Wednesday, January 15, 2014

mAjLiS rAikAn JeNteRa PRU14

Pada 28/09/2013 Pegerakan Pu3 Bahagian PJU telah menganjurkan Majlis Meraikan Jentera PRU14. Program dianjurkan sempena meraikan jentera yang telah bertungkus -lumus dalam menjalankan tugas semasa PRU14 yang lepas. Pu3 Caw.Seksyen 20 Selatan turut serta dalam mejayakan majlis ini.

Pemenang" PDM Teramai" DUN KG. TUNKU tahniah!!



"Tahniah pemenang cabutan bertuah."

Banyak acara telah dijalankan bagi memeriahkan majlis. Terima kasih kepada semua kerana hadir majlis pada hari tersebut sangat meriah. Diharapkan kemesraan yang terjalin ini dikekalkan selamanya dan dapat bekerjasama pada masa akan datang.

Persidangan Tahunan Pu3 Bahagian PJU

Assalamualaikum..

Pada 12 Oktober 2013 telah berlangsung Persidangan Tahunan Pu3 Bahagian Petaling Jaya Utara. Pada tahun ini adalah tahun pemilihan di mana pemilihan Ahli Jawatankuasa Pu3 yang bagi penggal 2013-2016. Persidangan ini telah berlangsung di Armada Hotel Petaling Jaya. Setiap cawangan bahagian PJU menghantar 5 orang sebangai perwakilan dalam persidangan tersebut. Pada tahun ini terdapat perubahan konsep dalam pemilihan ahli jawatankuasa yang baru. Pemilihan kali diadakan undian setiap perwakilan perlu mengundi calon yang mereka ingini menjadi ahli jawatankuasa yang baru.




tonggak utama Pu3 UMNO PJU

ucapan pesanan NKP untuk bakal Ahli Jawatankuasa yang baru


meraikan mantan-mantan pu3 yang bakal melangkan ke wanita

membuat semakkan nama perwakilan sebelum membuang undi

Perwakilan pu3 untuk mengundi

NKP masuk untuk mengundi

alhamdulillah semua telah berjalan lancar dan jayanya diharap kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang baru dapat  menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah dan jujur. kepada mantan-mantan pu3 diharap dapat membantu ahli jawatankuasa yang baru dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pucuk pimpinan yang baru. smoga kita dapat bekerjasama dalam membantu kerajaan dalam menarajui negara dan mempertahankan hak-hak orang melayu pada masa akan datang serta mempertingkatkan prestasi UMNO di mata rakyat.



Thursday, January 9, 2014

SeLaMaT dATang 2014

Assalamualaikum...Selamat Tahun Baru dari kami...
Semoga kedatangan tahun baru ini memberi nafas baru serta semangat baru kepada kita semua terutama kepada Pergerakan Pu3 UMNO untuk terus berjuang membantu UMNO dalam menerajui negara dan menanamkan matlamat baru untuk menarik lagi generasi muda mengenali perjuangan sebenar UMNO demi kesejahteraan dan keamanan negara..2013 adalah lambaran yang mempunyai 1001 peristiwa dan mengajaran yang boleh menjadi panduan kepada kita untuk melakukan yang lebih baik pada tahun 2014...

Salam Tahnu Baru dari kami Pu3 UMNO Caw.Sek.20 Selatan

PeRsiDanGan 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kami telah selamat bersidang pada 18/08/2013 bertempat di TH Kelana Jaya. Pada tahun 2013 adalah tahun pemilihan di mana tahun memilih AJK yang baru untuk menerajui pucuk pimpinan yang baru. PU3 Seksyen 20 Selatan telah memilih pucuk pimpinan yang baru menggantikan AJK yang telah habis term mereka. Ini adalah barisan AJK yang baru dilantik bagi meneruskan pucuk pimpinan sbagi tahun 2013-2016. tahniah diucapkan semoga AJK Pu3 cawangan yang baru dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Kepada mantan-mantan Pu3 terima kasih kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami dalam segala perkara. terlalu banyak ilmu yang kami perolehi daripada kalian. Jasamu kami akan kenang sampai bila-bila k.Rozaini, k. Razanah dan k. Habibah. Kami harap kalian masih sudi memberi tunjuk ajar kami pada satu hari nanti.

Sunday, June 9, 2013

Suasana sePanjang 14 Hari..

Untuk rakan-rakan.. view.. kami... ada training, ada makan-makan, program & lain-lain..
 Kami la yg pertugas Jentera IT
 Training It sedang di jalankan

Ketika bertugas pada 5/5/2013
 Bersama Ketua Cawangan & Ketua Wanita Cawangan
 Bersama Ketua Bahagian, Ketua Wanita bahagian & Ketua Puteri Bahagian

PRU13

Salam rakan-rakan.. maaf yea, lama sudah tidak berbicara.. maklum la sibuk ketika PRU13, Alhamdulillah BN masih berkuasa untuk memerintah, Selangor.. masih tidak dapat di tawan, masih perlu berkerja keras lagi & lebih bijak mengatur segala perancangan.Macam-macam2 yg kita lihat & dengar.. ayuh UMNO kita teruskan Perjuangan yg masih belum selesai, kami tidak mahu sentuh mengenai bangsa, tetapi kami harap.. rakan2 dapat buka mata & nilaikan sendiri, Banyak isu di pertikai kan, jadi rakan-rakan bangun dan pertingkatkan Bangsa Melayu kita dari segi Ekonomi & segalanya.. Terima kAsih kami ucapkan kepada semua jentera yg membantu.. jasa kalian memang kami hargai.. terima kasih kerana masih.. berjuang untuk.. BN..


Monday, April 8, 2013

Sunday, February 17, 2013

Training....


Salam, Terima Kasih pada puteri cawangan yg menghadirkan diri untuk Training System IT, bagi ahli puteri yg masih belum training, kami akan tetapkan tarikh sekali lagi untuk training di adakan. Jom ramai-ramai bantu apa yg perlu untuk menghadapi PRU tidak lama lagi.. Berharap rakan-rakan yg lain dapat turut serta bersama-sama kami untuk menangkan Negeri Selangor. SAYANGI SELANGOR...

Suzi, Kak Nie, Mas, Kak Na, Aishah & zila yg turut hadir....

Saturday, January 19, 2013

ApAkaH yaNg aKaN tErJaDi?

Kurang dari 100 hari segala kemungkinan akan terjadi sukar untuk dijangkan PRU13 akan berlaku pada bila-bila masa. Apakah persediaan kita untuk menghadapi PRU13 ini? Adakah kita bersedia menghadapi perubahan yang besar? Apakah pilihan kita? segala persoalan sentiasa berlaku dalam minda kita sama ada baik dan buruk akan berlaku. Segala keputusan adalah pilihan kita. kita menentukan pemimpin yang bakal mentadbir Negara kita yang tercinta. Tapi kita pernah terpikir segala yang kita inginkan telah kita kecapi selangkah demi selangkah keselesaan ini diberikan oleh kerajaan kita sekarang demi mencapai tahap keselesaan yang maksimum rakyat dan masih memperbaiki kesilapan-kesilapan kecil yang masih berbaki demi memuaskan hati rakyat. tetapi apakah yang kita balas atas segala usaha mereka? tidak cukupkah lagi segala bukti kemajuan Malaysia sehingga diiktiraf peringkat antarabangsa yang diberikan oleh UMNO? sekiranya Pembangkang mentadbir apakah mereka boleh membangunkan negara seperti sekarang? mengapa setelah negara telah maju dan rakyat hidup aman baru mereka bertindak mengapa tidak mereka memperjuangkan parti mereka ketika negara mengalami kejatuhan pada 2008? mengapa mereka tidak merebut peluang dan buktikan pada rakyat yang mereka mampu membangunkan negara kembali pada waktu itu. Mereka hanya bertindak ketika segalanya kembali pulih. mengapa rakyat tidak percaya mereka boleh membangunkan negara sebelum ini seperti sekarang sebab ketika itu mereka pihak pembangkang tidak mampu menangung risiko tidak berani menghadapi kesusahan. 57tahun kerajaan UMNO telah buktikan kepada rakyat dengan membangunkan negara sehingga dipandang di mata dunia. kalau betul tidak suka pentadbiran kerajaan mengapa segala pinjaman dan pemberian serta kemudahan yang kerajaan beri di ambil. kenapa tidak tunggu pemberian pihak pembangkang?sebab mereka tidak mampu untuk memberikan semua kepada rakyat. mereka hanya tahu menabur janji tanpa apa-apa pelakasaan. rakyat telah memberi peluang kepada mereka mentadbir beberapa negeri pada PRU12 tapi apakah terjadi?segala janji hanya tinggal janji malahan pelbagai masalah timbul?adakah kita sanggup lihat PRU13 adalah kemusnahan negara sekira pihak pembangkang mengabil alih? kerana mereka tidak membuktikan apa-apa kejayaan sepanjang kemenangan mereka pada PRU12. sebagai rakyat berfikirlah lebih mendalam dan lihatlah segala keselesaan dan keamanan negara sekarang adalah hasil usaha UMNO demi keselesaan rakyat. UMNO membuktikan kepercayaan rakyat mereka galas sebaik mungkin sehingga menjadi negara maju. sekiranya pihak pembangkang satu parti benar-benar bagus mengapa mereka mendoakan kejatuhan kerajaan dan mereka tiada hak menggelarkan UMNO kafir kerana kita adalah umat ISLAM seorang pemimpin yang bagus haruslah mendoakan keharmonian rakyat walaupun berlainan agama dan perfahaman demi kebaikan bukan keburukkan selagi tidak timbul penindasan. sebagai rakyat kita sepatutnya bersama-sama membantu kerajaan melengkapkan dan memperbaiki segala kekurangan bukan memusnahkan segala pejuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang bersusah payah mendapatkan kemerdekaan demi generasi sekarang. Adakah keamanan yang kita kecapi sekarang akan dirasai generasi akan datang? fikir-fikirkan lah demi bangsa kita dan generasi masa hadapan. hargailah apa yang kita kecapi sekarang yang pasti bukan sesuatu yang masih tercari-cari untuk merebut kekuasaan dan kekayaan sehingga sanggup gadaikan bangsa dan negara serta keamanan rakyat. Bersatulah demi mempertahankan negara dari keamanan bangsa kita.