Wednesday, January 15, 2014

mAjLiS rAikAn JeNteRa PRU14

Pada 28/09/2013 Pegerakan Pu3 Bahagian PJU telah menganjurkan Majlis Meraikan Jentera PRU14. Program dianjurkan sempena meraikan jentera yang telah bertungkus -lumus dalam menjalankan tugas semasa PRU14 yang lepas. Pu3 Caw.Seksyen 20 Selatan turut serta dalam mejayakan majlis ini.

Pemenang" PDM Teramai" DUN KG. TUNKU tahniah!!



"Tahniah pemenang cabutan bertuah."

Banyak acara telah dijalankan bagi memeriahkan majlis. Terima kasih kepada semua kerana hadir majlis pada hari tersebut sangat meriah. Diharapkan kemesraan yang terjalin ini dikekalkan selamanya dan dapat bekerjasama pada masa akan datang.

Persidangan Tahunan Pu3 Bahagian PJU

Assalamualaikum..

Pada 12 Oktober 2013 telah berlangsung Persidangan Tahunan Pu3 Bahagian Petaling Jaya Utara. Pada tahun ini adalah tahun pemilihan di mana pemilihan Ahli Jawatankuasa Pu3 yang bagi penggal 2013-2016. Persidangan ini telah berlangsung di Armada Hotel Petaling Jaya. Setiap cawangan bahagian PJU menghantar 5 orang sebangai perwakilan dalam persidangan tersebut. Pada tahun ini terdapat perubahan konsep dalam pemilihan ahli jawatankuasa yang baru. Pemilihan kali diadakan undian setiap perwakilan perlu mengundi calon yang mereka ingini menjadi ahli jawatankuasa yang baru.




tonggak utama Pu3 UMNO PJU

ucapan pesanan NKP untuk bakal Ahli Jawatankuasa yang baru


meraikan mantan-mantan pu3 yang bakal melangkan ke wanita

membuat semakkan nama perwakilan sebelum membuang undi

Perwakilan pu3 untuk mengundi

NKP masuk untuk mengundi

alhamdulillah semua telah berjalan lancar dan jayanya diharap kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang baru dapat  menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah dan jujur. kepada mantan-mantan pu3 diharap dapat membantu ahli jawatankuasa yang baru dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pucuk pimpinan yang baru. smoga kita dapat bekerjasama dalam membantu kerajaan dalam menarajui negara dan mempertahankan hak-hak orang melayu pada masa akan datang serta mempertingkatkan prestasi UMNO di mata rakyat.



Thursday, January 9, 2014

SeLaMaT dATang 2014

Assalamualaikum...Selamat Tahun Baru dari kami...
Semoga kedatangan tahun baru ini memberi nafas baru serta semangat baru kepada kita semua terutama kepada Pergerakan Pu3 UMNO untuk terus berjuang membantu UMNO dalam menerajui negara dan menanamkan matlamat baru untuk menarik lagi generasi muda mengenali perjuangan sebenar UMNO demi kesejahteraan dan keamanan negara..2013 adalah lambaran yang mempunyai 1001 peristiwa dan mengajaran yang boleh menjadi panduan kepada kita untuk melakukan yang lebih baik pada tahun 2014...

Salam Tahnu Baru dari kami Pu3 UMNO Caw.Sek.20 Selatan

PeRsiDanGan 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kami telah selamat bersidang pada 18/08/2013 bertempat di TH Kelana Jaya. Pada tahun 2013 adalah tahun pemilihan di mana tahun memilih AJK yang baru untuk menerajui pucuk pimpinan yang baru. PU3 Seksyen 20 Selatan telah memilih pucuk pimpinan yang baru menggantikan AJK yang telah habis term mereka. Ini adalah barisan AJK yang baru dilantik bagi meneruskan pucuk pimpinan sbagi tahun 2013-2016. tahniah diucapkan semoga AJK Pu3 cawangan yang baru dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Kepada mantan-mantan Pu3 terima kasih kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami dalam segala perkara. terlalu banyak ilmu yang kami perolehi daripada kalian. Jasamu kami akan kenang sampai bila-bila k.Rozaini, k. Razanah dan k. Habibah. Kami harap kalian masih sudi memberi tunjuk ajar kami pada satu hari nanti.