Thursday, March 22, 2012

Pu3 PJU vs Nurses Sg Buloh


 Tak percaya ke, kena percaya... this is only Friendly games je...seronok bila ramai-ramai macam ni, tak la hanya yg berjawatan je, yg tak berjawatan pun apa salahnya, kan semua equal. We really have fun...tukar-tukar ramai2... jaringan 4 - 5, kira ok juga la kami kan heheh... Tak sangka Kak Jas & Kak Nie pun kena la juga main kan... tak pa gol keeper pun gol keeper la, janji ada menyumbang kan...tapi tak sangka la pula Kak Nie nya aksi tangkap bola memang menarik la, tepukan gemuruh tu... nasib baik juga defend pun hebat tauuuu.. Tapi seronok tau tengok..aishah, eric, fid, ina memang hebat la dorang ni, agaknya dorang ni kurus kot hehehe... tapi yg lain pun lebih kurang hebat tau, kenapa sebab masing-masing tak pernah main, tapi berjaya menunjukkan prestasi.. ini yg best betul tak...Ampun & maaf sekiranya ada kekasaran, kekurangan & etc yea kawan-kawan. 

Saturday, March 17, 2012

Futsal

Bersua kembali rakan-rakan, dapat ke sms & whatsapp mengenai Futsal Pu3 Bahagian kan... kenapa tak datang, anyway all of us have fun, lama sangat tak main futsal ni, kami main sebab ada friendly game dengan Nurse di Hospital Sungai Buluh... Kali ni, kita ajak ramai, pu3 dari berbagai cawangan, tidak lupa juga wakil dari cawangan kami...Jom.. ramai-ramai Rabu 21hb Mac, kita kasi gegar Ferro Subang, Jam 9malam yea...

Wednesday, March 14, 2012

TahNiah

Selamat sudah rakan kita ni bergelar isteri, semoga sentiasa di murahkan rezeki & sentiasa dirahmati. Selamat mengharungi hidup berumah tangga. Konvoi tak ramai kali ni, maklum la cuti sekolah agaknya, masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Anyway tahniah dari kami.. Maag yea yong tak dapat stay lama, biasa la ada jemputan lain lagi..Pengantin tak bersiap sangat lagi, kami tiba awal..

Wednesday, March 7, 2012

Farewell & Con grates

Hiiii.... nak kasi tahu ni, kenal tak pemuda kami ni, Penolong Bendahari pemuda cawangan kami la ni, Azrul (glamour sikit ROY yg pakai cekak rambut tu ).. kenapa farewell, roy hendak berhijrah ke kampung tercinta nya, dekat je.. Negeri Sembilan, dia akan mengusahakan Kedai Dobi milik keluarganya.. masing-masing dah lama tak jumpa, jadi kami arrange kan juga lepak-lepak ni.. rupa-rupanya bersambung sampai ke lewat pagi.. sekali sekala, dari 9org, tinggal 6org, sambung pula kat Empire jadi 7org, then jumpa lak lagi 2org.. hehhe... All the best to you ROY, semoga menjadi usahawan muda yg berjaya, amin. Kebetulan pula pemuda kami sorang ni, baru selesai menghabiskan studynya... tak lama lagi jadi PILOT la yea Fareez...(yg pakai shirt) Tahniah kami ucapkan... Bangga bila kita tengok anak-anak muda yang macam ni.. We happy for you.. Kita tunggu pula Salamah abis study.. Good luck to you to Salamah, don't study hard but study smart. (Photo bawah ni nak snap pose bersahaja, last-last jadi panjang lak macam ni)


Jemputan Majlis Perkahwinan Azie & Azman

Kami mewakili.. kenal ke tidak rakan-rakan, siapa Azie (heheh... Nama sebenarnya Noor Azizah, org kg panggil azie, kami pula panggil YONG... banyak kan nama samaranya ) ke Majlis ini pada:-
SABTU 10 MAC 2012
No. 19 Lorong Melati 5, Taman Melati, , Jalan Padang Tembak, 36000, Teluk Intan, Perak

Jemput la yea, bagi memeriahkan lagi suasana Majlis. Tahniah kami ucapan, semoga dirahmati sehingga ke anak cucu.. Tunggu yea kami konvoi..ke sana..

Sunday, February 12, 2012

BaBy IQ...

Alhamdulillah akhirnya program PU3 Cawangan Sek 20 Selatan pada 15 Januari 2012 "BABY IQ" telah selamat berjalan dengan lancar...ini adalah program pertama pada tahun 2012...terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada program ini...kepada ahli jawatankuasa yang telah berusaha untuk menjayakan program ini...dan terima kasih kami ucapkan kepada Anggota dari Balai Bomba & Penyelamat SS 2/2 Damansara Utama kerana sudi bersama-sama kami menjayakan program ini...


semoga apa yang diperolehi dapat serba sedikit dimanfaatkan dalam mendidik anak-anak pada generasi sekarang....sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk sekitar dan rakan-rakan kami....moderator Program ini adalah En.Mahzan...beliau telah memberi beberapa tip dalam mengenali dan mengetahui cara mendidik kanak-kanak...umur yang baik untuk kanak-kanak belajar adalah sehingga umur 6 tahun kerana kanak-kanak menerima maklumat dengan baik selepas umur tersebut masa untuk kanak-kanak mempelajari apa yang mereka lihat, rasa, dan dengar...


semua ini bemula dari otak @ minda..semua manusia dilahirkan mempunyai otak yang sama tiada yang lahir terus jadi pandai...ibu bapa yang mencorakkan minda kanak-kanak ini semasa kecil...kanak-kanak juga mengalami prosess tumbesaran beperingkat-peringkat dari meniarap,merangkak, berdiri, berjalan dan seterusnya berlari...semua itu dikawal oleh otak yang menerima input dan motor-motor yang mengerakkan output yang dihantar oleh otak..kanak-kanak ini tidak sewajarnya kehilangan salah satu peringkat tumbesaran ini..ibu bapa tidak perlu memasukkan kanak-kanak ke dalam walker untuk mempercepatkan kanak-kanak berjalan tanpa melalui prosess yang betul kerana kanak-kanak ini akan tersara kekurangan dalam prosess tumbesaran mereka...elakkan memberi gula-gula kepada kanak-kanak kerana tahap kemanisan gula-gula boleh membakar sel-sel maklumat otak..elakan juga membendung bayi kerana pegerakkan kaki dan tangan adalah prosess pembelajaran bagi bayi dan menguatkan system motor mereka...(alamak pasti terkejut kan, ye la kalau kita tgk cara dulu & masih diamalkan hingga kini, jadi bendung tu boleh tapi cuma balut dekat badan je agar bayi akan terasa selesa) sekiranya ingin menidurkan bayi biarlah dalam posisi meniarap kerana elok untuk tumbesaran otak dan mengurangkan rasa terkejut semasa bayi tidur..jangan menggunakan bantal biarlah tilam bayi tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut...En.Mahzan juga ada menunjukkan beberapa slot  gambar cara-cara membuat senaman pada bayi...banyak jugak input yang beliau sampaikan boleh dipraktikkan oleh mereka yang mempunyai anak, dan bakal mempunyai anak pada masa akan datang...sebenarnya 3 jam tidak mencukupi untuk mendapat ilmu yang sangat-sangat bernilai ini...banyak lagi maklumat tetang didikan anak-anak yang perlu disampaikan oleh beliau tetapi masa tidak mencukupi...



kami berharap ilmu yang sedikit ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin...untuk lebih mendapatkan impak program ini, boleh la semasa program ini dijalankan, kami juga focus kepada kanak-kanak untuk menarik minat mereka, dimana ibu-ibu boleh berikan lebih tumpuan kepada penceramah. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat..

Syabas kepada Jk pu3 caw yg berjaya menjayakan program ini... Berkesan nampaknya, ada yg berminat dengan idea kami, kira nak buat "Baby IQ" tour lepas ini... apa salahnya kalau ia memberi ilmu untuk semua terutama ibu-ibu muda untuk mendidik anak di dunia cyber ini.. sampai bertermu kembali dengan program seterusnya..



Tuesday, January 10, 2012

BABY IQ!!!



PROGRAM ANJURAN PU3 UMNO CAWANGAN SEKSYEN 20 SELATAN

Tuesday, January 3, 2012

INIKAH YANG PATUT DICONTOHI????


UPSI????bila dengar namanya masing-masing telah ketahui tempat di mana mahasiswa & mahasiswi ini adalah bakal seorang guru....tapi apa yang sudah jadi dengan bakal-bakal guru ini???inikah contoh yang mereka akan bawa apabila graduate nanti???kerajaan membenarkan mahasiswa & mahasiswi berpolitik tetapi bukan ini caranya....cara ini bukan sahaja menjatuhkan martabat seorang guru yang menjadi contoh dan mendidik anak bangsa tetapi merugikan kerana mereka tidak terfikir akibat perbuatan mereka ini akan mengundang mereka mendapat rekod buruk sebagai seorang pelajar....perbuatan seperti ini seolah-olah perbuatan yang tidak masuk akal yang dilakukan oleh seorang mahasiswa & mahasiswi...ini juga menjadi kesalahan kerana menggangu keamanan negara...merosakkan harta benda...ini mengakibatkan kerugian wang ringgit...tidakkah ini perbuatan merugikan???mereka ini juga seolah-olah tidak tahu dengan undang-undang negara kerana menggangu keamanan negara adalah satu jenayah....fikirlah sebagai seorang pelajar ada cara dan jalan terbaik untuk berpolitik jangan jadi seperti "seekor kera yang dapat bunga" sampai hilang pertimbangan akal fikiran.. mahasiswa & mahasiswi adalah pelapis yang bakal mentadbir negara pada masa akan datang oleh itu lakukanlah tindakan dengan betul dan matang jangan melakukan perbuatan yang akan merugikan negara dan bangsa masa akan datang...FIKIRKAN & RENUNGKAN LAH...lakukan tidakkan yang mencerminkan seorang yang terpelajar, bijak pandai, kebangaan ibu bapa & bertindakan mengunakan akal fikiran.Think in positif way..mak bapa hantar untuk belajar bukan macam ni..malunya, sedih, and terasa hati ibu bapa bila tengok anak dia ke tu... memang la bukan kami yg tanggung pelajaran you..

Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012

Salam 1 Malaysia, salam tahun baru, Semoga tahun ini meninggalkan kita 1000 kenangan yg tidak dapat dilupakan, suka, duka, pahit, manis ini lah dinamakan kehidupan, seumpana roda yg berpusing.. menuju ke arah yg lebih baik. Semoga tahun yg akan datang ini lebih mengajar kita erti kehidupan dan juga keselesaan di negara tercinta.. All the best for the new year & peace. Alhamdulillah .. 

Tuesday, December 13, 2011

Yang di-Pertuan Agong ke-14


DAULAT TUANKU. Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.