Thursday, November 18, 2010

Seimbas Lalu


Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia sudah berlangsung pada 19 & 20 Oktober 2010..perwakilan Puteri PJU diwakili oleh BB & Shery
Meyerlahkan Potensi Generasi Muda Ke Hadapan
  • Takkala org sibuk membina bangunan tinggi, org melayu sibuk untuk berebut menjadi pengawal keselamatan
  • Membina pusat perniagaan, org melayu pula sibuk berebut tapak bazaar Ramadhan
  • Sibuk membuat hypermarket, org melayu pula sibuk menjual goreng pisang di depannya
  • Org sibuk mencipta kekayaan, kita pula sibuk menjaja ceritanya
  • Org sibuk membuat perniagaan ekspot, anak dara kita jadi keldai belasahannya

Orang-orang melayu sibuk untuk menjadi sederhana & ala kadar sahaja.... emmm kurang setuju dengan ini... mengapa kita orang melayu sendiri tidak memandang ke hadapan & memandang sesuatu perkara itu positif.. Nama pun Melayu kan...kenapa kita sentiasa mencari & menegur perkara yg negetif... jadi betul la [sederhana & ala kadar sahaja].. Melayu kita semakin maju sebenarnya... tak rasa bangga ke...ramai USAHAWAN-USAHAWAN di luar sana yg berjaya adalah Melayu.. dan tidak pernah lupa untuk membantu bagi mereka yg memerlukan... tidak rasa bangga ke dengan PROTON INSPIRA.... dan banyak lagi sekiranya kita nak huraikan di sini.

Cabaran & Survival- Perlu sedar tanggunjawab & peranan masing-masing untuk memperkasakan Pergerakan, tidak boleh mengharapkan pihak lain mengerakkan Puteri. "JANGAN TANYA APA YANG PARTI BOLEH BERI KEPADA KITA, TAPI TANYA APA YG KITA BOLEH BERI KEPADA PARTI'. Jangan anggap sebagai anugerah, tetapi landasan untuk bergerak & memikul amanah.

Realiti Polarisasi Kaum -Orang melayu & bumiputera merupakan majoriti di negarai ni 67%, masih ramai org melayu yg tidak mendaftar utk mengundi, Kita tidak boleh memandang ringan masalah sosial buang anak & sebagainya.. Perspektif ekonomi, menunjukan pendapatan org melayu adalah rendah. Sebagai pemimpin Melayu perlu bertindak meningkatkan intergiti & kredibiliti.

Model Baru Ekonomi (MBE) - Menjana modal insan yg berkualiti, Program LAtihan 1 Malaysia, penting bagi membantu genersai muda meningkatkankeupayaan diri dalam sektor pekerjaan. Perlepasan cukai bagi golongan yg tidak mampu.

Kesan Kebebesan Siber- Dunia tanpa sempadan, internet harus dikawal atau tidak. Tiada suatu peruntukan membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku. berbeza bagi setengah negara seperti cuba & china

Meningkatkan Kualiti Pendidikan-Mengkaji semula sistem peperiksaan, dimaklumkan tentang keputusan kerajaan memansuhkan PMR & mengubahsuai format ujian UPSR bermula pada tahun 2016. Menilai anak2 melalui kecendurungan mereka kepada kemahiran apa, seharusnya memberi galakan kepada mereka.

PRU 13- Menjadi pendamping setia kepada rakyat. Kita harus menjadi trendsetter dan bukan trend follower

Ketika di dewan, dibangkitkan isu ramai yg menyifatkan wanita pada masa ini sebagai 3G [Gemuk, Gempal & Gebu] Lelaki pun 3G malah tambah 2G [Gendut & Gondol], Kalau dah ada gedik, maka adalah yg getik. Namu biar apa pun mereka kata, kita dilihat gagah mengegarkan pihak lawan.


setelah selesai tanggujawab kami sebagai Perwakilan