Monday, November 14, 2011

Kem Lakonan Junior Starz


kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kem Lakonan Junior Star selama 3 hari:-

Tarikh : 22-24 Nov 2011 & 29 Nov -1 Dec 2011 (pilih salah satu)
Yuran: RM250.00 (jelaskan selewat2nya seminggu sebelum kelas dilakukan)
Anjuran: EUROFINE (M) SDN. BHD.

jika berminat sila email kepada Rozaini.Othman@nikonoa.net untuk mendapatkan borang penyertaan

Wednesday, October 5, 2011

LoSe wEight cHalLenGe....

khas untuk peserta lose Weight....tarikh untuk timbang berat badan di tunda pada 23/10/2011...
so kita masih ade 18 hari lagi....macam mana???dh ader perubahan positif ker???klu dh ader perubahan positif bagus la...klu x... gunakan 18 hari ini dgn sebaik mungkin....

RENUNG2KAN...dan SELAMAT BERDIET....

Saturday, October 1, 2011

Tour Raya Part 2

Rumah Ketua Puteri Kami
Open House Dato Z & PEKEMA


Rumah Kak Lin, the boys dapat tengok bola apa lagi..tak nak makan dah..lagipun dah masuk rumah yg ke ke3.. masing dah kenyang agaknya...
Rumah Kak nana setiap tahun tak pernah mis.. tapi kali ni kami raya kat rumah baru dia.. ada juga 2 3 rumah yg kami terlupa untuk snap photo...


Rumah kak Bib (Naib Ketua Puteri caw)... biskut chipmore dia sedap tau...

Kami serang je rumah pu3 kami.. yg mana ikut dan je kami ajak ada yg terlepas juga or terlupa .. sms banyak juga keluar, tapi ini je la yg rajin join pun.. ye la kan masing-masing ada aktiviti sendiri..sian juga tuan rumah if serang ramai2 kan...apa2 pun.. terima kasih semua..Rasanya Loose weight kami dah tak menjadi je ... tinggal beberapa hari je ni due datenya...ehhh rumah aunty mara & abg pian kita tak snap photo la..

ToUR RaYa.. 2011


Salam Merdeka Raya...berakhir sudah raya untuk tahun ini, semoga kita berkesempatan untuk ramadhan tahun hadapan pula.. Setiap tahun pasti kami akan beraya beramai2 seperti biasa... tapi raya tahun ini agar hambar sedikit... mungkinkah ekonomi yg agak merosot sedikit atau kita-kita yg sudah semakin berumur :).. Tahun ni Ketua Puteri & Ketua cawangan tak buat open house, jadi kami serang je rumah mereka, tapi kami bagitahu inadvance dulu la yea...karang terkejut pula rombongan kami ni... maklum lah. Tour Raya PART 1- Rumah Ketua Cawangan.


Bersama Tuan rumah...




sempat berniaga ni... then kami wat collection sikit untuk Arwah Zack ketika berada di rumah KC, sementara ada 2 3 kerat ahli2 & kami telah serahkan sumbangan itu kepadaYong untuk di disampaikan kepada Angah..

Sunday, September 11, 2011

TaHniah


Yong & Fiza SELAMAT BERTUNANG.



Friday, September 9, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!



Assalamualaikum...rasanya belum terlambat lagi untuk kami ahli Puteri UMNO cawangan Seksyen 20 Selatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN...Kepada semua umat islam amnya dan semua yang mengenali kami khasnya...kami menyusun 10 jari memohon keampunan andai kami ada melakukan kesilapan,terkasar bahasa tersilap tingkah laku...semoga dibulan kemenangan ini dapat la kita mengeratkan silaturrahim sesama kita tidak mengira bangsa dan agama...kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada semua penduduk Malaysia...kita sama2 1 HATI 1 TENAGA menjaga keamanan negara demi bangsa dan negara...semoga keamanan yang kita kecapi kini dapat dirasai oleh generasi akan datang...



SALAM MERDEKA RAYA...



p/s: ingat2 bila makan...jaga kesihatan untuk hidup lebih ceria...:)

Majlis BerbuKa PuaSa dengan wArga BOmbA..

Salam semua...ini program ke-3 Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara merangkap program terakhir Puteri Bahagian pada 18/08/2011 bertempat Balai Bomba Damansara Utama (SS2) berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama anggota bomba...kami di sambut dengan tangan terbuka oleh Tuan Ramli serta anggota bomba yg lain...sebelum berbuka puasa kami diberi peluang untuk bergambar bersama jentera bomba...lori dan motor berkuasa besar ...seronok sangat...Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang suasana juga meriah dengan kehadiran ahli keluarga anggota bomba serta gurau senda yang dapat mengeratkan hubungan antara Puteri UMNO dengan Anggota Bomba... segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik...tahniah diucapkan kepada semua...Sedikit kata-kata aluan dari Tuan Ramli "BErterima Kasih kerana sudi berbuka puasa di Balai Bomba dan amat terharu kerana mereka diraikan oleh Puteri UMNO, jurang kali program sebegini rupa di adakan" Sedikit sumbangan kuih raya & kurma dari Puteri UMNO Petaling Jaya Utara.. Rupa-rupanya ada juga abang-abang BOMBA tak makan pedas yea... Juadah Berbuka di sediakan oleh Kak Lin, aduhai memang pedas tidak terkata kami di buatnya, kami dapat meluangkan masa juga bersama Kak Ton isteri kepada Tuan Ramli, lepas ni boleh la yea, netball friendly game.. SYABAS PUTERI PJU, TEAM WORK YG PENTING :) [Delivery food untuk berbuka puasa kepada anggota polis bawah payung pun kami adakan pada cuti NUZUL Al-quran]

Thursday, September 8, 2011

Majlis BerBuka PuaSa bErsama Warga Polis...

Bersua kembali kali ni program ke-2 Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara...program kali ni kami buka puasa bersama Anggota Polis Sg.Way...program berlangsung pada 14/08/2011 bertempat Balai polis Sg.Way sendiri...program kali ini meriah dengan kehadiran ahli keluarga anggota polis yg turut serta memeriahkan majlis...kami disambut dengan hati terbuka oleh pihak balai...program ini berjalan dengan suasana meriah dengan kerjasama dari semua pihak dan terima kasih kepada warga polis balai Sg.Way kerana sudi menerima kehadiran kami dan menyokong dengan apa yang kami lakukan.. yg paling bermakna sekali dimana, Tuan sendiri bagi cadangan untuk deliver food pack kepada anggota polis yg bertugas di bawah payung.. menarik juga yea... idea yg bagus tu Tuan... akan kami laksanakan, ketika beramah mesra, "Tuan, Sg Way ni dah macam bukan negara kita la, most of them is warga asing, bila pandu kereta, kita terpaksa ikut je bontot warga kilang ni... mereka tak heran pun kereta nak lalu, bila kita bunyikan hon, lagi dorang ketuk kereta kita ada la" Jawap Tuan "Kita jangan takut, ini negara kita, itu sebab la kita tempatkan beberapa anggota polis di bawah payung untuk membanteras kejadian begini" so jangan takut lepas ni, ini NEGARA...semoga kita akan dapat bekerjasama di lain hari...

BerBuka Puasa bErsaMa wArga LRT kElaNa jaYa..

10/08/2011 telah berlangsungnya program berbuka puasa bersama warga kerja LRT Kelana Jaya anjuran Puteri UMNO bahagian Petalaing Jaya Utara...pada tahun ini agak berbeza program Puteri UMNO Bahagian....Tahun ini Puteri UMNO bahagian Petaling Jaya Utara membuat program mesra bersama rakyat berbanding tahun sebelumnya banyak melibatkan anak2 yatim...so program pertama adalah berbuka puasa bersama warga LRT kelana jaya...matlamat kurang memuaskan apa yang ingin disampaikan haruslah lebih dekat dengan kakitangan serta orang ramai yang menggunakan perkhidmatan LRT dengan memberi juadah berbuka puasa secara packaging ...untuk Pertugas LRT yg sedang berkerja kami bungkus kan untuk juadah mereka berbuka puasa..mungkin kita boleh ramai2 naik LRT dan delivered the food pada setiap hentian LRT kawasan PJ untuk next program pula...tapi tidak mengapa ini adalah percubaan pertama agar program seterusnya dapat dijalankan dengan lebih berkesan....taniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini...

Saturday, September 3, 2011

Al- Fatihah


Salam Takziah buat keluarga Zack, buat angah semoga tabah menghadapi dugaan ini, semoga rohnya di tempatkan bersama-sama insan yg beriman. Amin. Arwah di timpa kemalangan pada Jumaat & koma, arwah meninggal pada pagi ini. Al- Fatihah
Dalam Kenangan..inilah kali terakhir kami bertemu dengan Zack. Allah lebih sayangkan dia, kita yg masih hidup ini sentiasa la berdoa & sedekah kan Al-fatihah untuk arwah & juga arwah2 yg telah meninggal Dunia.