banyak kepala heeee.........
Open our mind & heart, relax & participate freely, no ranking everyone is equal, practice "ADULT Learning", have fun & enjoy the experience.
Wednesday, December 2, 2009
Thursday, November 26, 2009
Hari Raya Aidiladha

Salam semua, bagi yg balik ke kampung, pandu selamat yea. Maklum la cuti sekolah sekali kan. Musim2 hujan ni... berhati2 yea... banjir di sana sini, pastikan setiap air yg diminum, di masak hingga didih ok... kurangkan minum ais.. coz kita tak tau sama ada ais batu mengunakan air masak atau tidak.... bagi yg tak balik kampung, nak makan ketupat rendang jemput la raya.. kat Rumah .... sapa lagi... kalau bukan rumah Kak Nie..selalunya dia tak balik kampung Hari Raya Haji ni... oh ya rumah Abg latiff pun boleh raya gak... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA... ooooo sebelum terlupa jgn lupa bagi yg dah bagi nama nak menonton Teater Natrah Isnin 30 November, 8 malam di Istana Budaya... See you soon.....

Monday, November 23, 2009
Selamat Menyambut HAri Raya Aidiladha
Assalamualaikum, Kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. - wikipedia
Monday, November 16, 2009
3rd Day Trip Bandung & Final
Pagi ni kami plan sightseeing "Gunung Tangkuban Perahu" ia merupakan bekas tempat gunung berapi yg tidak lagi aktif... sungguh menarik tempat ni... sejuk
macam di Cameron Highland... Jika ke bandung jgn lepaskan peluang utk melawat tempat ini ok...... Seawal 7 pagi... kami breakfast dulu... huhuuuu nasi putih + ayam goreng + keropok... roti bakar... Perjalanan ke Gunung Tangkuban lebih kurang 1 1/2 jam.... kami dah ready bawa baju sejuk masing2... setibanya kami di sini...... alangkah indah ciptaan Allah.... disini kami mengabiskan sisa2 $$ kami.. sebelum pulang ke Malaysia petang ini. Disini boleh beli cenderahati dari bandung... t.shirt, magnet, baju2 & etc....
boleh tawar
menawar....tengah syok2 kami pilih baju dress kait....yg nak kami beli.... moi terlupa pulak camera dia letak dimana... alamat.... jgn mimpi la nak jumpa balik.... huhuhuuuu...... ada gembira & ada duka.... gembira kerana kami enjoy the trip... berduka mmmmmm....moi
kehilangan camera & kami akan pulang ke Malaysia... 
Setelah lebih 1 jam... kami terpaksa meninggalkan Gunung berapi ni utk destinasi seterusnya..... kami berhenti seketika di kaki jalan utk menikmati ubi & jagung bakar.... sedap tu..... ada jagung bakar cheeese lagi.... tetapi kawan kami moi.... sedih sgt, wa & aishah.... tumpang sedih.... last2 mana tahan tgk semua org dok makan jagung... Abg latiff pun pujuk la kami utk keluar dari Van & makan jagung bakar...selesai semua........ menuju ke Warung Sate Shinta.... Lunch kami ada sate kali ni... sate kambing & ayam... ada yg tak makan sate kambing... jadi kita order yg lain.....
Lepas makan kami bergegas utk pulang ke Guest house... nak pack brg2 apa yg patut... coz flight kami pukul 5.00 petang... Masing2 bertambah beg rupanya... masa datang 1 beg, bila balik beranak lak beg jadi 2 atau 3.... Yg mana beli baju baru... time ni la nak bergaya.... patut la Kak Nie sedih sgt if baju yg dia tertinggal tu tidak claim... rupa2nya cantik sungguh baju tuuuuuu..... Perjalanan kami ke airport ketika itu.. hujan turun.... merintih pemergian kami... kami pun rasa sedih gak... coz bila la ada peluang lagi nak bersama2 begini.... Apa-apa pun kami sungguh gembira & we really enjoy our trip.. together...Kapan ketemu lagi ya.... Kami ucapkan terima kasih kepada Amir & Redza kerana melayan kerenah kami... both of you did a great job... Tungguuuuuuuuuuu trip next year pulak..
2nd Day Trip Bandung
Bagi kak Lin kuantan & the geng 4jam tak cukup tu shopping......jika berkunjung di bandung jgn lupa try air avocado & nasi padang yaa... selesai makan...
1st Day Trip Bandung
Tourist guide kami Amir & redza sudah menanti kami... plan pertama kami... LUNCH di RUMAH MAKAN RAJA MELAYU... sungguh enak masakannya... makan sepuas2nya la kami, maklum la lapar & nak gunakan tenaga selepas ini utk aktiviti shoping.
Masa bandung 1jam lewat dari Malaysia. Shoping mall yg pertama kami serang is HERITAGE... & kawasan berdekatan.. masing2 berpecah utk mencari apa yg berminat di hati... yg pasti kami diberi masa 2 jam utk shoping.
Memang semuanya kaki shoping rupa2, ada yg beli beg, baju & etc... selepas itu kami di bawa pula ke Spa...bagi yg hendak ke spa, so kami booking dulu ya pak..lama juga kami di Spa utk pilih package apa yg sesuai, Kak nie la org pertama..... coz dari malaysia lg nak ke SPA...Setelah booking.. kami ke Rumah Mode...
shoping place yg menarik & branded thing is here. Yg menarik rumah mode ni.. coz di sediakan tempat2 makan mcm food court.. bagi bapak2 & ibu2 yg sudah capek... boleh la duduk di cafe saja, kami di beri masa lebih kurang 2 jam utk shopping, memang seronok bangat... penat.... lepak kat cafe makan crispy creep... sedap.. ketika itu angin yg bertiup terasa dingin sekali..
wah memang kami tak buang masa walaupun sesaat.. Dinner time makanan sea food, Restoran ini kepunyaan penyanyi Inul... wah... setelah kami selesai dinner, kami baru la berpeluang utk ke Rest House Orange.. tempat yg kami menginap... Kami semua di lantai 2... masing2 punya la pilih bilik heheh... 1 bilik 2 org.. masing2 sudah ada partner masing2. Landing time... tup2 kak nie pulak ketuk pintu bilik masing2, suruh check ada tak baju yg dia beli ptg tadi, coz baju tu tak ada dlm plastik shoping nya.. huhuuuu... mesti malam ni kak nie tak tido lena..... coz baj
Friday, November 13, 2009
Enjoy Bangat
Saturday, November 7, 2009
Bandung Trip

Salam rakan2, mesti yg nak pergi holiday nie... tgh berangan2 & mesti bz packing yea.... Anyway to all rakan2 yg akan bercuti esok ke bandung.. ENJOY Your HOLIDAY.... jgn lupa kami di sini ya buk..... huhuuuu...... Best....nye... ini merupakan pertama kali perancangan cuti2 malaysia di adakan... ok geng... next year kita collect $ lg everymonth so VIETNAM trip. Tak best nya kak bib tak dapat join... sapa nak jaga cik kiah huhuuu....kak bib next trip kena join ok. So girls do take care ur self & have fun... Balik nanti jgn lupa kerja kerja kerja masih menanti hahaha.... ooopsp jgn lupa kawan2 di sini ya..
Wednesday, November 4, 2009
Terima Kasih Semua
Kpu3 kami ni, bapanya admitted kat hosp, tapi dia tidak beritahu sesiapa pun, kami pun dia tidak bagi tahu, katanya if bagi tahu mesti ada yg dtg visit, coz dia nak biarkan bapanya rest. If rakan2 nak tahu, bapa dia masuk hosp dari hari Jumaat lepas...darah tinggi, kencing manis & buah pinggang.... yg peliknya... dia pandai bahagikan masa, masih sempat lari ke kenduri, lps tu kenduri Mimizu & also Majlis Jom P raya Persatuan Anak2 Penang... Akhirnya heheheh... , Abg Latiff minta Kak Bib ajak a few of us to visit bapa Kak Nie di Hosp GH, Kami seramai 6 org bersama2 dgn buah2an dtg visit... lama gak kami lepak kat hosp menceriakan Pakcik Othman... seronok kami tgk dia... mak & abg lin pun ada gak kat hosp...Kak Nie pun nampak penat sgt, yelah, anak mana yg tidak sayangkan ayah.. ini mesti dah beberapa hari dok kat hosp la , jgn lupa kesihatan Kak Nie pun kena jaga gak. Kami beredar dari hosp lebih kurang dlm pukul 5.45ptg. Kami lepak2 minum dekat Gerai Yusoff Haslam. Seronok gak... lama tidak lepak2 & borak2 kosong ni. Kami balik kesarang masing2 before maghrib. Kak Nie, kak Bib & Abg latiff naik 1 keta...mesti drg ni ada agenda lain... ya betul... memang drg ada agenda lain, maklum la Kpu3 & Nkpu3 berbincang hal2 serius utk aktiviti seterusnya yg akan dirancang & sedang dijalankan. Kami yg muda2 ni 1 keta, apa lg ronda2 KL la ahhaha... Ayah Kak Nie dah discharge hari ini (Rabu). Kpu3 kami mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yg sudi visit bapanya di Hosp... TQ SO MUCH
agenda lain ni
Subscribe to:
Posts (Atom)
