon roll, chicken floss,roti pisang dgn choc chip...dll... yum yum.. sementara nak tunggu doh mengembang, masa tu sudah pukul 10.45pg, alahai perut dah berlagu2 nak makan.. maklum la belum breakfast.. "cikgu kami lapar la.. boleh tak kami makan.." ok apa lagi.. nasi lemak & teh o panas.. masing2 kekenyangan.. senyap la semuanya & timbul rasa ngantuk la pulak... sampai cikgu terpaksa... "nak belajar ke tak nak ni"... heheee... sebelum roti-roti dibakar, macam2 jenis bentuk you all boleh tgk.. but bila dah bakar, betul ke apa yang dilihat...roti2 yg di buat oleh kami... sungguh cantik dan berselera... lepas ni boleh la antara kami2 ni.. meneruskan bisness... membuat roti dan boleh dipasarkan.. Suatu program yg menarik & dpt menimba ilmu, bagi yg ingin menambah $ poket.. apalagi dah ada peluang ni. Kami semua berterima kasih kepada cikgu yg tidak serik & jemu mengajar kami. Kepada semua puteri caw Seksyen 20 Selatan.. terima kasih tidak terhingga kerana dapat melaksanakan program. Yg penting kita dapat mengeratkan hubungan kita sesama. Ucapan terima kasih juga kepada Ketua Cawangan yg sudi hadir untuk memberi sokongan kepada kami dan tidak lupa juga kepada Penyumbang untuk program kami & ahli kami yg secara lansung & tidak lansung. Sampai berjumpa lagi di episod akan datang. Oh ya... sijil juga disediakan oleh pihak Kolej Komuniti.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang...:)



salam 1 ramadhan buat semua....



selamat bertandang ke laman borak santai blog puteri cawangan seksyen 20 selatan. Sememangnya 1 ramadhan sentiasa dinantikan oleh kami kerana buat pertama kalinya blog puteri ini dilancarkan kepada umum. Bersama-sama ini kami paparkan aktiviti2 sepanjang tahun yang dianjurkan oleh cawangan kami. Sekiranya ada yang berminat untuk membuat program bersama2 ahli puteri cawangan kami atau berminat untuk bersama2 menjayakan aktiviti bersama kami, jemput2lah.... semoga silaturrahim sesama berpanjangan hingga ke akhir hayat:)


PROGRAM WALKATON 8 Februari 2009, Tasik Taman Aman



Program walkaton ini turut dihadiri oleh mantan ketua puteri PJ Utara ( Baju putih lengan merah.. Ewahh, gembiranya dia )... dan dihadiri oleh lebih kurang 30 orang ahli puteri dan melibatkan penduduk di kawasan sekitarnya. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Ketua Puteri kami yang baru iaitu Sdr Jaslina Harris ( baju brown, bertopi biru )... Thanks k.jas atas kesudian hadir pada majlis kami yang tidaklah seberapa yg penting best dan semuanya gembira menjayakan program ini bersama2..:)