Assalamualaikum, hai semua.. kami nak share sikit ni.. pada 29hb May 2012, bertempat di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort dimana telah di adakan Majlis makan makan bersama-sama Jururawat sempena Nurses Day, kami tahu dah belated, tapi tidak bermakna kami tidak dapat raikan. Majlis ini anjuran Puteri Bahagian PJU.. kami juga turut membantu apa yg perlu. Nurse-nurse terdiri dari Hospital Sg Buloh, Kajang, Damansara Specialist... malam itu sungguh meriah suasananya, dihiburkan dengan nyanyi, permainan & juga penyampaian cenderahati.. Nurse-nurse semua malam itu memang sporting sangat-sangat... we really enjoy the day. Tidak lupa juga, kaunter SPR & keahlian puteri juga kami sediakan, dengan ini dapat la kami menyemak nama-nama yang tidak mendaftar SPR lagi, dan adik-adik nurse ni menyambut baik dengan mendaftarkan diri mereka yg mana belum mendaftar..jangan fikir lain pula yea...mereka mendaftar tidak semestinya mereka dapat mengundi untuk PRU13, tetapi untuk masa akan datang.. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. sampai ketemu lagi.. di Majlis Seterusnya.. iaitu Majlis Makan Malam bersama guru-guru.
poco-poco & game turut di adakan
ajk & puteri yang turut membantu