Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012

Salam 1 Malaysia, salam tahun baru, Semoga tahun ini meninggalkan kita 1000 kenangan yg tidak dapat dilupakan, suka, duka, pahit, manis ini lah dinamakan kehidupan, seumpana roda yg berpusing.. menuju ke arah yg lebih baik. Semoga tahun yg akan datang ini lebih mengajar kita erti kehidupan dan juga keselesaan di negara tercinta.. All the best for the new year & peace. Alhamdulillah .. 

Tuesday, December 13, 2011

Yang di-Pertuan Agong ke-14


DAULAT TUANKU. Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan



Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja, beruntung lah kami dimana selangor merupakan cuti UMUM sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, dapat la menyaksikan istiadat di raja ini. Diringi dengan seekor gajah & juga hulubalang serta pengiring yg pelbagai mengenakan baju kebangsaan, nyayian DAULAT TUANKU...DAULAT TUANU... Semoga Tuanku dipanjangkan umur & sejahtera.. Menjunjung kasih Tuanku.. 

Hari Keputeraan Sultan Selangor ke 66

Ampun Tuanku Beribu ribu ampun, Sembah patik harap di ampun..kami berdoa semoga Tuanku dipanjangkan umur, diberikan kesejahteraan agar dapat terus memimpin rakyat di negeri ini AMIN, DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Sultan Selangor Darul Ehsan sempena hari keputeraan baginda yang ke 66.