Sunday, May 13, 2012

BERSIH KER??

Negara dikejutkan dengan berlaku nyer rusuhan BERSIH 3.0...


inikah budaya Malaysia???sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk bebas bersuara...bukan dengan cara seperti diatas...harus lah mengikut garis panduan yang telah di tetapkan....matlamat bersih adalah DUDUK DAN BANTAH tetapi kenapa menjadi seperti medan pentempuran seolah-olah hilang arah...siapa yang harus dipersalah kan??adakah pihak penganjur??atau peserta yang hadir???susah untuk ditafsirkan...tetapi apa yang telah berlaku telah membawa kesan besar terhadap Malaysia di mata dunia dan juga mengakibatkan kerugian yang sangat besar...apakah persepsi negara luar bila melihat Malaysia yang semakin maju dan 100% keselamatan terjamin setelah melihat apa yang terjadi???adakah malaysia selamat???bagi kita rakyat Malaysia sendiri pun tidak akan rasa selamat sekiranya perkara ini berlaku kembali kerana rusuhan tersebut telah banyak mencederakan orang awam..para peniaga sekitar Dataran Merdeka turut mengalami kerugian yang besar kerana oranag awam tidak berani keluar rumah...pelancong juga takut untuk datang ke Malaysia kerana rasa tidak selamat...ini bermakna dari hanya 1 rusuhan boleh memberi impak besar dari segi keselamat, ekonomi dan pelancongan....malah nama baik Malaysia turut tercemar..Malaysia 50 tahun telah MERDEKA sepatut nyer sebagai rakyat fikiran kita harus juga MERDEKA jangan terlalu taksub sehingga memperlihatkan diri kita masih dalam jajahan...tidak semua yang kita ingin kan kita akan dapat begitu juga apa yang BERSIH ingin kan iaitu 8 usul yang mereka bentangkan...tetapi harus diingat dari 8 diusulkan 7 telah diluluskan.... apakah tidak cukup lagi??apakah kerajaan masih tidak berlaku adil???pasti ada sebab mengapa 1 usul kerajaan tidak luluskan...mesti akan mendatangkan kesan yang kita tidak dapat lihat sekarang tetapi kesan pada masa akan datang...Politik hanya 1 platform dimana memperlihatkan Malaysia mempunya kerajaan bukan medan siapa yang harus berkuasa dan merebut kuasa...kerana Malaysia hak rakyat..sebagai rakyat malaysia kita sepatut nyer membantu kerajaan memajukan negara bukan merugikan negara...demi masa depan generasi akan datang.. apa akan jadi jika negara kucar-kacir??adakah kita ingin lihat waris kita hidup seperti sebelum kemerdekaan??seharus nya kita menyambung perjuangan nenek moyang kita mempertahan kan negara dari keganasan dan rusuhan bukan mengikut orang yang ingin melihat Malaysia jatuh...kesimpulan nya bukan tidak boleh berhimpun tetapi perlu berhimpun dengan aman sekali gus sama2 membantu menjaga keselamatan orang awam dan diri sendiri...pokok pangkal sebelum memalukan sesuatu harus fikir buruk dan baik nye dahulu...jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk kita...tidak semua pengikut bersih bersalah tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.....apa yg di perjuangkan, mungkin kah ini hanya platform untuk kepentingan diri sendiri.. cuba renung-renungkan..


Saturday, April 28, 2012

Al-Fatiha

Assalamualaikum, Takziah dari kami untuk azmah sekeluarga. Opah kepada Azmah (pu3 caw) telah meninggal dunia sebentar tadi. Kita doakan semoga arwah di cucuri rahmat & di tempatkan bersama-sama orang-orang yg beriman. Amin

Tuesday, April 24, 2012

Wajarkah Mansuh PTPTN?

Logikkah memansuhkan PTPTN??apakah nasib IPTS???bagaimana nasib anak-anak yang kurang bernasib baik menyambung pengajian??soalan ini harus direnungkan dan dikaji sebelum membuat keputusan memansuhkannya...PTPTN bukan satu bebanan tetapi satu peluang kepada anak-anak bangsa yang kurang bernasib baik untuk menyambung pengajian ke menara gading...PTPTN dapat mengurangkan bebanan ibu bapa untuk menampung kos pengajian yang semakin meningkat tidak kira sama ada IPTA atau IPTS...bandingkan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti MARA, JPA dan lain-lain...PTPTN memberi pinjaman kepada semua pelajar tanpa tapisan berbanding pinjaman lain perlu menghadirkan diri dalam sesi temuduga...ini bermakna semua anak-anak sukar bagi  menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi sekiranya PTPTN membuat langkah seperti MARA, JPA dan lain-lain. Apakah nasib anak-anak yang kurang prestasi dalam pelajaran untuk menyambung pengajian??pusat pengajian IPTS pasti akan mengalami kerugian kerana para pelajar tidak mampu menangung kos pengajian yang tinggi berbanding IPTA ini bermakna lambakkan anak-anak yang tidak dapat menyambung pengajian kerana sukar mendapat tempat di IPTA... 1%???di dalam kontrak para pelajar haruslah membayar kembali pinjaman PTPTN dengan kadar faedah 1%..tetapi bagi peminjam 1% haruslah di mansuhkan kerana dirasakan 1% adalah bebanan tetapi mereka tidak terfikir 1% adalah pusingan modal bagi memberi pinjaman kepada para pelajar yang lain kerana bukan semua peminjam dapat membayar pinjaman dengan kadar yang ditetapakan dan sekiranya kalau kita memohon apa-apa pinjaman kita tidak akan dapat kadar pembayaran balik dengan faedah 1%...mengapa pinjaman lain kita boleh terima dengan kadar faedah yang tinggi sedangkan kadar faedah 1% kita harus hapuskan???bukankah 1% inilah yang membantu anak bangsa menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi dengan selesa tanpa kekangan??kita haruslah besyukur kerana kita harus membayar kembali pinjaman dengan kadar faedah 1% berbanding pinjaman PTPTN dahulu yang meletakkan faedah yang tinggi...ini bermankna PTPTN juga telah membuat kaji selidik kewajaran mengurangkan beban faedah yang tinggi kepada para peminjam...oleh itu fikirkan lah nasib anak bangsa akan datang tanpa PTPTN....

Dah guna ke $ tu, kalau tak nak pulangkan balik, kan senang.. tidak perlu membesarkan perkara ini.. INI bukan POLITIK BARISAN NASIONAL kawan.. cuba berfikir secara positif...

Sunday, April 22, 2012

Persidangan UMNO Tahunan Cawangan Seksyen 20 Selatan

Salam rakan-rakan, dijemput hadir ke mesyuarat agung Cawangan Seksyen 20 Selatan:-

Tarikh : 29/04/2012, Ahad
Masa  : 2:15 petang
Tempat : Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Damansara

Terdapat acara yang menarik di nantikan. Datang lah beramai-ramai...Setahun sekali je AGM ni... jom la luangkan masa untuk hadiri, boleh la nak luahkan, bagi pandangan & juga idea-idea bernas yg boleh di terima pakai...Kehadiran anda amat kami hargai..dan terima kasih...

Dengan ini kami sediakan peta untuk rujukan


sebarang pertanyaan sila hubungi Rozaini Othman Ketua Pu3 Cawangan Seksyen 20 Selatan
013-3972706 atau PN Aishah (yg you all dapat sms jemputan tu)

Wednesday, April 4, 2012

Jom Belajar....



Bersua kembali rakan-rakan, selesai sudah program kami.. cara pakai tudung basic je ni tau... ada lebih cangih dari ni, kami agak kesempatan masa, jadi kami adakan di pejabat Ketua Cawangan kami je.. dapat la jimat perbelanjaan sikit.. Bermula seawal 10 pagi, Cyma yg mengajar kami, ahli puteri baru kami  ni, mula-mula kami tengok je macam cyma pakai, selepas tu, sambil di ajar olehnya kami mencuba... lepas ni berfesyen-fesyen la tudung kami yea, terima kasih pada aunt y dan kakak serta rakan-rakan yg lain turut serta dalam program ni. Secara tak langsung dapatlah cyma mengembangkan business nya.. sila layari blog seperti tertera di belah kiri blog kami ni (cymus ).. nanti kan pula apa aktiviti kami seterusnya.. kami mengalu-alukan jika rakan-rakan nak sertai kami . Terima Kasih kami ucapkan kepada Ketua cawangan En Abd Latiff & Ketua Wanita cawangan kami aunty asmara yg sudi membantu untuk menjayakan program ini.

Bersedia untuk belajar, sebahagian dari photo yg kami dapat paparkan

Thursday, March 22, 2012

Pu3 PJU vs Nurses Sg Buloh


 Tak percaya ke, kena percaya... this is only Friendly games je...seronok bila ramai-ramai macam ni, tak la hanya yg berjawatan je, yg tak berjawatan pun apa salahnya, kan semua equal. We really have fun...tukar-tukar ramai2... jaringan 4 - 5, kira ok juga la kami kan heheh... Tak sangka Kak Jas & Kak Nie pun kena la juga main kan... tak pa gol keeper pun gol keeper la, janji ada menyumbang kan...tapi tak sangka la pula Kak Nie nya aksi tangkap bola memang menarik la, tepukan gemuruh tu... nasib baik juga defend pun hebat tauuuu.. Tapi seronok tau tengok..aishah, eric, fid, ina memang hebat la dorang ni, agaknya dorang ni kurus kot hehehe... tapi yg lain pun lebih kurang hebat tau, kenapa sebab masing-masing tak pernah main, tapi berjaya menunjukkan prestasi.. ini yg best betul tak...Ampun & maaf sekiranya ada kekasaran, kekurangan & etc yea kawan-kawan. 

Saturday, March 17, 2012

Futsal

Bersua kembali rakan-rakan, dapat ke sms & whatsapp mengenai Futsal Pu3 Bahagian kan... kenapa tak datang, anyway all of us have fun, lama sangat tak main futsal ni, kami main sebab ada friendly game dengan Nurse di Hospital Sungai Buluh... Kali ni, kita ajak ramai, pu3 dari berbagai cawangan, tidak lupa juga wakil dari cawangan kami...Jom.. ramai-ramai Rabu 21hb Mac, kita kasi gegar Ferro Subang, Jam 9malam yea...

Wednesday, March 14, 2012

TahNiah

Selamat sudah rakan kita ni bergelar isteri, semoga sentiasa di murahkan rezeki & sentiasa dirahmati. Selamat mengharungi hidup berumah tangga. Konvoi tak ramai kali ni, maklum la cuti sekolah agaknya, masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Anyway tahniah dari kami.. Maag yea yong tak dapat stay lama, biasa la ada jemputan lain lagi..Pengantin tak bersiap sangat lagi, kami tiba awal..

Wednesday, March 7, 2012

Farewell & Con grates

Hiiii.... nak kasi tahu ni, kenal tak pemuda kami ni, Penolong Bendahari pemuda cawangan kami la ni, Azrul (glamour sikit ROY yg pakai cekak rambut tu ).. kenapa farewell, roy hendak berhijrah ke kampung tercinta nya, dekat je.. Negeri Sembilan, dia akan mengusahakan Kedai Dobi milik keluarganya.. masing-masing dah lama tak jumpa, jadi kami arrange kan juga lepak-lepak ni.. rupa-rupanya bersambung sampai ke lewat pagi.. sekali sekala, dari 9org, tinggal 6org, sambung pula kat Empire jadi 7org, then jumpa lak lagi 2org.. hehhe... All the best to you ROY, semoga menjadi usahawan muda yg berjaya, amin. Kebetulan pula pemuda kami sorang ni, baru selesai menghabiskan studynya... tak lama lagi jadi PILOT la yea Fareez...(yg pakai shirt) Tahniah kami ucapkan... Bangga bila kita tengok anak-anak muda yang macam ni.. We happy for you.. Kita tunggu pula Salamah abis study.. Good luck to you to Salamah, don't study hard but study smart. (Photo bawah ni nak snap pose bersahaja, last-last jadi panjang lak macam ni)


Jemputan Majlis Perkahwinan Azie & Azman

Kami mewakili.. kenal ke tidak rakan-rakan, siapa Azie (heheh... Nama sebenarnya Noor Azizah, org kg panggil azie, kami pula panggil YONG... banyak kan nama samaranya ) ke Majlis ini pada:-
SABTU 10 MAC 2012
No. 19 Lorong Melati 5, Taman Melati, , Jalan Padang Tembak, 36000, Teluk Intan, Perak

Jemput la yea, bagi memeriahkan lagi suasana Majlis. Tahniah kami ucapan, semoga dirahmati sehingga ke anak cucu.. Tunggu yea kami konvoi..ke sana..